Tak berilham nak coratcoretkan kisah apa kali ni. Kebosanan melanda. Minggu ni Ayah cuma 2 hari pergi kerja dari rumah. Hari-hari lainnya Ayah berada diluar kawasan. 2 hari di rumah itu pun pagi-pagi dah pergi, malammalam kelam baru balik. Apa tidak bosannya Ibu. Tapi kalau ada pula Ayah di rumah berselisih saja dengan dia. Tapi itulah halnya yang menjadikan kebosanan itu tipis peratusan.
Dengan anak-anak pula biasalah... hiruk pikuk, jerit pekik suruh mandi, suruh solat, suruh makan, suruh jangan gaduh, suruh diam...hmmmph..tak bertitik! Pencarian "amah" masih belum berakhir. Macammacam cerita kali ni. Yang nak balik harian, yang nak balik mingguan, yang demand gaji melampaulampau, yang minta hantar pergi balik kala bercuti, terjumpa juga yang bukan muslim...taktahulah. Tinggal beberapa hari saja lagi Ibu akan mula bekerja. Seram sejuk juga. Haissh...takut pula Ibu memikir halnya...macammacamlah nak diseramkan. Mana hal amah tak jumpa lagi. Mana hal Ibu bimbang ragu nak bekerja semula. Boleh ke tidak ke? Mana Ibu risau juga angkutangkutan pergi balik kerja...isyh...
So just for the sake of hupper-dating belog ini. Cerita tentang chiffon cake yang Ibu titiskan perisa nescafe ke dalamnya. Biasa, biasa aje rasanya...bolehla...sekejapan juga anakanak sapan menghabiskannya. Dapat juga Kakak buat bekal ke sekolah 4 potong hari tu.
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Jumaat, Februari 11, 2011
.: Coffee Chiffon :.
Jumaat, Januari 21, 2011
.: Hari Tanda Tangan LOA :.
Hari ini Ayah cuti. Kebetulan Ibu memang nak tengok dan baca LOA dengan syarikat yang bakal menjadi MAJIKAN Ibu. Jadi lepas solat Jumaat kita keluar - Ayah - Ibu - Izzah - Irsyad berempak beranak tidak berenam kerana Abang dan Kakak masih di sekolah.
Apapun coretan hari ini bukan sebenarnya tentang cerita LOA itu. Sebab Ibu malas sudah nak memikirkan tentang itu. Asalkan semuanya menepati dan tidak menindas Ibu OK saja. Dan Insya Allah lepas cuti Tahun Baru Cina...bermula cerita baru.
Jadi, cerita hari ini, hari Ibu keluar untuk tandatangan LOA adalah mengenai kala kita berempat beranak singgah minum petang di gerai di kawasan Pasar Dato' Keramat. Tengok pixiesnya - tak cantik sangat, sebab Ibu tak pandai guna kamera...teehehehe...tapi oklahkan...
Ibu minum lobak susu dan makan pau ayam...yummy...tapi Ayah kata pau tak sedap..hmmm Ibu memang tak pernah dengar lagi Ayah cakap mana-mana pau yang dimakannya sedap! Ayah makan roti jala dengan Izzah. Isyad makan kuih keria.Siap berminum petang kita gerak ambil Abang dan Kakak dari sekolah kemudian pulang dan makan malam di rumah...lauk asam pedas ikan jenahak Ibu masak tengahari tadi. Sorry no pixies of the asam pedas. Lain kali kita cerita hal asam pedas pulak.
Ahad, Oktober 31, 2010
.:makan malam harijadi:.
30 Oktober harijadi Ibu. harijadi kakak juga. Ibu tak mahu masak di harijadi Ibu. tengahari kita makan di rumah Nenek Nab di Gombak. Nenek masak Sambal Ikan Talapia tengahari tadi. Sedap sungguh Ibu menjamu selera masakan Mama sendiri. Anak-anak pun makan sampai kenyang. Ibu juga buat kek brownies berkeju walaupun tak begitu menjadi tapi rasanya tetap mantap!..teehee..ok kan puji diri sendiri di harijadi..
Ahad, Julai 04, 2010
.: makan rojak ditengahari :.
Hari Ahad.
Bibik minta dihantarkan ke Salak South. Kemudian kita sekeluarga makan tengahari di Bellamy. Anak-anak makan Nasi Goreng Cina. Tapi Ibu dan Ayah makan the famous Rojak lah apa lagi...
Bibik minta dihantarkan ke Salak South. Kemudian kita sekeluarga makan tengahari di Bellamy. Anak-anak makan Nasi Goreng Cina. Tapi Ibu dan Ayah makan the famous Rojak lah apa lagi...
Selasa, Jun 29, 2010
.: Jamuan Perpisahan...ahh! :.
Rabu, Mei 26, 2010
.:Pemanis Rasa di Hotel Armada, PJ:.
Ibu berkursus selama 2 hari di Hotel Armada, PJ. Apa yang menjadikan pengalaman itu lebih girang dan manis?...Tentu sahaja pemanis mulutnya. Bukan sahaja rupanya cantik mengiur-kecurkan, tapi rasanya juga membuatkan kita teringat-ingat. Kalau tak kerana ditebalkan rasa malu ingin saja Ibu bertanya resepinya dari Pastri Chef hotel yang kelihatan mundar-mandir hari itu.
Tak percaya? Pergilah rasa sendiri. Buffet tengaharinya cuma RM55++. Ibu terbaca promosi Hari Bapa Jun nanti (haribulan tak ingat bila) anak-anak makan percuma. Eh, eh promosi percuma untuk Hotel Armada pulak Ibu ni...alah sekadar berkongsi dengan pengunjung belog Ibu...hihihi...
Isnin, Mei 10, 2010
.:Ichiban Ramen @ Pavillion ~ Luncheon:.
Selasa, April 27, 2010
.:makan malam di Kak Mah TomYam:.
Hari itu, mereka-mereka di Kelab Nutrisi HL mengajak Ibu makan malam di Kak Mah TomYam, Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru. Tapi kami tak makan tomyam. Kami makan bubur nasi berlauk ala Thai...hmmm...enak sekali...tengok foto-fotonya...
Lain-lain menu yang kelupaan nak Ibu snapkan pixiesnya kerana pelahap makan malan itu ~ Siakap Stim Limau dan Crystal Egg (telur rebus hitam ~ tapi bukan telur pindang ya!). Pertama kali mencuba telur ini. Katanya direbus dengan herba. Kedua-dua masakan ini juga mengancam selera. Tak tahulah Ibu kalau Ayah diajak makan disini mahu ke tidak dia...
Sabtu, Jun 13, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Umrah Ramadhan 1436H
Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...
-
rakrak yang memang sangat membosankan kehidupan di pejabat rakrak lagi Meja buruk, tempat dudukduduk sambil dokumen ditebuk ah! masih bany...
-
Sekarang. Semenjak Julai 2010/Rejab 1431 di Surau Bukit Mulia setiap Khamis Dr. Fatma Al-Zahra akan hadir memberi kuliah kepada para muslim...
-
4 Sebab Kenapa Kita Gagal Berdiet:~ Tiada komitment sepenuhnya Kita seharusnya telah benar-benar bersedia bila membuat keputusan untuk menu...


