Bismillah.
Ramadan sudah pergi. Lama sudah ia meninggalkan Ibu. Malah Syawal juga sudah dipenghujungnya. Amat malang sekali tiada perubahan atau pencapaian yang dapat Ibu banggakan terhadap diri sendiri...
Dan.. akhirnya kerana khilaf diri yang sukar mengajar diri sendiri akan erti sabar. Hari ini akhirnya Ibu terus kalah ekoran turutan nafsu Ibu nan kelmarin itu... Ya. Kelmarin Ibu telah tewas dengan nafsu amarah sendiri. Malah Ibu telah siap menaipkan surat terakhir Ibu untuk dia... tapi ia tetap tertahankan tak terserah kepada CPB.
Jika diturut kehendak hati memang sebenar-benar hakikatnya sudah lama Ibu ingin pergi meninggalkan dia... tapi kerana ketegasan sikap Cinta Hati Ibu membuat Ibu menahan keputusan...
Detik demi detik Ibu lalui dengan kepayahan gejolak dalam hati yang penuh geram..
Akhirnya hari ini sudah tetap bahawa Ibu akan pergi juga... Apapun keputusan yang tertahan-tahan itu bukan Ibu yang muktamadkan...tetapi CPB yang sendiri memutuskannya... keputusannya penuh benci menyuruh Ibu pergi sahaja selepas peristiwa kelmarin itu.
Seakan tidak percaya pula... CPB akan Ibu tinggalkan akhirnya... lebih-lebih lagi bila dia sendiri yang meminta Ibu untuk pergi. Ketika Ibu telah menyiapkan surat terakhir Ibu yang tak terserahkan itu... tiba-tiba Ibu pula yang menerima sepucuk surat. Tak mengapalah. Biar keputusannya memang menyakitkan hati tapi Ibu tidak pun berdukacita... malah ke saat ini hati masih geram dan marah...
Semoga dapat Ibu lupakan dia dan akhlaknya yang sangat Ibu benci. Tapi tidak harus Ibu melupakan pengalaman untuk diambil iktibar atas setiap perkara yang terjadi di sini. Semoga dapat Ibu terus memperbaiki diri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan