Aduhaiii..
Hari ini terasa lambat benar
waktu berlalu. Jenuh menunggu saat demi saat mendetik. Cik Puan Besar pula
memang sentiasa berada dalam kantornya sahaja. Tiada temu janji hari ini. Begitu
terasanya perlahan waktu bila dia Si CPB ada dalam kantornya. Ahhh… dugaan.
Hari ini 27 Rejab 1434. Pada
tinta sejarah hari ini harus dikenang akan peristiwa Isra’ Mikraj Nabi s.a.w.
Mari Ibu catitkan sedikit nota tentang Isra’ Mikraj ini supaya Ibu tidak lupa. Dan
semoga juga apa yang masih belum Ibu hayati tentang peristiwa ini akan meresap
ke dalam jiwa Ibu. Agar menjadi ilmu yang dapat Ibu sampaikan kepada
hamba-hamba Allah, amanah dariNya yang telah lahir dari rahim Ibu.
01. Israk yakni
perjalanan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02. Mikraj ialah perjalanan
dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Alhamdulillah
walau agak terlambat kerana hanya selepas Isyak baru Ibu membuka lembaran (tapi
masih sempat) untuk duduk berbulatan bersama anak-anak untuk bercerita tentang
Isra’ Mikraj. Sungguh terdapat banyak kisah-kisah yang perlu diketahui dan
difahami tentang perjalanan malam Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam Antaranya cerita tentang solat 5
waktu, harum makam Mashitah, azab buat si derhaka di neraka dan banyak lagi
yang Ibu kongsikan dengan anak-anak. Alangkah baiknya jika ayah tidak sibuk
malam itu, dapat Ayah duduk bersama menokoknambah cerita Ibu..
p/s: buat
sahabat yang singgah membaca entri ini… jika menyinggah kerana mencari isi
untuk tajuk Isra’ Mikraj harap dapat google ke laman sesawang yang lebih
lengkap maklumatnya. Coretan Ibu sekadar catatan harian yang menjadi nota
ingatan dengan bahasa sendiri untuk peringatan sendiri supaya ada rasa ingin
tahu, ada rasa untuk membuang kejahilan …wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan