Memaparkan catatan dengan label masak-masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak-masak. Papar semua catatan

Rabu, Julai 29, 2015

Ayam Masak Hitam

Bismillah..

Ayam Masak Hitam.
Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan resepi ini. Entah dari mana Ibu mendapatkannya sudah Ibu terlupa. Yang pasti ia dari sebuah majalah tapi entah majalah apa. Hari ini Ibu ingin mengemaskini buku resepi lama Ibu. Ibu ingin menggantikan buku resepi lama itu dengan yang baru. Namun bukunya sahaja yang harus baru. Resepinya tetaplah harus dari yang dulu-dulu. Yang extra vintage. Yang sangat sentimental value.

Itulah hakikat resepi ini. Ia resepi dari dulu-dulu, diketika Ibu masih terkial-kial beraksi di dapur kecil Ibu. Ia memang harus disimpan cermat. Dan tak salah juga Ibu catatkannya di sini. Hari ini kalau diGoogle sudah tak ketemu lagi resepi yang satu ini rasanya. Moga ia menjadi kongsian secebis ilmu yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang menyinggah dibelog ini. Tanpa banyak celoteh dan bicara sia-sia mari Ibu coretkan dulu resepi itu di sini supaya tidak hilang. 

Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 sb cili kisar
1 sb ketumbar *
3 bj buah keras*
15 ulas bawang merah*
1 inici halia*
1 cawan pati santan
3 sb kicap pekat
Gula, garam secukup rasa

* kisarkan bahan-bahan ini

Cara
Bersih dan potong kecil ayam, kemudian toskan. Gaulkan garam kunyit dan gorengkan ayam.
Tumiskan bahan yang dikisar * hingga garing. Masukkan kicap dan santan.
Apabila mendidih, masukkan ayam. Tambah gula dan garam mengikut kesesuaian. Kacau rata hingga sebati.


Ketika entri ini dicatatkan Ibu tidak memasak. Jadi tiada gambar hasiltangan Ayam Masak Hitam di sini. 

Selasa, September 24, 2013

.: Tom Yam Ikan Merah :.

Sejak akhir-akhir ini memang tiada terilhamkan untuk mencoret lakaran ceritera apa di belog. Sehingga Ibu merasa sebenarnya Ibu ini tidak ada bakat langsung untuk menulis. Cuma perasan sahaja selama ini macam pandai sangat menulis. 

Terkebil-kebil masih memikirkan apa agaknya yang boleh jadi cerita menarik hari ini. Mungkinkah cerita tentang tomyam ikan merah untuk makan malam semalam itu cerita menarik?

Kisah tomyam ikan merah semalam mebuatkan Ibu teringin menulis tentangnya adalah kerana halnya memang mengusik hati kecil Ibu. Tomyam ikan merah masakan Ibu begitu dinikmati dengan penuh perasaan semalam oleh anak-anak. Kakak memuji-muji kesedapannya. Izzah pula minta tambah nasi lagi. Malah Ayah si Cinta Hati Ibu juga makan bertambah semalam. 

Manakan tidak bahagia rasa hati Ibu melihat suasana sebegini. Bila airtangan Ibu dinikmati bersungguh-sungguh penuh selera begitu. Mungkin ini sedikit sebanyak ada kena-mengena dengan niat (biniyyat lillahita'ala) kerana ingin anak-anak makan kenyang dan tidak kesakitan menahan keroncong dalam perut. Dan benar memang niat itu telah menjadikan ia tenaga untuk Ibu melaksanakannya tanpa rasa lelah.  Hilang lelah dibadan, tambah semangat memasak, tambah bahagia dalam hati. Lain kali Ibu akan selalu-selalu masak tomyam ikan merah...!

Ya Rahman... ini semua kurniaan Mu... Subhanallahiwabihamdihi... Subhanallahiladzim...   

Khamis, September 05, 2013

.: kek cawan oren :.

Bismillah.

Lama sudah tidak mencatat resepi pilihan di belog ini. Tadi malam, agak lewat Ibu memulakan projek kek cawan oren ini.

Pagi ini jadi sarapan untuk anak-anak. Sebahagiannya Ibu bekalkan buat Ayah ke pejabat dan sebahagiannya Ibu bawa ke TTDI Plaza.

Untuk rekod Ibu catatkan resepinya disini. Resepi asalnya dicedok dari Chef Noraini Zakaria. Sayang sekali Ibu forgot to snap the pixies of the cute Orange Cuppies… lainkalilah saja ya!

250g mentega
180g gula kastor
4  biji telur gred A
230g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bika
2 sudu teh emulco oren
1 sudu teh pewarna oren
30g susu segar
Choc chip secukupnya sebagai hiasan

Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan ringan
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengaul adunan
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik, diikuti susu dan emulco oren dan pewarna.
Sudukan adunan ke dalam acuan kek cawan yang telah dialas kertas kek cawan hingga 2/3 penuh.
Bakar kek cawan selama 20-25 min dengan suhu 160°c

Sabtu, Mac 26, 2011

.: Brownies Baldu Merah Berkeju :.

ini adalah percubaan kali pertama. nampak gayanya menjadi. look & see, look & see di bawah sini pixiesnya..

tapi sayang rupanya taklah secantik rupa redvelvet marble cheese brownies di belog yang Ibu yang secara tak sengaja terjumpa resepinya di sini, dari belog Pn. Maz ini --> http://ilhamdapur.blogspot.com/2010/12/semoga-jumpa-lagi-red-velvet-marble.html

Ahad, Januari 30, 2011

.: cuba-cuba kek nestum :.

Resepi kek nestum chef Noraini Zakaria, sarapan ringkas pagi Ahad dalam hujan gerimis.

Bahan
250g mentega
200g gula
4 biji telur
3 sb sirap kencana
70g nestum
230g tepung kek
1 st serbuk penaik
50ml air susu

* Pukul mentega + gula sampai kembang dan ringan.
* Sambil pukul masukkan telur sebiji demi sebiji
* Masukkan sirap kencana + nestum. Sebatikan
* Masukkan tepung yang telah berayak + serbuk penaik selangseli dengan susu

.: kek marbel versi Ibu :.

Sekadar mengisi entri supaya tidak terlalu lama didiamkan belog ini, Ibu muat-naikkan pixies Kek Marbel hasil tangan Ibu. Resepinya dari buku I love Butter Cake by Chef Alex Goh. Malas pula nak taipkan resepinya di sini. Tengok imejnya sudahlah. Tanda Ibu dah berjaya buat Kek Marbel yang cantik dan enak dimakan seisi keluarga...teehee..

Rabu, Januari 26, 2011

.: muffin pisang coklat :.

Resepi muffin pisang coklat ini dari Fotopages Puan Hanieliza

::Langkah 1::
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan serbuk koko
1 1/2 cawan gula

* Ayak tepung dengan bahanbahan penaik + serbuk koko. Satukan gula dengan bahan tepung dalam satu mangkuk besar.

::Langkah 2::
Bahan-bahan
6- 8 biji pisang emas, lenyek jadi 1 cawan
2 biji telur
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu segar

* Pukul telur dengan garfu + masukkan minyak + susu dalam pisang lenyek. Gaul sekadar bercampur
* Buat lubang ditengah mangkuk tepung. Curahkan bahan cecair kesemuanya. Gaul semua dengan whisker. Gaul sekadar rata dan bercampur. Jangan adun/gaul berlebihan
* Sudukan ke dalam cawan kertas muffin mengikut pilihan. Bakar 180*C, 20 min.



Ahad, Januari 23, 2011

.: makan malam bila dilanda malas :.

Ibu sekarang sedang diserang penyakit malas yang kronik. Tak dapat langsung mencari ubat dan penawarnya. Keadaan rumah sangat teruk tidak diurus. Bersepahsepah, berhabukhabuk. Kain baju juga berlonggoklonggok tak berlipat, tak disimpan, tak digosok. Bilakah bila penawarnya akan dapat ditemui....minta tolong pada siapa ya?

Apapun, masak dan sediakan makan minum anakanak amat wajib disediakan. Biar malas bagaimanapun Ibu, entah macamana sempat juga buat pertama kalinya mencuba resepi baru....teehee... tapi resepi ini memang sempoi amat...sesuai untuk orang yang malas. Mari Ibu taipkan resepinya dulu buat rujukan masa hadapan.

Simple Mac & Cheese
2ltrs water
1 tbsp salt
2 cups elbow macaroni

2 tbsp butter
2 cups grated cheddar cheese
1 tsp corn starch
2 tsp flour
1 cup milk
1/2 teaspoon lemon juice
1/4 cup chicken frankfurter, chopped into cubes
freshly grated black pepper

- mix corn starch into grated cheese
- cook the macaroni until al dente
- melt butter in saucepan. whisk in flour. slowly drisle milk while whisking.
- continue whisking until sauce smooth. while whisking add cheese + lemon juice.
- add macaroni + meatcubes. do not over mix. sprinkle the black pepper.



Hasil Mac & Cheese Sempoi Ibu malam itu tak begitu memberangsangkan. Rasanya masammasam pahit terlebih jus lemon gamaknya..sepatutnya masammasam masin...

Selasa, November 16, 2010

.: lontong in d making :.


setiap tahun. dua kali setahun. Eid Fitr dan Eid Adha. biasanya 3 hari sebelum anak-anak Nenek Nia akan dipanggil pulang untuk bergotongroyong menyediakan lontong untuk hariraya. setelah saban tahun, seusia perkahwinan Ibu dan Ayah selama 10 tahun memang menantu-menantu Nenek Nialah yang berganding bahu melayur daun pisang, membuat kelonsong dan memasukkan beras. seterusnya kelonsong yang siap berisi beras dimasukkan ke dalam periuk gergasi dan direbus hingga ke esok pagi. kurang lebih 8 jam.


(sebelum 10 tahun itu, Ibu tak tahu siapa yang menyediakan lontong yang biasanya jumlah berasnya tak kurang dari 5-10kilo. Mungkin Nenek Nia sendirian dengan dibantu anak-anak bujangnya. tapi sekarang setelah berkahwin tak ada seorang pun dari mereka yang terlihat berkemahiran membuat lontong untuk hariraya. Mungkin tuahnya mereka beristerikan perempuan-perempuan lontong fast learner teehee..heehee..)

Nota: Pixies ehsan Ayah Lani's Mobile Uploads @ FB

Jumaat, Oktober 29, 2010

.: roti jala versi Ibu :.

Sarapan rotijala pandan buat anakanak

ini warna semulajadi air pandan tiada pewarna tiruan...Ibu suka...teehee

tak cukup dan tak puas anakanak menyantap rotijala pandan Ibu tambah lagi yang biasa - kuning (sebab malas nak kisar lagi daun pandan)

ha...itulah kawannya rotijala Ibu...kuah santan durian..shheeedappp...

Isnin, Oktober 25, 2010

.: Ayah sudah 35 tahun :.

Hari Isnin. Selalunya menjadi hari penuh kemalasan bagi Ibu. Tapi Isnin yang ini Ibu tak boleh melayan bermalas-malasan. Dalam suasana baru pulang dari perjalanan jauh malam tadi. Dan isi dalam peti sejuk malah sebahagian isi dalam dapur amat berkurangan kerana belum sempat keluar belanja ke pasar. Uhhh...semua itu cukup menguatkan rasa malas Ibu hari ini.
Dengan segala susah payah melawan kemalasan di hari Isnin Ibu berkerah menyediakan menu makan malam harijadi Ayah. Apapun dapatlah juga Ibu sediakan walau tak seberapa tapi Ibu puas hati. Harap Ayah juga menerima seadanya.

Tententen...lihatlah hasilnya :-

:: Menu ::
~~~~~~~

Nasi minyak


Ayam Masak Merah

Kangkung Goreng - sangat tak sesuai tapi ini saja sayur yang ada dalam peti sejuk -

Kek Keju - inilah manfaatnya ke kelas keju hujung minggu lepas, sayangnya masih gagal menghiaskan kek sebaiknya -

Jumaat, Julai 23, 2010

.:muffin pisang:.

Hujung minggu, beberapa minggu yang lalu Nenek Nia tidur di rumah kita. Dia beli seikat pisang rastali. Tak habis di makan anak-anak pisangnya mula melebam lalu Ibu jadikan muffin. Resepinya Ibu tak berapa ingat dari mana. Sebab sudah banyak hari berlalu, baru hari ini Ibu nak muatkan entrinya di sini.

Selasa, Julai 20, 2010

.:kek kopi berempah:.



Ini resepi chef Michael Smith, Ibu tonton di AFC semalam. Rempah dalam kek ini cuma satu jenis saja i.e. biji pelaga yang dikisar. Tapi disebabkan keknya berbau pelaga anak-anak tak mahu makan....kek Ibu tak laku!

Cardamom Coffee Cake
1 tbsp cardamom - grounded (nasihat Ibu tinggalkan saja ini ~ anak-anak tak suka)
2 stick butters (250g)
2 cups sugar
4 eggs
1/2 cup instant coffee + 1/2 cup water to dissolve
2 tsp vanilla essence
2 cups sour cream - (sour cream tak ada di dapur Ibu gantikan buttermilk)
4 cups flour
2 tsp baking powder
1tsp salt


Sabtu, Jun 26, 2010

.:Kek Cawan Cip Coklat:.




Seronoknya buat apa-apa kek mentega resepi Chef Alex Goh.. pasti jadi! Rasanya pun tidak mengecewakan, yummi, yummi, yummm.. Tambah lagi kertas kek cawan Ikea cukup menambah comelkan rupa Kek Cawan Cip Coklat ini.

Ini resepi asal Chef Alex Ibu kongsikan di sini:-
  • 150g mentega
  • 150g gula castor
  • 3 biji telur B
  • 50g biskut marie (dikisar)
  • 100g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 100g cip coklat
  1. Alaskan tin kek cawan dengan kertas kek cawan pilihan. Panaskan ketuhar ke 180c
  2. Pukul mentega dengan gula hingga ringan dan gebu
  3. Masukkan telur satu demi satu. Pastikan adunan diputar sebati selepas setiap biji telur dimasukkan.
  4. Kaup balikkan biskut yang dikisar, tepung, serbuk naik yang telah diayak serta cip coklat ke dalam adunan. Adun hingga sebati.
  5. Sudukan sama rata adunan ke dalam tin kek cawan yang telah disediakan. Bakar selama 25 min atau hingga kek masak

Khamis, Jun 10, 2010

.:Muffin Kelapa:.




Ini kerja yang Ibu habiskan ketika mengisi waktu bosan menunggu Ayah pulang. Ringkas dan pantas saja menyediakan bahannya. Bagusnya resepi ini tak menggunakan telur. Tapi sayang bukan sekadar tak dapat disimpan untuk Ayah rasa, Ibu sendiri tak merasa. Habis semuanya 36 biji dikerjakan anak-anak dalam masa sejam sebaik sahaja ia masak.

Resepi asalnya dari buku "Makan"
Bahan kering - satukan dalam mangkuk besar
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh parutan kulit limau sunquick

Bahan cecair - satukan dalam mangkuk yang lain
3/4 cawan santan
1/4 cawan minyak zaitun ~ yang dara gitu ~
1/4 cawan air perahan limau sunquick
1 sudu teh esen vanilla

  • Gaul semua bahan kering hingga bercampur. Tuang bahan cecair.
  • Gaul guna whisk tangan sekadar bahan bercampur.
  • Sudukan adunan ke dalam tin muffin 3/4 penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C

    Jangan gaulcampur bahan cecair dan bahan kering terlalu lama ~ cukup sekadar 10 saat ~ tak percaya? ...kalau tak percaya ...gaullah lebih dari 10 saat, tak menjadilah nanti. Kenyataan Ibu adalah berdasarkan pengalaman ...teehee, hee, hee...
    • Isnin, Mei 17, 2010

      .:Serimuka Durian:.

      Buat menyerikan hari ini Ibu buatkan sedulang kecil Serimuka Durian. Nampaknya menjadi dan harap-harap rasanya tidak menghampakan. Ibu belum merasa lagi kerana Ibu berpuasa hari ini. Ayah pulak belum komen apa-apa sehingga gambar-gambar ini Ibu paparkan ke belog.




      Sabtu, Mei 15, 2010

      .: tahun kedelapan anak sulungku:.

      Kek coklat kukus untuk ulangtahun ke-8 putera sulung Ibu.

      Ini rupa baru keluar dari kukusan sebelum dituang hiasan coklat

      Siap dihias. Ringkas and hentam keromo saja...tak begitu berkreativiti

      Hampir selesai dinikmati anak-anak


      Sikecil dengan cara tersendiri menikmati kek ulangtahun Si Abang

      Nak resepinya...nah...

      Bahan A

      1 cawan gula

      50g serbuk koko

      1/2 cawan susu manis

      125ml air panas

      • Gaulkan gula, serbuk koko & susu manis
      • Tuang air panas, kacau sebati


      Bahan B

      1 cawan tepung gandum

      1/2 sudu kecil soda

      1/2 sudu kecil serbuk penaik

      • Ayak semua bahan sekaligus


      Bahan C

      125ml minyak jagung

      3 biji telur B

      1/2 sudu kecil esen vanilla

      • Pukul telur, minyak & vanilla dengan menggunakan whisker tangan sekadar adunan bercampur


      Cara-cara

      • Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan koko. Kacau rata.
      • Masukkan adunan telur. Kacau lagi.
      • Tuang adunan ke dalam tin kek empat segi saiz 7 " x 7 " x 3"
      • Kukus kek selama 30-40 min sehingga masak.


      Bahan Topping

      60g mentega

      120g gula ising

      30g serbuk koko

      1/4 cawan air

      • Cairkan mentega atas api. Jangan biarkan mendidih. Tutup api bila mentega sudah cair
      • Masukkan gula ising. Kacau rata. Masukkan pula serbuk koko. Kacau lagi biar sekata
      • Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua untuk sesuaikan kepekatannya.
      • Pastikan kek sudah pun sejuk bila topping dituangkan ke atasnya. Hias kek ikut suka.


      Sabtu, Januari 30, 2010

      .: kek cawan merah:.




      dari buku pink yang Ayah hadiahkan Ibu berjaya hasilkan the red cuppies yang enak rasanya. cuma....warnanya tak begitu merah...

      Sabtu, Januari 02, 2010

      .:kek coklat yang tak pernah menjadi:.





      berulangkali sudah Ibu hasilkan kek coklat ini. tak tahu mengapa suatu masa dulu kek ini tak pernah menghampakan pemakan-pemakannya. hasilnya yang menggebu sungguh buat Ibu berasa bangga. tapi sejak bergelar Ibu kek coklat yang sama sudah tidak lagi berhasil setiap kali Ibu mengadunnya...entah tak tahu mana silapnya...haiiii....

      Selasa, November 17, 2009

      .:muffin pandan:.

      Serasa seakan berabad sudah blog ini tidak dicoretkan apa apa cerita atau juga dikemaskini. Tapi siapa yang peduli? Bukan ada pengikut setia pun. Sekadar Ibu bersyoksyok sendiri...hahaha

      Hari ini kisah sarapan muffin pandan yang ingin ibu ceriterakan. mungkin fotofoto ini dapat menggambarkan kisahnya...
      Kata kakak...sedap...kata bibik...wangi..kata ayah...masih perlu diperbaiki mutunya...hurmmm...




      Umrah Ramadhan 1436H

      Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...