Selasa, Jun 08, 2010

.: petanda kekurangan air:.

Baru semalam Ibu keresahan kerana kurang minum air. Hari ini terbaca pula info kesihatan dari Majalah Rapi tentang petanda kekurangan air. Antara lain dapat Ibu ringkaskan tentang petanda-petanda itu:~


  • Mengantuk selepas makan ~ tandanya anda dahaga dan badan tidak cukup air
  • Kesan keseimbangan paras garam bila kekurangan air agak lewat dihantar oleh otak ke buah pinggang untuk mencetus rasa dahaga ~ kita sudah pun kehilangan sebanyak 2 cawan cecair dalam badan bila rasa dahaga tercetus
  • Sensitiviti terhadap rasa dahaga semakin berkurangan bila kita semakin meningkat usia ~ maksudnya minum air sebelum tekak kering dan terasa benar-benar dahaga
  • Kehilangan cecair dalam badan dengan kadar yang tinggi akan menimbulkan pelbagai implikasi
Begitulah pentingnya air. Harus Ibu mengingatkan diri sendiri dan juga Ayah lagi dan lagi dan lagi....minum air secukupnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...