Sabtu, Julai 17, 2010

.:sukan sekolah:.

Hari Sabtu. Sukan sekolah anak-anak. Abang tak masuk apa-apa acara pun. Tapi Kakak wajib masuk sukaneka Tahun 1. Pagi ceria. Walaupun padang basah dan becak. Kasut masing-masing hari itu. Buruk amat penuh kotoran becak.
Hampir tengahari barulah tiba giliran Kakak beraksi. Kakak kena lari sambil kepit bola, berhenti ditengah untuk bawa raket badminton bersama bolanya kemudian di hujung garisan pancing ikan magnet sebelum berpatahbalik ke dalam kumpulannya. Berakhirnya saja aksi sukaneka Kakak, keadaan langsung berubah jadi murung kerana Kumpulan Kakak kalah. Kakak menangis teresak-esak. Tapi Kakak sebenarnya telah mencuba yang terhabis baik. Secara teknikal Kakak kalah bukan kerana kelemahan Kakak tapi alat pancing ikan bermagnet Kakak tidak berfungsi seperti sepatutnya. Kakak mungkin merasa sangat-sangat bersalah kerana kecundangnya mereka adalah kerana Kakak. Kawan-kawan sekelas yang lelaki pula tak habis-habis mengomel akan hal Kakak lambat. Bertambahlah sayu hati Kakak. Tapi Ibu lihat Julia kawan sekelas yang agak rapat dengan Kakak sangat matang dan pandai memujuk Kakak. Terharu Ibu melihat suasana itu. Pulang dari hari sukan Ayah bawa kita ke McD makan aiskrim untuk memujuk Kakak.

Matahari pagi mula memancar sewaktu Hari Sukan bakal dirasmikan.

Kakak bersama Julia dan Jannah ~ semoga persahabatan mereka hingga ke hari tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...