Sejak akhir-akhir ini memang tiada terilhamkan untuk mencoret lakaran ceritera apa di belog. Sehingga Ibu merasa sebenarnya Ibu ini tidak ada bakat langsung untuk menulis. Cuma perasan sahaja selama ini macam pandai sangat menulis.
Terkebil-kebil masih memikirkan apa agaknya yang boleh jadi cerita menarik hari ini. Mungkinkah cerita tentang tomyam ikan merah untuk makan malam semalam itu cerita menarik?
Kisah tomyam ikan merah semalam mebuatkan Ibu teringin menulis tentangnya adalah kerana halnya memang mengusik hati kecil Ibu. Tomyam ikan merah masakan Ibu begitu dinikmati dengan penuh perasaan semalam oleh anak-anak. Kakak memuji-muji kesedapannya. Izzah pula minta tambah nasi lagi. Malah Ayah si Cinta Hati Ibu juga makan bertambah semalam.
Manakan tidak bahagia rasa hati Ibu melihat suasana sebegini. Bila airtangan Ibu dinikmati bersungguh-sungguh penuh selera begitu. Mungkin ini sedikit sebanyak ada kena-mengena dengan niat (biniyyat lillahita'ala) kerana ingin anak-anak makan kenyang dan tidak kesakitan menahan keroncong dalam perut. Dan benar memang niat itu telah menjadikan ia tenaga untuk Ibu melaksanakannya tanpa rasa lelah. Hilang lelah dibadan, tambah semangat memasak, tambah bahagia dalam hati. Lain kali Ibu akan selalu-selalu masak tomyam ikan merah...!
Ya Rahman... ini semua kurniaan Mu... Subhanallahiwabihamdihi... Subhanallahiladzim...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ayam Masak Hitam
Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...
-
Bismillah Segala puji bagi Allah yang menyampaikan usia kami berdua beranak hingga hari ini. Mudah-mudahan dengan kesempatan yang dib...
-
Nota Ibu hasil dari bulatan manis pada hari Jumaat yang lepas tentang ~ meraih dan meniti jalan istiqomah... Apakah istiqomah? Secara e...
-
Luncheon bersama Kak Zie dan Kak Ana Ziana hari ini. Akhirnya setelah seberapa lama teringin nak makan ramen sup...hari inilah harinya Ibu m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan