Rabu, Mei 05, 2010

.:detox diet - baiki metabolisma:.

saja suka-suki nak Ibu tempelkan Jadual Diet Detox 13 Hari untuk entri hari ini. Ibu sendiri tak amalkannya...sebab Ibu kurang displin. hanya berdiet cara Herbalife dapat membantu Ibu displin untuk kekal berdiet. mungkin kerana membeli makanan nutrisi Herbalife sebagai penggantian hidangan makanan Ibu semasa diet sangat mahal. jadi Ibu sayang duit Ibu. hanya setelah Ibu capai berat ideal Ibu mungkin barulah Ibu berhenti mengganti pengambilan makanan nutrisi Herbalife. selepas itu Ibu akan terus jaga pemakanan harian dan mesti peka dengan pengambilan kalori serta paling penting minum air, minum air dan minum air...

||Detox Diet 13 Hari||
Syarat :
  • Satu hari minum 8 gelas besar air putih (jangan air ais), kurang lebih 2 liter air putih.
  • Stik Daging digrill guna Danish Butter/minyak jagung/ Butter tanpa garam/olive oil.
  • Sayuran jangan direbus terlalu lama (tanpa garam), dan selada (cili benggala) dimakan mentah.
  • Makan malam terakhir mestilah pukul 18.00.
  • Air putih diminum setiap jam.
  • Sebaiknya tinggal di rumah kerana kita akan kerap ke “kamar kecil” - boleh mencapai 8 kali sehari.
  • Buang air besar jarang sekali kerana hampir semua makanan diserap oleh tubuh
  • Diet ini hanya menghilangkan lemak, jangan bimbang tentang kesan sampingan.

Keuntungan

  • Diet ini jika diikuti secara penuh displin (tidak menyimpang sedikitpun), akan menurunkan berat badan anda 7 – 8 kg.
  • Diet ini telah diselidiki bahwa keadaan kimia di dalam tubuh semakin membaik, sehingga tidak ada kemungkinan untuk menjadi gemuk lagi. (Ringkasnya metabolisma badan menjadi pulih). Asalkan setelah hari ke-14, makan secara normal kembali (tetapi jangan sehingga berlebihan).
  • Diet ini cukup dilakukan sekali dalam setahun.


Pesanan Penting

Apabila lupa, tiba-tiba makan sesuatu yang menyimpang dari diet ini, misalnya hari ke-4 atau misalnya sudah hampir selesai (hari ke-12), diet ini harus diulang lagi dari hari pertama. Sebab nantinya walaupun berat badan kita turun, tetapi kemungkinan untuk gemuk lagi akan terjadi dengan adanya penyimpangan tersebut. – Ringkasnya proses memperbaiki metabolisma badan jangan diganggu kerana jika tidak anda tidak dapat manfaatnya

Jadualnya:-


Hari ke 1 & 8

Pagi : 1 cawan kopi/teh + 1 sdt gula

Tengahari : 2 telur rebus + 1 ikat bayam + 1 bj tomato

Malam : 1 1/2 ons grill stik atau 2 1/2 ons ayam kukus + selada/kangkung/bayam + perahan jus limau


Hari ke 2&9

Pagi : 1 cawan kopi/teh + 1 sdt gula

Siang : 2 telur rebus + 1 ikat bayam + 1 tomata

Malam : 1 1/2 ons grill stik atau 2 1/2 ons ayam kukus + selada/kangkung/bayam + perahan jus limau


Hari ke 3 & 10

Pagi : 1 cawan kopi/teh + 1 sdt gula + 1 keping roti bakar

Tengahari : 2 telur rebus + 1 ikat bayam + 1 tomato + 1 buah segar

Malam : 2 1/2 ons grill stik ayam + selada/kangkung/bayam + perahan jus limau


Hari ke 4 & 11

Pagi : 1 cawan kopi/teh + 1 sdt gula + 1 keping roti bakar Tengahari : 1 telur rebus + 1 batang lobak merah rebus + 1/8 keju kraf

Malam : 1 mangkok pepaya + 150g yogurt rendah lemak


Hari ke 5 & 12

Pagi : 1 batang lobak merah (besar) parut kasar + diperah jus limau/lemon

Tengahari : 2 1/2 ons stik ayam

Malam : 1 1/2 ons stik daging + selada/kangkung/bayam


Hari ke 6 & 13

Pagi : 1 cawan kopi/teh + 1 sdt gula + 1 keping roti bakar

Tengahari: 2 1/2 ons ayam kukus + selada + perahan jus limau

Malam : 2 telur rebus + 1 batang lobak merah diparut mentah + perahan jus limau


Hari ke 7

Pagi : 1 cawan kopi/teh tanpa gula

Tengahari: 1 1/2 ons grill stik + 1 buah segar

Malam : 150 ml Yogurt drink rendah lemak


Dan Hari ke 14

Makan secara normal (tidak berlebihan)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...