Khamis, Jun 10, 2010

.:Muffin Kelapa:.




Ini kerja yang Ibu habiskan ketika mengisi waktu bosan menunggu Ayah pulang. Ringkas dan pantas saja menyediakan bahannya. Bagusnya resepi ini tak menggunakan telur. Tapi sayang bukan sekadar tak dapat disimpan untuk Ayah rasa, Ibu sendiri tak merasa. Habis semuanya 36 biji dikerjakan anak-anak dalam masa sejam sebaik sahaja ia masak.

Resepi asalnya dari buku "Makan"
Bahan kering - satukan dalam mangkuk besar
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh parutan kulit limau sunquick

Bahan cecair - satukan dalam mangkuk yang lain
3/4 cawan santan
1/4 cawan minyak zaitun ~ yang dara gitu ~
1/4 cawan air perahan limau sunquick
1 sudu teh esen vanilla

  • Gaul semua bahan kering hingga bercampur. Tuang bahan cecair.
  • Gaul guna whisk tangan sekadar bahan bercampur.
  • Sudukan adunan ke dalam tin muffin 3/4 penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C

    Jangan gaulcampur bahan cecair dan bahan kering terlalu lama ~ cukup sekadar 10 saat ~ tak percaya? ...kalau tak percaya ...gaullah lebih dari 10 saat, tak menjadilah nanti. Kenyataan Ibu adalah berdasarkan pengalaman ...teehee, hee, hee...
    • Tiada ulasan:

      Catat Ulasan

      Ayam Masak Hitam

      Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...