Rabu, Jun 30, 2010

.:lagi fakta tentang metabolisme:.

~minum banyak air~

"Sekiranya kita mengalami dehidrasi, metabolisme badan akan menjadi perlahan. Ini bermakna tidak banyak kalori yang dapat dibakar. Jadi, minumlah banyak air kosong kerana ia boleh mengurangkan selera makan dan mengawal pengambilan makanan dengan menjadikan kita selalu berasa kenyang" - majalah i-Sihat Julai 2010

~jangan fikir panjang untuk minum banyak air kerana tiada keburukan hanya kebaikan~




~tidur secukupnya~

"Kajian mendapati jika kita tidur kurang daripada 5 jam setiap malam, kita berpotensi mengalami obesiti sehingga 70%. Kekurangan tidur dan rehat mempengaruhi hormon dalam tubuh menjadikan kita sentiasa lapar dan ingin makan. Metabolisme badan juga terganggu membuatkan semakin susah untuk menurunkan berat badan.

Selasa, Jun 29, 2010

.: Jamuan Perpisahan...ahh! :.

Jamuan perpisahan...?! Perpisahan itu memang amat memilukan. Tapi makan-makan tengahari ini di Delicious@Dua Residency memang hebat, Superb! Terima kasih tak terhingga buat Puan-Puan Pengurus yang sudi makan-makan dengan Ibu

Sabtu, Jun 26, 2010

.:Kek Cawan Cip Coklat:.




Seronoknya buat apa-apa kek mentega resepi Chef Alex Goh.. pasti jadi! Rasanya pun tidak mengecewakan, yummi, yummi, yummm.. Tambah lagi kertas kek cawan Ikea cukup menambah comelkan rupa Kek Cawan Cip Coklat ini.

Ini resepi asal Chef Alex Ibu kongsikan di sini:-
  • 150g mentega
  • 150g gula castor
  • 3 biji telur B
  • 50g biskut marie (dikisar)
  • 100g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 100g cip coklat
  1. Alaskan tin kek cawan dengan kertas kek cawan pilihan. Panaskan ketuhar ke 180c
  2. Pukul mentega dengan gula hingga ringan dan gebu
  3. Masukkan telur satu demi satu. Pastikan adunan diputar sebati selepas setiap biji telur dimasukkan.
  4. Kaup balikkan biskut yang dikisar, tepung, serbuk naik yang telah diayak serta cip coklat ke dalam adunan. Adun hingga sebati.
  5. Sudukan sama rata adunan ke dalam tin kek cawan yang telah disediakan. Bakar selama 25 min atau hingga kek masak

Jumaat, Jun 18, 2010

.: makan hari ini :.

Bangun dari tidur : Di rumah @ 7.00am
- 200ml H20
- 300ml teamix perisa peach

Sarapan Pagi : Di Wangsa Melawati ~ sebelah 7-11 (bawa Si Kecil ke klinik) @ 8.20am
- Nasi Kerabu + daging goreng
- 250ml H2O

Snek Pagi : Di Kelab Nutrisi Vitahouse @ 11.30am
- Shake Strawberi = 250ml air + 50ml Herbal Aloe + 3 sb F1 + 2 sb F3
- 500ml H2O

Tengahari : Sambil jalan-jalan di Pasar Siang Jalan Tengah @ 1.00pm
- Sepotong Betik

Snek Petang : Di Meja Kerja @ 3.30pm
- Shake ValCappu = 250ml air + 2 sb F1(Vanila) + 1 sb F1 (Cappucino) + 2 sb F3
- 1L H2O

Malam : Dalam Kereta @ 9.00pm
- 1/4 potong mushroom quiche

Sebelum Tidur : Di Rumah @ 10.50pm
- Golden Shake Strawberi = 250ml air + 50ml Herbal Aloe + 3 sb F1 + 2 sb F3 + 2 sk NW
- 500ml H2O

Selasa, Jun 15, 2010

.:makan hari ini:.

Pagi : Di rumah @ 7.15am
- 300ml teamix perisa peach

Sarapan Pagi : Di Kelab Nutrisi VitaHouse @ 8.10am
- 1L H2o
- Shake Strawberi = 250ml air + 50ml Herbal Aloe + 3 sb F1 + 2 sb F3

Tengahari : Nasi Campur Bungkus dari Gerai Jalan Tengah @ 12.30pm
- Nasi putih ~ 1/2
- Ikan Keli Goreng ~ seekor
- Sayur petola masak lemak ~ 1 sudu
- Sayur kobis goreng ~ 1 sudu
- 1/2 biji telur masin
- 1L air + 2 tabs Cell-u-Loss

Snek Petang : Di Meja Kerja @ 4.00pm
- 600ml teamix lemon + 1L air

Makan Malam: Di rumah
- 1L H2o
- Shake Mocha = 250ml air + 2 sb F1 Perisa Cappucino + 1 sb F1 Perisa Coklat + 2 sb F3

Isnin, Jun 14, 2010

.:Menu Harian:.

  • Bangun dari tidur : Masih di rumah @ 7.00am
- 300ml Teamix Peach (suam)

  • Sarapan Pagi : Di Kelab Nutrisi Vitahouse @ 8.15 am
- 1L H²0 + 1 tab Cell-u-Loss
- Shake Perisa Strawberi = 250ml air sejuk + 3 sb F1 + 2 sb F3 + 50ml Herbal Aloe

  • Snek Pagi : Di meja kerja @10.00am
- 1L H²0
- 600ml Teamix Lemon (suam)

  • Tengahari : Di TGI Fridays Pavilion @ 1.00pm [makan bersama Ayah]
- 250 ml Sparkling Lemonade

- Boneless Chicken n Celery Stick w Cheesy Dip~berbagi dua dengan Ayah

- Fish n Chips~juga berbagi dua dengan Ayah
- 250ml H²0 + 2 tabs Cell-u-Loss

  • Snek Petang : Di meja kerja @ 3.00pm & 5.00pm
- 1L H²0 + 1L H²0
- 600ml Teamix Lemon + 600ml Teamix Lemon

  • Malam : Kenduri Aqiqah di rumah Kawan Ayah @ 7.00pm [lupa nak snap all the pixies, maklumlah di rumah orang]
- 1/4 cawan nasi putih
- 2 sudu acar timun
- 1 ketul (sz. kotak mancis) kuzi kambing
- 1 ketul (sz. kotak mancis) hati kambing masak kari
- 200ml air sarsaparila
- 500ml H²0 [setelah sampai rumah]

  • Sebelum tidur @ 10.30pm
- 300ml teamix peach~sebab Ibu makan malam agak berat hari ini :(
-Shake Perisa Vanilla = 250ml air sejuk + 3 sb F1 + 2 sb F3 + 50ml NW



Sabtu, Jun 12, 2010

.:memacu kesihatan, kewangan dan masa hadapan:.

Sudahkah Ibu siap sedia untuk memulakannya? Bersungguhkah Ibu atau ini cuma ikut-ikutan perasaan? Terpengaruh dan dipengaruhi? Tidak. Memang tidak. Ibu memang inginkan perubahan sesuatu. Terutamanya tiga perkara itu ~ :: kesihatan,kewangan dan masa hadapan gemilang :: Ibu cuma tidak tahu bagaimana caranya. Di mana memulakannya. Ibu tahu Ibu belum lagi terlambat untuk memulakannya. Jadi, apa salahnya kalau Ibu mulakan sekarang! Perkara utama perlu Ibu pertimbangkan dulu:
  • tetapkan matlamat
  • merancang dan bertindak
  • usaha berterusan
  • displin diri
  • capaikan matlamat!!

Jumaat, Jun 11, 2010

.:wanita yang kau pilih:.

Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun telah aku pinta
Setia sepertiku

Hingga waktunya tiba....


~rossa~

Khamis, Jun 10, 2010

.:Muffin Kelapa:.




Ini kerja yang Ibu habiskan ketika mengisi waktu bosan menunggu Ayah pulang. Ringkas dan pantas saja menyediakan bahannya. Bagusnya resepi ini tak menggunakan telur. Tapi sayang bukan sekadar tak dapat disimpan untuk Ayah rasa, Ibu sendiri tak merasa. Habis semuanya 36 biji dikerjakan anak-anak dalam masa sejam sebaik sahaja ia masak.

Resepi asalnya dari buku "Makan"
Bahan kering - satukan dalam mangkuk besar
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh parutan kulit limau sunquick

Bahan cecair - satukan dalam mangkuk yang lain
3/4 cawan santan
1/4 cawan minyak zaitun ~ yang dara gitu ~
1/4 cawan air perahan limau sunquick
1 sudu teh esen vanilla

  • Gaul semua bahan kering hingga bercampur. Tuang bahan cecair.
  • Gaul guna whisk tangan sekadar bahan bercampur.
  • Sudukan adunan ke dalam tin muffin 3/4 penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C

    Jangan gaulcampur bahan cecair dan bahan kering terlalu lama ~ cukup sekadar 10 saat ~ tak percaya? ...kalau tak percaya ...gaullah lebih dari 10 saat, tak menjadilah nanti. Kenyataan Ibu adalah berdasarkan pengalaman ...teehee, hee, hee...
    • Selasa, Jun 08, 2010

      .: petanda kekurangan air:.

      Baru semalam Ibu keresahan kerana kurang minum air. Hari ini terbaca pula info kesihatan dari Majalah Rapi tentang petanda kekurangan air. Antara lain dapat Ibu ringkaskan tentang petanda-petanda itu:~


      • Mengantuk selepas makan ~ tandanya anda dahaga dan badan tidak cukup air
      • Kesan keseimbangan paras garam bila kekurangan air agak lewat dihantar oleh otak ke buah pinggang untuk mencetus rasa dahaga ~ kita sudah pun kehilangan sebanyak 2 cawan cecair dalam badan bila rasa dahaga tercetus
      • Sensitiviti terhadap rasa dahaga semakin berkurangan bila kita semakin meningkat usia ~ maksudnya minum air sebelum tekak kering dan terasa benar-benar dahaga
      • Kehilangan cecair dalam badan dengan kadar yang tinggi akan menimbulkan pelbagai implikasi
      Begitulah pentingnya air. Harus Ibu mengingatkan diri sendiri dan juga Ayah lagi dan lagi dan lagi....minum air secukupnya!

      Isnin, Jun 07, 2010

      .: Air...air...air...:.

      Air, air, air...Ibu telah tidak minum air secukupnya. Dan hari pun telah menjadi lewat. Dan Ibu tidur dengan tekak yang kering.

      Air, air, air....sesungguhnya Ibu sedang kekurangan air dan kerugian air!

      Selasa, Jun 01, 2010

      .:Mulakan Program Diet Dengan Keseronokan:.

      ShapeWorks™ Pek Mula Untuk Turun Berat Badan
      Diperibadikan dengan formulasi mudah untuk langsing secara sihat

      Kelebihan

      • Rasa lazat shakes dengan 5 perisa pilihan yang penuh khasiat
      • Protein untuk rasa lebih kenyang dan kurang rasa lapar
      • Kadar berpatutan untuk bekalan 2 minggu (2 shakes/hari.)

      Kaedah termudah menurunkan berat badan dan langsing secara sihat! Cuma gantikan hidangan harian sebanyak 2 kali dengan Shakes Nutrisi Formula 1 pelbagai perisa pilihan dan Protein Formula 3. Minum Teh herba campuran dan nyahkan lemak di setiap inci yang tak diingini selamanya.


      Pek merangkumi:
      Formula 1 Shake Nutrisi (1canisters)
      Formula 3 Protein (1 canisters)
      Teh Herba Campuran 50g / 100g


      ~ untuk keterangan lanjut, tanya saya bagaimana di:- ayuasyiqin@yahoo.co.uk

      Ayam Masak Hitam

      Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...