Selasa, Disember 07, 2010

.:cuti cuti sefamili 2010:.

4 Dis - 6 Dis 2010

Sejarah percutian sefamili telah terlakar penuh warnawarni.
Ibu percaya pengalaman kali ini memalitkan kemanisan, kemasinan dan sejuta rasa keindahan ke dalam hati semua ahli keluarga yang hadir. Tak pandai nak Ibu susunkan 'ayat-ayat cinta' buat menggambarkan kisah cuticuti sefamili tahun ini...biar all d pixies that been clicked by them tell the stories...

Hari Telematch


makan, ngopi, makan, ngopi, makan


suka-suki menang hadiah

Isnin, November 29, 2010

.: perjalanan Ipoh - Sabak :.

Hari Khamis petang kita sekeluarga bertolak ke Ipoh. Ayah akan bekerja di sana hari Jumaatnya. Sabtu kami rancang ingin ke Ladang Kambing di Gopeng dan Ahad ke Sabak Bernam - ada orang kahwin.
Malam jam 8 kurang lebih tiba di Hotel Tower Regency, Ipoh. kalau tak salah Ibu kawasan itu namanya Green Town. kita makan malam di Simpang Tiga - restoren makanan Indonesia. Tapi anak-anak makan ChickenChop + Mushroom Soup, Ayah makan Nasi Padang dan Ibu pilih Nasi Uduk
Jumaat Ayah kerja, tapi kita cuti-cuti di Ipoh. Pagi sarapan di hotel, kemudian anak-anak swimming syiok-syiok. Kemudian Ibu drive mereka ke Ipoh Parade - itu shopping mall paling hampir dengan hotel. pun begitu Ibu tetap tersasar dan sesat hala pulang ke hotel petangnya...teehee...tak biasa memandu. pulak lagi di tempat orang. Petang Ayah pulang ke hotel dari kerja. kita makan malam di Restoren Capati Medan Gopeng.

Makan sambil berbuai di MarryBrown - Ipoh Parade

Hari Sabtu walaupun sepatutnya rancangan kami akan ke LadangKambing di Gopeng. Terpaksa dibatalkan kerana tuan punya ladang tiada. Jadi kita teruskan perjalanan ke Sungai Besar dan bermalam di sebuah kampung. Tiba sahaja di kampung itu keindahan pemandangannya melelehkan jiwa Ibu.

Pemandangan sawah padi di Kg. Sg. Hj. Dorani

Mahsuri House Homestay - Kuda Kepang - Orang kahwin di Kg. Tebuk Pulai

Selasa, November 16, 2010

.: lontong in d making :.


setiap tahun. dua kali setahun. Eid Fitr dan Eid Adha. biasanya 3 hari sebelum anak-anak Nenek Nia akan dipanggil pulang untuk bergotongroyong menyediakan lontong untuk hariraya. setelah saban tahun, seusia perkahwinan Ibu dan Ayah selama 10 tahun memang menantu-menantu Nenek Nialah yang berganding bahu melayur daun pisang, membuat kelonsong dan memasukkan beras. seterusnya kelonsong yang siap berisi beras dimasukkan ke dalam periuk gergasi dan direbus hingga ke esok pagi. kurang lebih 8 jam.


(sebelum 10 tahun itu, Ibu tak tahu siapa yang menyediakan lontong yang biasanya jumlah berasnya tak kurang dari 5-10kilo. Mungkin Nenek Nia sendirian dengan dibantu anak-anak bujangnya. tapi sekarang setelah berkahwin tak ada seorang pun dari mereka yang terlihat berkemahiran membuat lontong untuk hariraya. Mungkin tuahnya mereka beristerikan perempuan-perempuan lontong fast learner teehee..heehee..)

Nota: Pixies ehsan Ayah Lani's Mobile Uploads @ FB

Ahad, November 07, 2010

.: tak kesempatan :.

kebelakangan ini hasrat Ibu untuk mengisi catatan baru di belog seringkali terganggu. sedar tak sedar dah berminggu rupanya belog ini tiada entri baru.


Ahad, Oktober 31, 2010

.:makan malam harijadi:.

30 Oktober harijadi Ibu. harijadi kakak juga. Ibu tak mahu masak di harijadi Ibu. tengahari kita makan di rumah Nenek Nab di Gombak. Nenek masak Sambal Ikan Talapia tengahari tadi. Sedap sungguh Ibu menjamu selera masakan Mama sendiri. Anak-anak pun makan sampai kenyang. Ibu juga buat kek brownies berkeju walaupun tak begitu menjadi tapi rasanya tetap mantap!..teehee..ok kan puji diri sendiri di harijadi..

Inilah rupa brownies keju yang tak menjadi...


dan malam juga Ibu tak kuasa nak masak. kita makan di Al-Rawsha.

Jumaat, Oktober 29, 2010

.: roti jala versi Ibu :.

Sarapan rotijala pandan buat anakanak

ini warna semulajadi air pandan tiada pewarna tiruan...Ibu suka...teehee

tak cukup dan tak puas anakanak menyantap rotijala pandan Ibu tambah lagi yang biasa - kuning (sebab malas nak kisar lagi daun pandan)

ha...itulah kawannya rotijala Ibu...kuah santan durian..shheeedappp...

Isnin, Oktober 25, 2010

.: Ayah sudah 35 tahun :.

Hari Isnin. Selalunya menjadi hari penuh kemalasan bagi Ibu. Tapi Isnin yang ini Ibu tak boleh melayan bermalas-malasan. Dalam suasana baru pulang dari perjalanan jauh malam tadi. Dan isi dalam peti sejuk malah sebahagian isi dalam dapur amat berkurangan kerana belum sempat keluar belanja ke pasar. Uhhh...semua itu cukup menguatkan rasa malas Ibu hari ini.
Dengan segala susah payah melawan kemalasan di hari Isnin Ibu berkerah menyediakan menu makan malam harijadi Ayah. Apapun dapatlah juga Ibu sediakan walau tak seberapa tapi Ibu puas hati. Harap Ayah juga menerima seadanya.

Tententen...lihatlah hasilnya :-

:: Menu ::
~~~~~~~

Nasi minyak


Ayam Masak Merah

Kangkung Goreng - sangat tak sesuai tapi ini saja sayur yang ada dalam peti sejuk -

Kek Keju - inilah manfaatnya ke kelas keju hujung minggu lepas, sayangnya masih gagal menghiaskan kek sebaiknya -

Selasa, Oktober 19, 2010

.:tanpa tajuk:.

kisah kali ini tanpa tajuk. kerana Ibu hilang akal....hahahaha...hilang akal kerana si kecil Irsyad menangis selama sejam sambil berengekan "Ibu ni nakal....Ibu ni nakal..." puas dah Ibu pujuk, puas juga Ibu bertempik kerana geram dia tak mahu diam. Irsyad marah kerana Ibu padamkan PC sedang dia masih ghairah ingin main online game. Itulah anak zaman teknologi pesat baru 3 tahun dah mengenal kelikan tetikus. sejak jam 2.00 hingga ke jam 6.00 petang dia dan Izzah berkelikkelik depan PC. makanya Ibu dengan sifat diktator terpaksa mematikan saja PC. saat jam sudah mendetik ke 8.30 malam Ayah masih belum pulang. menambah lagi bosan Ibu melayan rengekan Irsyad kerana tiada Ayah yang paling tidak boleh menggilirkan Ibu memujuk Irsyad...haiiiiiiih...hanya keluhan

petang tadi selera Ibu terasa benar nak munchin, munchin...cuba-cuba melayan selera itu dengan HL shake tapi gagal..huh diet Ibu makin berserakan sekarang. dalam diam Ibu buat Kuih Cara Coklat demi memenuhi selera nak minum petang hari ini. pixies kuihnya nanti Ibu muatnaikkan kemudian. puas juga makan Cara Coklat, tapi perut Ibu memang terasa tak sedap amat. bagai ada segugus angin menyesak di ulu hati...seperti ada yang tak lawas...sejak semalam lagi sebenarnya. entah kenapa penyakit lama datang lagi...gastrik oh gastrik pergilah kau jauh..Ibu perasan ia datang sejak Ibu secara sepenuh masa menjadi Pengurus Rumahtangga.


Ahad, Oktober 17, 2010

.: jenguk kembali :.

Ibu nak buat re-cap untuk entri kali ini. Ya...menjenguk kembali rentetan kisah seminggu yang dilalui.. sayang sekali MS adapter PC Ibu telah tidak berfungsi...makanya all d pixies that can make my re-cap more interesting tak dapat dimuatnaikkan ke PC.
Tak banyak kisah luar biasa pun sebenarnya. Isnin Ibu terima panggilan dari Jasmine ~ my HL Coach. Katanya ingin bertemu Ibu hari Jumaat nanti kerana Ibu telah lama mendiamkan diri. Selasa hingga Khamis tak ada apa yang terlalu manis atau teramat pahit untuk dicatatkan. Semuanya biasa-biasa saja...pagi urus kain baju, siram pokok, kemas rumah, masak dan siapkan makan Abang dan Kakak pukul 11.00pagi on the dot. 12.00pm Abang, Kakak ke sekolah, Ultraman Cosmos di ceria, sambil makan tengahari bersama Izzah dan Irsyad, 2.00pm berFacebook, 4.00pm nap with Irsyad sementara Izzah main PC game online...dia memang tak boleh take nap..Ibu tak tahu kenapa, jangan tanya...

Tapi Hari Jumaat berubah sedikit, walau pada mulanya Ibu menyangka Jasmine tidak akan datang kerana dia lewat dari waktu yang dijanjikan. Akhirnya dia datang bersama Simon. Kami makan di Bangi Kopitiam Melawati. Sambil berbual. Jasmine komen tentang wajah sugul Ibu dan mengingatkan Ibu supaya jangan diturutkan rasa kecewa...sekurang-kurangnya ada juga yang ambil berat. Katanya lagi janganlah menganggap jalinan perkenalan Ibu dan dia itu terlalu komersial kerana dia dan yang lain-lain di kelab Nutrisi HL juga boleh menjadi sahabat...
Hari Sabtu, seharian di rumah bersama anakanak, cuma ke Jusco sebentar membeli barangbarang dapur. Ayah dan Abang sebelah petangnya pula dah keluar untuk menyaksikan permainan bolasepak. Tinggallah kami empat beranak di rumah hingga ke 1.00am baru Ayah dan Abang balik. Mujur Irsyad tak berjaga untuk menunggu Ayah dan Abang. Dia bising sepanjang sebelum terlelap.."Abang dengan Ayah ni balik lambat sangatlah" sungutan yang berkalikali dari mulutnya..

Hari Ahad, Ibu ke kelas Kek Keju. Hari yang paling kemuncak dalam minggu ini. Menghadiri kelas ini bukan sahaja dimanfaatkan untuk menambah ilmu masakmemasak tapi juga Ibu dapat kawan baru. Kesemua mereka penuh warnawarni yang menghiaskan lagi kehidupan Ibu. Liza dengan suara manja Fasha Sandanya, Yati dengan keselamba-mamaannya, Eryn dengan mulut meriahnya dan Ibu senang sekali dengan sikap tak lokek ilmunya. Banyak tips menghias kek yang dikongsikan bersama petang tadi
Begitulah seadanya kisah seminggu yang dilalui..

Selasa, Oktober 12, 2010

.: dunia baru:~ d HomeMaker

Sudah lama benar Ibu tak mencatatkan menu harian diet Ibu sekarang ini. Apa taknya, Ibu memang dah tak berdiet dalam erti kata sebenarnya. Sejak menjadi Pengurus rumah tangga dan nanny sepenuh masa, tiada dietdietan lagi. Tapi Ibu teruja juga sebab Ibu tak pula 'ter'tambah berat badan Ibu...teruja dan bahagia...teehee..---> pinjam gelak Hanis Zulaikha...
Setelah tidak lagi keluar bekerja Izzah sudah berulangkali bertanya pada Ibu "kenapa Ibu tak boleh pergi kerja lagi sekarang?"...sebab bibik takde-jawab ibu...hehe.. Irsyad sekarang semakin manja mengada. Abang dan Kakak Ibu tak pasti apa sebenarnya perasaan mereka...suka Ibu di rumah atau sebaliknya...kerana mereka sering dileteri dan tidak boleh bebas, bebas lagi berTV dan bermain. Sentiasa Ibu akan mengingatkan mereka tentang buku dan sekolah. Kalau tidak Ibu leteri hal buku dan sekolah itu, Ayah pula yang akan bising. Huh, Ayah...Ayah terasa seperti semakin jauh dari Ibu...sekurangkurangnya dulu Ibu ada masa hanya berdua dengan Ayah dalam kereta ketika keluar dan pulang kerja. Sekarang itu tidak lagi berputar menjadi kisah harian kami. Selama menghabiskan waktu siangnya seperti selalu Ayah memang jarang menelefon Ibu...dan bila pulang Ayah keletihan, cuma bantal saja yang nak diulitinya. Begitulah kini, Ibu dan Ayah sudah tidak bercinta lagi...tapi tak apalah...biarpun Ibu berkeluh tentang hal ini, namun ia bukan perkara gede yang harus Ibu risaukan..(ceh! Ibu cuba memujuk hati sendiri konon..)
Sebagai Pengurus rumah tangga dalam kelemasan mengejar urusan-urusan harian, Ibu secara tidak sengaja telah jadi pengikut sinetron indon di TV - Cinta Kirana!! Walaupun dulu Ibu anti betul dengan siri-siri yang melekakan ini. Tapi Ibu tidak begitu fanatik. TV memang tidak pernah lagi menjadikan Ibu fanatik. As a matter of fact, Ibu boleh hidup tanpa TV. Tapi jangan biar Ibu sunyi tanpa muzik dan lagu. Pun begitu sekarang ini entah untuk tahun ke berapa ya sekarang...(Ibu lupa nak kira) rasanya Ibu lebih dan masih lagi addicted dengan Game di Facebook. Sehinggakan Ibu tidak peduli kalau belog Ibu ini tidak dicatatkan cerita baru...Ah, Ibu kena berhenti sekarang. Esok lusa cerita lagi mungkin cerita tentang pengalaman temuduga yang sadis dan amat menyeksakan jiwa raga Ibu...uwa...uwa...uwa..

Khamis, Julai 29, 2010

.:kuliah Dr. Fatma Al-Zahra - Surau Bukit Mulia:.

Sekarang. Semenjak Julai 2010/Rejab 1431 di Surau Bukit Mulia setiap Khamis Dr. Fatma Al-Zahra akan hadir memberi kuliah kepada para muslimat setempat. Seperti biasa yang selalu Ibu dengar, (kerana Ibu belum pernah ikut kuliah beliau sebelum ini) kuliah Dr Fatma adalah kupasan inti Al-Quran yang diertikan supaya kita lebih menghayati pengertian dan kemukjizatan Al-Quran. Betapa umat manusia seharusnya memperindah kebesaran, kelebihan dan kemanfaatan Al-Quran dalam menjalani kehidupan harian didunia. Serta kembara menuju akhirat. Maka itu "Quran baca, diertikan!"

Untungnya Ibu kini suri sepenuh masa dan tidak lagi bekerja dipejabat, syukur Ibu berkesempatan hadir majlis ilmu sebegini. Alhamdulillah, hari ini adalah kuliah kali kedua yang Ibu hadiri. Hari ini, kupasan Surah To-Ha lanjutan dari kuliah minggu lepas. Surah To-Ha terkandung kisah Nabi Musa alaihissalam dan saudaranya Harun alaihissalam yang berjuang menentang Firaun. Bagaimana ujian yang Nabi Musa tempuhi dan bagaimana balasan Allah terhadap Firaun semuanya Dr. Fatma tafsirkan buat pengertian sekalian muslimat yang hadir tengahari ini.

Banyak juga manfaat ayat-ayat dalam Surah To-Ha yang diajarkan oleh yang dimuliakan Dr. Fatma untuk diamalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. Antara lain tentang Ayat 1 ~To-Ha~ untuk melembutkan hati yang degil. Ayat 39 boleh mempererat kasihsayang sesama suami isteri. Ayat 41 untuk perlindungan diri bila merasa takut. Ayat 55 sunat dibacakan ke atas jenazah yang hendak dikebumikan. Ayat 69 untuk mengelak perbuatan sihir manusia durjana ke atas kita. Untuk menerima pembelajaran dan ilmu bagi mereka yang sedang belajar elok baca Ayat 98. Begitulah sedikit sebanyak...nota yang Ibu catitkan buat ingatan dan rujukan diri sendiri pada masa depan. Sebab Ibu tahu, Ibu pasti akan baca semula semua entri-entri yang Ibu poskan di belog ini.

Dr. Fatma mengingatkan tentang kewajiban membaca dan usaha memperdalami erti Al-Quran dari masa ke semasa itu amat mustahak. Melalaikan, menganggap remeh dan membelakangkan akan Al-Quran adalah dosa yang amat berat azabnya di akhirat nanti. Ingatan dan nasihat Dr. Fatma juga banyak menjadikan Ibu takut dan akur akan balasan Allah jika Ibu terus lalai. Ah! Terasa banyak benar dosa Ibu...Ibu sedih...kerana Ibu sedar Ibu juga meremehkan hal membaca, mengkhatam dan memengertikan Al-Quran.

Lambaian Ramadhan yang semakin mendekat ini, Dr. Fatma mengingatkan juga agar memperbanyak membaca Al-Quran. Biar khatam lebih dari sekali di bulan Ramadhan katanya terus. Banyakkan juga melakukan solat sunat selain dari solat fardhu. Apatah di bulan mulia Ramadhan ganjarannya menjadi berganda-ganda. Dr Fatma juga menasihatkan agar hijrah dilakukan dibulan mulia ini. Dari buruk menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik...Semua ini Ibu coretkan di sini bukan untuk mengajar orang lain tetapi hanyalah untuk peringatan Ibu sendiri!



-Al-Quran Penawar Rohaniah-


Ahad, Julai 25, 2010

.:mesyuarah famili:.

Kelihatan dalam foto - Nenek Nia~pengerusi mesyuarah...teehee!

Malam semalam kita bermesyuarah dengan semua adikberadik di rumah Ayah Wi dan Cik Shila. Cuma Ayah Wan sahaja yang tidak hadir kerana Cik Intan sakit dan sedang menjalani rawatan. Agendanya adalah tentang jalan-jalan cuti sekeluarga hujung tahun nanti.
Makan-makan mesyuarah, potluck dari semua famili yang hadir. Ada Dimsum dari Cik Lin, Lasagna dari Cik Iss, Mee Goreng dari Cik Mimi, Puding Biskut dari Cik Am. Ibu sendiri bawak Spaghetti Olio dan Kek Marble. Cik Shila sediakan Kuih talam dan buah-buahan tempatan i.e. durian, manggis, pulasan..lorrr...lupa lagi Ibu nak kelik all d pixies...

Keputusan mesyuarah ~ bercuti ke Cherating/Kemaman....yeayyy!! Warna tema tahun ini - Jingga...yeayy!!

Besar kemungkinan kita akan menginap di sini:- http://www.suriacherating.net/outlet.html

Jumaat, Julai 23, 2010

.:muffin pisang:.

Hujung minggu, beberapa minggu yang lalu Nenek Nia tidur di rumah kita. Dia beli seikat pisang rastali. Tak habis di makan anak-anak pisangnya mula melebam lalu Ibu jadikan muffin. Resepinya Ibu tak berapa ingat dari mana. Sebab sudah banyak hari berlalu, baru hari ini Ibu nak muatkan entrinya di sini.

Selasa, Julai 20, 2010

.:kek kopi berempah:.



Ini resepi chef Michael Smith, Ibu tonton di AFC semalam. Rempah dalam kek ini cuma satu jenis saja i.e. biji pelaga yang dikisar. Tapi disebabkan keknya berbau pelaga anak-anak tak mahu makan....kek Ibu tak laku!

Cardamom Coffee Cake
1 tbsp cardamom - grounded (nasihat Ibu tinggalkan saja ini ~ anak-anak tak suka)
2 stick butters (250g)
2 cups sugar
4 eggs
1/2 cup instant coffee + 1/2 cup water to dissolve
2 tsp vanilla essence
2 cups sour cream - (sour cream tak ada di dapur Ibu gantikan buttermilk)
4 cups flour
2 tsp baking powder
1tsp salt


Sabtu, Julai 17, 2010

.:sukan sekolah:.

Hari Sabtu. Sukan sekolah anak-anak. Abang tak masuk apa-apa acara pun. Tapi Kakak wajib masuk sukaneka Tahun 1. Pagi ceria. Walaupun padang basah dan becak. Kasut masing-masing hari itu. Buruk amat penuh kotoran becak.
Hampir tengahari barulah tiba giliran Kakak beraksi. Kakak kena lari sambil kepit bola, berhenti ditengah untuk bawa raket badminton bersama bolanya kemudian di hujung garisan pancing ikan magnet sebelum berpatahbalik ke dalam kumpulannya. Berakhirnya saja aksi sukaneka Kakak, keadaan langsung berubah jadi murung kerana Kumpulan Kakak kalah. Kakak menangis teresak-esak. Tapi Kakak sebenarnya telah mencuba yang terhabis baik. Secara teknikal Kakak kalah bukan kerana kelemahan Kakak tapi alat pancing ikan bermagnet Kakak tidak berfungsi seperti sepatutnya. Kakak mungkin merasa sangat-sangat bersalah kerana kecundangnya mereka adalah kerana Kakak. Kawan-kawan sekelas yang lelaki pula tak habis-habis mengomel akan hal Kakak lambat. Bertambahlah sayu hati Kakak. Tapi Ibu lihat Julia kawan sekelas yang agak rapat dengan Kakak sangat matang dan pandai memujuk Kakak. Terharu Ibu melihat suasana itu. Pulang dari hari sukan Ayah bawa kita ke McD makan aiskrim untuk memujuk Kakak.

Matahari pagi mula memancar sewaktu Hari Sukan bakal dirasmikan.

Kakak bersama Julia dan Jannah ~ semoga persahabatan mereka hingga ke hari tua.

Sabtu, Julai 10, 2010

.:Hari Keluarga:.

Hari Keluarga yang dapat Ibu dan anak-anak merasa buat pertama kalinya semenjak Ayah bekerja di tempat baru. Sebelum ini, di tempat kerja lama Ayah, memang kita semua tak pernah berpeluang pergi walau apa acara pun. Walhal Ayah bekerja di bank yang sungguh berprestij.

Sungguh rezeki kami Alhamdulillah makin murah kini, setelah Ayah bertukar ke tempat baru.

Aktivitinya macam-macam sangat hingga Ibu tak tahu nak bawa anak-anak main apa, tengok apa, makan apa dan sebagainya. Emcee majlis diterajui Jaafar Onn dan Maya~Bungabunga Matahari, artis jemputan Mila, ada pentasan magis dan silap mata, ada tele-match dan bagai-bagai lagi. Penat nak Ibu taipkan semuanya. Kelikan foto amat kurang kerana tak ada kamera dan Ibu pula tertinggal telefon kecil di rumah. Harapkan Ayah saja kelik foto dengan BBnya...tapi sikit amat.

Ini gambar-gambar suasana Hari Keluarga siang tadi:~

Papan kenyataan ~ entah Ibu tak tahu di mana dipaparkannya, Encik Suami yang kelik foto ini

Suasana di tengah padang, bila matahari mula merembang

Badut. Yang kurang celoteh dan tak pandai membadutkan karektornya

Ibu sedang sibuk melayan anak-anak buat gambar seni pasir warnawarni. Nampak macam Ibu yang syok sendiri...teehee..

Kakak minta lukisan bunga dipipinya di gerai Pakcik Artis

Si Kecil bawa pulang sebiji durian!...Buah kegemarannya..

Rabu, Julai 07, 2010

.: Kenapa Diet Kita Gagal? :.

4 Sebab Kenapa Kita Gagal Berdiet:~
  1. Tiada komitment sepenuhnya
    Kita seharusnya telah benar-benar bersedia bila membuat keputusan untuk menurunkan berat badan. Jika tidak usaha menjadi sukar untuk mencapai matlamat yang menjadi sasaran kerana kita tidak memberi 100% komitment kerana kurang bersedia ketika memulakannya

  2. Berharap akan berlaku ke"ajaib"an
    Bila menetapkan capaian berat badan yang hendak diturunkan mestilah dengan kadar yang munasabah. Keajaiban tidak akan langsung berlaku sebaliknya usaha diri sendiri yang akan menjadi kuncinya. Oleh itu sasaran haruslah logik dan mampu dicapai bertepatan dengan keupayaan diri sendiri
  3. Program Yang Berterusan untuk Jangka Panjang
    Merancang sesuatu program diet yang betul serta boleh dikuti dengan mudah dan secara berterusan adalah penting. Menjaga tahap metabolisme badan sambil berdiet misalnya adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Oleh itu program yang betul dan berkesan untuk jangka panjang adalah yang paling sesuai. Ini kerana sudah tentu kita tidak mahu berat badan yang hilang datang kembali dan hanya menyedari bahawa kita telah tersilap mengamalkan program diet 'yo-yo' kerana tidak memberi perhatian tentang keberkesanan program diet yang dijalani

  4. Memaafkan Dorongan Nafsu Makan
    Seringkali ketika didalam program diet kita tergoda untuk makan lebih dari yang sepatutnya. Memaafkan diri untuk satu hidangan yang tak dapat dielakkan akhirnya akan menyebabkan kita berasa diri telah gagal dan tidak mahu meneruskan lagi usaha mengurangkan berat badan. Sebaliknya biarpun kita telah tergelincir dari trek usahakan untuk kembali ke trek pada hidangan seterusnya. Kita harus tahu bukan kita sahaja yang selalunya gagal mengawal nafsu makan terutamanya bila ada majlis tertentu yang perlu dihadiri. Namun setelah memaafkan diri untuk satu-satu hidangan itu, teruskan semula berdiet sehingga berat badan idaman telah berjaya dicapai.

Ahad, Julai 04, 2010

.: makan rojak ditengahari :.

Hari Ahad.

Bibik minta dihantarkan ke Salak South. Kemudian kita sekeluarga makan tengahari di Bellamy. Anak-anak makan Nasi Goreng Cina. Tapi Ibu dan Ayah makan the famous Rojak lah apa lagi...

Rojak Special ~ Hidangan untuk Ayah

Pilihan Ibu ~ Rojak Mee

Dengan yakinnya tertera kenyataan si Mamak, yang Ibu pun tak dapat pastikan kebenarannya. Tapi kuah rojaknya memang...walllahh...teringat-ingat nak makan lagi

Rabu, Jun 30, 2010

.:lagi fakta tentang metabolisme:.

~minum banyak air~

"Sekiranya kita mengalami dehidrasi, metabolisme badan akan menjadi perlahan. Ini bermakna tidak banyak kalori yang dapat dibakar. Jadi, minumlah banyak air kosong kerana ia boleh mengurangkan selera makan dan mengawal pengambilan makanan dengan menjadikan kita selalu berasa kenyang" - majalah i-Sihat Julai 2010

~jangan fikir panjang untuk minum banyak air kerana tiada keburukan hanya kebaikan~




~tidur secukupnya~

"Kajian mendapati jika kita tidur kurang daripada 5 jam setiap malam, kita berpotensi mengalami obesiti sehingga 70%. Kekurangan tidur dan rehat mempengaruhi hormon dalam tubuh menjadikan kita sentiasa lapar dan ingin makan. Metabolisme badan juga terganggu membuatkan semakin susah untuk menurunkan berat badan.

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...