Selasa, Mei 04, 2010

.:setelah sekian lama:.

setelah sekian lama belog ini Ibu tinggalkan. hari ini selepas membaca mengenai cerita belog Hanis Zalikha di majalah Wanita bulan Mei barulah Ibu terasa ingin mengemaskini semula belog Ibu yang sekian lama ditinggalkan. Ibu baru saja daftarkan diri di nuffnang ad. tak begitu pasti apa dan bagaimana. dan tak bertanya siapa-siapa untuk maklumat lanjut. sekadar cuba-cuba sendiri. Ibu harap betullah langkah yang Ibu buat...

2 Mei 2010 yang lalu adalah harijadi Mama yang ke 75 tahun. Ibu cuba buat kek cawan strawberi tapi tak menjadi. gambarnya pun Ibu tak snap kerana benci sekali melihat rupa tak jadinya. jadi akhirnya pagi Ahad itu Ibu cuma buat Apam Bunga untuk harijadi Mama yang ke 75 yang kami sambut di rumah Angah di Subang Jaya. Belum ramai yang hadir waktu kami sampai di Subang tu. Kami memang sampai awal kerana selepas itu perlu hadiri majlis harijadi Si Boboi di Setapak pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...