Kalau entri di belog tak berkemaskini
berbulan-bulan lamanya, apakah sebenarnya masalahnya ya? Ketandusan ilham?
Kehilangan mood? Dan kalau ilham dan mood itu datang pun kebelakangan ini
ceritanya lebih banyak cerita sayu, lebih banyak cerita mengadu. Dan September
ini pun Ibu memang sedang dilanda sayu. Sedih dan pilu.
Tapi tak apa entri hari ini bukan untuk
bersayupilu dan mendayu-dayukan kata. Papan kekunci ditekan sekali ini memang
bermula begitu-begitu sahaja. Tanpa ilham. Tapi papan kekunci tetap
ditekan-tekan menjadi susunan bicara untuk entri kali ini yang entah hingga
saat ini masih tidak tahu apa yang patut jadi ceriteranya. Ramai orang
berbelog. Berkisah pelbagai hal. Berkongsi ilmu dan pengalaman. Atau sekadar
mencatat perjalanan harian. Ibu pula bagaimana? Entahlah.
Mulanya Ibu berbelog kerana memang Ibu
ingin mencatat journal harian Ibu. Seperti dulu-dulu. Itu memang sudah menjadi
kelaziman sejak dibangku sekolah lagi hingga Ibu jejak kaki ke kolej. Setiap hari atau selang beberapa hari pasti ada kisah yang Ibu lalui dititipkan ke dalam journal. Journal
Ibu bukan untuk tatapan sesiapa. Sekadar luahan hati sendiri yang nantinya Ibu
sendiri yang akan membacanya. Tapi di sini, di dalam belog ini entah untuk apa
Ibu menulisnya? Sudahlah ia jarang sekali dikemaskini. Pun jika Ibu tidak
menulis Ibu rasa resah gelisah ingin benar menyusun ayat pula. Kisah pulak…
biarlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan