Jumaat, Mei 14, 2010

.:kisah hari ini:.


Tak tahu kisah apa nak jadi entri hari ni. Nak tulis cerita sedih atau cerita ria.

Ibu sekarang memang sedang sangat sedih. Ibu telah serahkan notis berhenti kerja hari ini. Memang tak dinafikan keputusan itu penuh emosi. Tapi Ibu sudah tak daya lagi untuk bertahan. Dia. GM di jabatan yang Ibu sedang bekerja ini sungguh. Keji. Ibu benar-benar tak boleh lagi menghadapi dia. Dan kekejiannya. Dalam diri penuh benci. Ibu fikir buat apa lagi menunggu di sini dan bekerja seperti biasa dan dinilaikan sebagai "miskin". Sepertinya Ibu langsung tak berguna. Sepertinya Ibu tak memberi sumbangan apa pun. Pilu. Sungguh.

Ya itulah cerita tentang hari ini. Hanya cerita sedih. Bukan cerita ria...kerana Ibu memang sedang bersedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Umrah Ramadhan 1436H

Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...