3 minggu sudah lamanya. Ibu masih batuk. Selsema sudah kurang tapi belum sepenuhnya. Demam sesekali sebelah malam terutamanya, masih terasa gigilnya. Ibu mendapat tahu tentang petua menyegerakan sembuh demam selsema dan batuk waktu klikklik di SUPERHEROES & MOM ~ harap tuanpunya belog tak marah Ibu linkkan belognya di sini. Yang pasti walaupun sudah terbaca tentang petua agar segera sembuh namun belum lagi Ibu cuba laksanakan petua ini. Seperkara lagi Ibu memang tak suka nak makan semua ubat yang dibeli di klinik ~ cuma tak suka makan tapi bukan tak makan langsung!...semua itu Ibu rasa "dadah"...itulah timbul berat di hati untuk memakannya...isyhhh...manakan sembuh penyakitnya kalau begitu...?
Makanya tak dapat tidak Ibu harus juga cuba petua Superhero's Mom ini:~
Minum banyak-banyak air ~ ok...buat sudah
makan telur rebus ~ ini belum buat, tunggu the chicky lil chick menetas agaknya...
minum lemon barley ~ arrrh...malasnya nak buat...minum di kedai ke, nanti? kena minum tanpa ais tentunya ~ gambar adalah sekadar hiasan ~
Aiskrim Vanilla ~ paling mudah...tapi masih Ibu tak terbuat...Ibu dah tak makan aiskrim lagi sejak Ibu bergelar Ibu walaupun mangkuk aiskrim ada di peti dinginbeku di rumah selagi anak-anak tidak menghabiskannya..
Strepsils the Sore Throats Experts ~ Ok..beli sudah, makan sudah...
Kesimpulannya...sebahagian besar dari langkah-langkah petua yang diberi belum lagi Ibu laksanakan sebaik mungkin...jadi...sendiri mau ingat...gimana bisa sembuh sedang Ibu tak mencuba pun!!
saja suka-suki nak Ibu tempelkan Jadual Diet Detox 13 Hari untuk entri hari ini. Ibu sendiri tak amalkannya...sebab Ibu kurang displin. hanya berdiet cara Herbalife dapat membantu Ibu displin untuk kekal berdiet. mungkin kerana membeli makanan nutrisi Herbalife sebagai penggantian hidangan makanan Ibu semasa diet sangat mahal. jadi Ibu sayang duit Ibu. hanya setelah Ibu capai berat ideal Ibu mungkin barulah Ibu berhenti mengganti pengambilan makanan nutrisi Herbalife. selepas itu Ibu akan terus jaga pemakanan harian dan mesti peka dengan pengambilan kalori serta paling penting minum air, minum air dan minum air...
||Detox Diet 13 Hari|| Syarat :
Satu hari minum 8 gelas besar air putih (jangan air ais), kurang lebih 2 liter air putih.
Sayuran jangan direbus terlalu lama (tanpa garam), dan selada (cili benggala) dimakan mentah.
Makan malam terakhir mestilah pukul 18.00.
Air putih diminum setiap jam.
Sebaiknya tinggal di rumah kerana kita akan kerap ke “kamar kecil” - boleh mencapai 8 kali sehari.
Buang air besar jarang sekali kerana hampir semua makanan diserap oleh tubuh
Diet ini hanya menghilangkan lemak, jangan bimbang tentang kesan sampingan.
Keuntungan
Diet ini jika diikuti secara penuh displin (tidak menyimpang sedikitpun), akan menurunkan berat badan anda 7 – 8 kg.
Diet ini telah diselidiki bahwa keadaan kimia di dalam tubuh semakin membaik, sehingga tidak ada kemungkinan untuk menjadi gemuk lagi. (Ringkasnya metabolisma badan menjadi pulih). Asalkan setelah hari ke-14, makan secara normal kembali (tetapi jangan sehingga berlebihan).
Diet ini cukup dilakukan sekali dalam setahun.
Pesanan Penting
Apabila lupa, tiba-tiba makan sesuatu yang menyimpang dari diet ini, misalnya hari ke-4 atau misalnya sudah hampir selesai (hari ke-12), diet ini harus diulang lagi dari hari pertama. Sebab nantinya walaupun berat badan kita turun, tetapi kemungkinan untuk gemuk lagi akan terjadi dengan adanya penyimpangan tersebut. – Ringkasnya proses memperbaiki metabolisma badan jangan diganggu kerana jika tidak anda tidak dapat manfaatnya
setelah sekian lama belog ini Ibu tinggalkan. hari ini selepas membaca mengenai cerita belog Hanis Zalikha di majalah Wanita bulan Mei barulah Ibu terasa ingin mengemaskini semula belog Ibu yang sekian lama ditinggalkan. Ibu baru saja daftarkan diri di nuffnang ad. tak begitu pasti apa dan bagaimana. dan tak bertanya siapa-siapa untuk maklumat lanjut. sekadar cuba-cuba sendiri. Ibu harap betullah langkah yang Ibu buat...
2 Mei 2010 yang lalu adalah harijadi Mama yang ke 75 tahun. Ibu cuba buat kek cawan strawberi tapi tak menjadi. gambarnya pun Ibu tak snap kerana benci sekali melihat rupa tak jadinya. jadi akhirnya pagi Ahad itu Ibu cuma buat Apam Bunga untuk harijadi Mama yang ke 75 yang kami sambut di rumah Angah di Subang Jaya. Belum ramai yang hadir waktu kami sampai di Subang tu. Kami memang sampai awal kerana selepas itu perlu hadiri majlis harijadi Si Boboi di Setapak pula.
Hari itu, mereka-mereka di Kelab Nutrisi HL mengajak Ibu makan malam di Kak Mah TomYam, Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru. Tapi kami tak makan tomyam. Kami makan bubur nasi berlauk ala Thai...hmmm...enak sekali...tengok foto-fotonya...
Bubur ni memang sedap...sungguh kena dengan selera Ibu...dimakan begitu saja sudah cukup memuaskan. Serbuk-serbuk yang ditabur di atasnya adalah su-uun goreng bersama bawang goreng
Ini sambal sotong kering...wallah...lazat...cuma pedasnya kurang menyengat...
Sayuran campur goreng sos tiram. Sayuran di dalamnya ialah hong choi, cendawan tiram, tofu telur
Ini menu wajib bubur nasi...ikan bilis goreng garing...ditabur cili api dan diperah asam limau...fuhhh...demam Ibu makan..
Lain-lain menu yang kelupaan nak Ibu snapkan pixiesnya kerana pelahap makan malan itu ~ Siakap Stim Limau dan Crystal Egg (telur rebus hitam ~ tapi bukan telur pindang ya!). Pertama kali mencuba telur ini. Katanya direbus dengan herba. Kedua-dua masakan ini juga mengancam selera. Tak tahulah Ibu kalau Ayah diajak makan disini mahu ke tidak dia...
Ibu rasa seperti sudah bersedia mengumumkan kelas masakan yang bakal Ibu kendalikan demi mencari sedikit wang poket untuk melapangkan perbelanjaan. Disamping itu Ibu memang suka berkongsi ilmu tak seberapa yang Ibu ada ini kepada semua....adakah yang sudi agaknya antara mereka diluar sana? kalau benar ada...harap sudisudilah mereka hubungi Ibu untuk diberi maklumat lanjut tentang kelas masakan koleksi resepi Ibu...
berulangkali sudah Ibu hasilkan kek coklat ini. tak tahu mengapa suatu masa dulu kek ini tak pernah menghampakan pemakan-pemakannya. hasilnya yang menggebu sungguh buat Ibu berasa bangga. tapi sejak bergelar Ibu kek coklat yang sama sudah tidak lagi berhasil setiap kali Ibu mengadunnya...entah tak tahu mana silapnya...haiiii....