Hari itu, mereka-mereka di Kelab Nutrisi HL mengajak Ibu makan malam di Kak Mah TomYam, Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru. Tapi kami tak makan tomyam. Kami makan bubur nasi berlauk ala Thai...hmmm...enak sekali...tengok foto-fotonya...
Bubur ni memang sedap...sungguh kena dengan selera Ibu...dimakan begitu saja sudah cukup memuaskan. Serbuk-serbuk yang ditabur di atasnya adalah su-uun goreng bersama bawang goreng
Ini menu wajib bubur nasi...ikan bilis goreng garing...ditabur cili api dan diperah asam limau...fuhhh...demam Ibu makan..
Lain-lain menu yang kelupaan nak Ibu snapkan pixiesnya kerana pelahap makan malan itu ~ Siakap Stim Limau dan Crystal Egg (telur rebus hitam ~ tapi bukan telur pindang ya!). Pertama kali mencuba telur ini. Katanya direbus dengan herba. Kedua-dua masakan ini juga mengancam selera. Tak tahulah Ibu kalau Ayah diajak makan disini mahu ke tidak dia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan