Khamis, Mei 27, 2010

.:Jangan Merosakkan Diri:.

Artikel ini Ibu terima melaluli emel dari seorang saudara. Penuh informasi dan bermanfaat untuk semua ketahui. Ibu ingin cuba terjemahkan ke Bahasa Melayu untuk dipaparkan buat tatapan pengunjung belog ini. Tetapi kerana bimbangkan perkataan yang kurang tepat akan menyebabkan maksud sebenarnya tidak kesampaian. Maka, Ibu copy & paste sahaja disini dalam bentuk asalnya.


No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.


Overeating

It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.


High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.


Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.


Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..


Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.


Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.


Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.


Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

Rabu, Mei 26, 2010

.:Pemanis Rasa di Hotel Armada, PJ:.

Ibu berkursus selama 2 hari di Hotel Armada, PJ. Apa yang menjadikan pengalaman itu lebih girang dan manis?...Tentu sahaja pemanis mulutnya. Bukan sahaja rupanya cantik mengiur-kecurkan, tapi rasanya juga membuatkan kita teringat-ingat. Kalau tak kerana ditebalkan rasa malu ingin saja Ibu bertanya resepinya dari Pastri Chef hotel yang kelihatan mundar-mandir hari itu.
Tak percaya? Pergilah rasa sendiri. Buffet tengaharinya cuma RM55++. Ibu terbaca promosi Hari Bapa Jun nanti (haribulan tak ingat bila) anak-anak makan percuma. Eh, eh promosi percuma untuk Hotel Armada pulak Ibu ni...alah sekadar berkongsi dengan pengunjung belog Ibu...hihihi...

Tropical Fruit Layer

Fruit Tartlets

Coffee Cream Cheese Tarts

Choc Cheese Layer

Choc Cheese Cake

Tropical Delight

Sarang Semut

Ketayap

Cubadak

Sabtu, Mei 22, 2010

.:Premium HOM Kuala Lumpur, Ritz Carlton:.

Teruja dan tiada kata terucapkan melihat kesungguhan mereka.

Kiri: Mr. Amertat Cohn Chairman's Club Member Malaysia;
Kanan: Dato' Dr. Ronie Tan VP Herbalife Malaysia

President's Team dari seluruh Asia Pacific

President Team Dr. Huang, dari Taiwan ~ dia sememangnya seorang doktor yang mengamalkan gaya hidup sihat bersama Herbalife

Lagi President Team dari Taiwan

En. Fadhil Muda yang muda dan ceria selalu

Simon Teng "Atuk" yang cute dengan senyuman menawan yang membuat Ibu cemburu dengan kulit licin muda berserinya

Samantha dari Penang ~ masalah kesihatan buah pinggang tak berfungsi dan lemah jantung, namun kelihatan tersenyum mesra dan sihat cergas

Teman dan pelatih (coach) terbaik pernah Ibu temui...bersedia berkongsi dan menghulur bantuan apa sahaja demi merubah kehidupan yang lebih baik buat Ibu.

Herbalife ~ Nutrisi untuk kehidupan yang lebih baik

Khamis, Mei 20, 2010

.:mari ikat langsir:.

Semalam Ibu ke Daiso Sg. Wang Plaza. Mencari tin kek bulat saiz 8" atau 9" tapi tak ketemu. Yang ada hanyalah sangat kecil. Jadi Ibu tidak membeli. Tapi lain dicari, lain yang dibeli. Ibu "ter"jumpa curtain tassel yang cute. Dan teruja nak membelinya ~ untuk sepasang tassel cuma RM5...syok...rupanya pun agak lain dan unik. Bagi pandangan Ibulah. Lihat saja sendiri gambarnya...



Isnin, Mei 17, 2010

.:Serimuka Durian:.

Buat menyerikan hari ini Ibu buatkan sedulang kecil Serimuka Durian. Nampaknya menjadi dan harap-harap rasanya tidak menghampakan. Ibu belum merasa lagi kerana Ibu berpuasa hari ini. Ayah pulak belum komen apa-apa sehingga gambar-gambar ini Ibu paparkan ke belog.




Sabtu, Mei 15, 2010

.: tahun kedelapan anak sulungku:.

Kek coklat kukus untuk ulangtahun ke-8 putera sulung Ibu.

Ini rupa baru keluar dari kukusan sebelum dituang hiasan coklat

Siap dihias. Ringkas and hentam keromo saja...tak begitu berkreativiti

Hampir selesai dinikmati anak-anak


Sikecil dengan cara tersendiri menikmati kek ulangtahun Si Abang

Nak resepinya...nah...

Bahan A

1 cawan gula

50g serbuk koko

1/2 cawan susu manis

125ml air panas

  • Gaulkan gula, serbuk koko & susu manis
  • Tuang air panas, kacau sebati


Bahan B

1 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil soda

1/2 sudu kecil serbuk penaik

  • Ayak semua bahan sekaligus


Bahan C

125ml minyak jagung

3 biji telur B

1/2 sudu kecil esen vanilla

  • Pukul telur, minyak & vanilla dengan menggunakan whisker tangan sekadar adunan bercampur


Cara-cara

  • Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan koko. Kacau rata.
  • Masukkan adunan telur. Kacau lagi.
  • Tuang adunan ke dalam tin kek empat segi saiz 7 " x 7 " x 3"
  • Kukus kek selama 30-40 min sehingga masak.


Bahan Topping

60g mentega

120g gula ising

30g serbuk koko

1/4 cawan air

  • Cairkan mentega atas api. Jangan biarkan mendidih. Tutup api bila mentega sudah cair
  • Masukkan gula ising. Kacau rata. Masukkan pula serbuk koko. Kacau lagi biar sekata
  • Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua untuk sesuaikan kepekatannya.
  • Pastikan kek sudah pun sejuk bila topping dituangkan ke atasnya. Hias kek ikut suka.


Jumaat, Mei 14, 2010

.:kisah hari ini:.


Tak tahu kisah apa nak jadi entri hari ni. Nak tulis cerita sedih atau cerita ria.

Ibu sekarang memang sedang sangat sedih. Ibu telah serahkan notis berhenti kerja hari ini. Memang tak dinafikan keputusan itu penuh emosi. Tapi Ibu sudah tak daya lagi untuk bertahan. Dia. GM di jabatan yang Ibu sedang bekerja ini sungguh. Keji. Ibu benar-benar tak boleh lagi menghadapi dia. Dan kekejiannya. Dalam diri penuh benci. Ibu fikir buat apa lagi menunggu di sini dan bekerja seperti biasa dan dinilaikan sebagai "miskin". Sepertinya Ibu langsung tak berguna. Sepertinya Ibu tak memberi sumbangan apa pun. Pilu. Sungguh.

Ya itulah cerita tentang hari ini. Hanya cerita sedih. Bukan cerita ria...kerana Ibu memang sedang bersedih.

Isnin, Mei 10, 2010

.:Ichiban Ramen @ Pavillion ~ Luncheon:.

Luncheon bersama Kak Zie dan Kak Ana Ziana hari ini. Akhirnya setelah seberapa lama teringin nak makan ramen sup...hari inilah harinya Ibu mengecap ke"teringin"an Ibu merasa apa rasanya sup Jepun ramen ni...
Kak Zie makan set nasi lauk belut dan Kak Ana pula makan mee ramen goreng...semua sedap...


Nah...inilah yang Ibu makan ~ Chicken Chasu Ramen



Ini santapan Kak Zie ~ Unagi Set



Kak Ana pula memuaskan selera dengan ~ Yaki Soba


~ Jumlah Bil = RM54.60...huhu..

Ahad, Mei 09, 2010

.:hari Ibu 2010:.

Ibu sangat gembira hari ini. seluruh ahli keluarga meraikan hari Ibu dan membelikan Ibu hadiah istimewa...tiada kata-kata dapat Ibu susunkan untuk menggambarkan perasaan terharu Ibu...terutama buat Nur Dini yang bersungguh-sungguh mengajak Ayahnya buat "surprise" untuk Ibu...Saat yang benar-benar mengharukan perasaan keibuan Ibu melihat keletah Nur Dini...TERIMA KASIH Ibu yang tak terhingga buat Ayah ~ Sang Suami


Jumaat, Mei 07, 2010

.:makan hari ini:.

  • Pagi ~ Sarapan di Kelab Nutrisi HL
~ H2O - 1 lt ~

~ Mocha Shake - 250ml ~

  • Makan tengahari ~ ta-pow Subway Sandwich Istimewa Hari Ini RM7.50
~ smoked salmon dengan roti gandum ~

  • Minum Petang di meja kerja~ jam 4.30
~ 1 keping roti gandum MightyWhite disapu Heinz Marmalade disulami H2O & waktu ini Ibu dah minum 4 lt ~

  • Makan Malam ~ Wangsa Melawati bersama Ayah @ 7.00pm
~ sepinggan nasi lemak + sebiji telur rebus + sambal kosong + kentang ~

dan terakhir sebelum tidur Ibu minum lagi 1 ltr H2O = jumlah H2O hari ini 5 lt, 1 kali shake, 2 kali santapan biasa, 1 snek....hurmmm...kurang memberansangkan....memang kurang...minggu depan kena mula balik 8 shake sehari semalam...harusss...!

Khamis, Mei 06, 2010

.:ubat demam selsema dan batuk:.

3 minggu sudah lamanya. Ibu masih batuk. Selsema sudah kurang tapi belum sepenuhnya. Demam sesekali sebelah malam terutamanya, masih terasa gigilnya. Ibu mendapat tahu tentang petua menyegerakan sembuh demam selsema dan batuk waktu klikklik di SUPERHEROES & MOM ~ harap tuanpunya belog tak marah Ibu linkkan belognya di sini. Yang pasti walaupun sudah terbaca tentang petua agar segera sembuh namun belum lagi Ibu cuba laksanakan petua ini. Seperkara lagi Ibu memang tak suka nak makan semua ubat yang dibeli di klinik ~ cuma tak suka makan tapi bukan tak makan langsung!...semua itu Ibu rasa "dadah"...itulah timbul berat di hati untuk memakannya...isyhhh...manakan sembuh penyakitnya kalau begitu...?
Makanya tak dapat tidak Ibu harus juga cuba petua Superhero's Mom ini:~

  • Minum banyak-banyak air ~ ok...buat sudah

  • makan telur rebus ~ ini belum buat, tunggu the chicky lil chick menetas agaknya...


  • minum lemon barley ~ arrrh...malasnya nak buat...minum di kedai ke, nanti? kena minum tanpa ais tentunya ~ gambar adalah sekadar hiasan ~


  • Aiskrim Vanilla ~ paling mudah...tapi masih Ibu tak terbuat...Ibu dah tak makan aiskrim lagi sejak Ibu bergelar Ibu walaupun mangkuk aiskrim ada di peti dinginbeku di rumah selagi anak-anak tidak menghabiskannya..


  • Strepsils the Sore Throats Experts ~ Ok..beli sudah, makan sudah...

Kesimpulannya...sebahagian besar dari langkah-langkah petua yang diberi belum lagi Ibu laksanakan sebaik mungkin...jadi...sendiri mau ingat...gimana bisa sembuh sedang Ibu tak mencuba pun!!

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...