Selasa, Oktober 12, 2010

.: dunia baru:~ d HomeMaker

Sudah lama benar Ibu tak mencatatkan menu harian diet Ibu sekarang ini. Apa taknya, Ibu memang dah tak berdiet dalam erti kata sebenarnya. Sejak menjadi Pengurus rumah tangga dan nanny sepenuh masa, tiada dietdietan lagi. Tapi Ibu teruja juga sebab Ibu tak pula 'ter'tambah berat badan Ibu...teruja dan bahagia...teehee..---> pinjam gelak Hanis Zulaikha...
Setelah tidak lagi keluar bekerja Izzah sudah berulangkali bertanya pada Ibu "kenapa Ibu tak boleh pergi kerja lagi sekarang?"...sebab bibik takde-jawab ibu...hehe.. Irsyad sekarang semakin manja mengada. Abang dan Kakak Ibu tak pasti apa sebenarnya perasaan mereka...suka Ibu di rumah atau sebaliknya...kerana mereka sering dileteri dan tidak boleh bebas, bebas lagi berTV dan bermain. Sentiasa Ibu akan mengingatkan mereka tentang buku dan sekolah. Kalau tidak Ibu leteri hal buku dan sekolah itu, Ayah pula yang akan bising. Huh, Ayah...Ayah terasa seperti semakin jauh dari Ibu...sekurangkurangnya dulu Ibu ada masa hanya berdua dengan Ayah dalam kereta ketika keluar dan pulang kerja. Sekarang itu tidak lagi berputar menjadi kisah harian kami. Selama menghabiskan waktu siangnya seperti selalu Ayah memang jarang menelefon Ibu...dan bila pulang Ayah keletihan, cuma bantal saja yang nak diulitinya. Begitulah kini, Ibu dan Ayah sudah tidak bercinta lagi...tapi tak apalah...biarpun Ibu berkeluh tentang hal ini, namun ia bukan perkara gede yang harus Ibu risaukan..(ceh! Ibu cuba memujuk hati sendiri konon..)
Sebagai Pengurus rumah tangga dalam kelemasan mengejar urusan-urusan harian, Ibu secara tidak sengaja telah jadi pengikut sinetron indon di TV - Cinta Kirana!! Walaupun dulu Ibu anti betul dengan siri-siri yang melekakan ini. Tapi Ibu tidak begitu fanatik. TV memang tidak pernah lagi menjadikan Ibu fanatik. As a matter of fact, Ibu boleh hidup tanpa TV. Tapi jangan biar Ibu sunyi tanpa muzik dan lagu. Pun begitu sekarang ini entah untuk tahun ke berapa ya sekarang...(Ibu lupa nak kira) rasanya Ibu lebih dan masih lagi addicted dengan Game di Facebook. Sehinggakan Ibu tidak peduli kalau belog Ibu ini tidak dicatatkan cerita baru...Ah, Ibu kena berhenti sekarang. Esok lusa cerita lagi mungkin cerita tentang pengalaman temuduga yang sadis dan amat menyeksakan jiwa raga Ibu...uwa...uwa...uwa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...