Sudah lama Ibu tidak berpagi menyediakan sarapan anak-anak
sebelum ke sekolah. Mengantuk benar. Tak kuat langsung bermujahadah melawan
kantuk. Lewat-lewat waktu subuh baru Ibu terdaya bangun terkocoh-kocoh
menyempurnakan solat. Waktu itu Abang dan Kakak sudah buka pintu grill untuk
turun. Mereka cuma minum seteguk-dua air teh bancuhan bibik. Kasihan anak-anak
Ibu…
Hari ini si kecil Irsyad pula sudah 5 hari demamnya tak
kebah-kebah. Ini tak boleh jadi…
Berhari-hari
ditinggal Irsyad berehat di rumah tidak ke sekolah. Tapi malangnya Isryad belum
juga sihat. Rehat saja tanpa makan ubat.
Mungkin itulah sebabnya demamnya melarat, tak kebah. Sebab tak makan ubat?
Pagi ini Ibu tidak mahu meinggalkan Irsyad sebelum memastikan
dia kenyang makan, makanan ruji. Bukan makanan ringan dan siap diberikan ubat. Awal-awal lagi Cik Puan Besar
dimaklumkan akan kelewatan Ibu kerana belahan jiwa Ibu nan seorang itu masih
tinggi suhu badannya. Alhamdulillah CPB memahami.
Jadi pagi ini sebelum ke pejabat Ibu masakkan bubur ubi
keledek untuk Irsyad. Usai masak, suam-suam kuku Ibu suapkan bubur nasi ubi
keledek ke mulut Irsyad. Siap makan terus Irsyad diberikan ubat, bekal dari klinik Dr Aziz.
Kesalan tak terucapkan bila anak-anak seperti terabaikan
tanpa perhatian. Irsyad demam berhari-hari. Entah mengapa naluri Ibu kuat mengatakan demam
Irsyad itu demam biasa bukan demam viral atau apa pun yang merbahaya. Tapi ia
tak terkawalkan dan melarat-larat. Mengapa? Mana Ibu yang sepatutnya memerhati Irsyad dari masa
ke masa, agar suhu badannya lekas turun dan kebah. Mana Ibu yang seharusnya
membelai sambil melayan Irsyad minum ubat? Sibuk benarkah Ibu? Berat benar
tugasan Ibu hingga lelah bila di rumah dan tidak terdaya merawat anak? Gagalkah sudah Ibu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan