



Ini resepi asal Chef Alex Ibu kongsikan di sini:-
- 150g mentega
- 150g gula castor
- 3 biji telur B
- 50g biskut marie (dikisar)
- 100g tepung gandum
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 100g cip coklat
- Alaskan tin kek cawan dengan kertas kek cawan pilihan. Panaskan ketuhar ke 180c
- Pukul mentega dengan gula hingga ringan dan gebu
- Masukkan telur satu demi satu. Pastikan adunan diputar sebati selepas setiap biji telur dimasukkan.
- Kaup balikkan biskut yang dikisar, tepung, serbuk naik yang telah diayak serta cip coklat ke dalam adunan. Adun hingga sebati.
- Sudukan sama rata adunan ke dalam tin kek cawan yang telah disediakan. Bakar selama 25 min atau hingga kek masak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan