Apa nak cerita hari ni ya…
Sebenarnya hari ini dilalui
dengan kerutinan dan kebiasaan yang sangat biasa-biasa sahaja. Tak ada apa
menariknya dan tiada apa yang mengujakan pun.
Ibu keluar rumah seperti biasa pada
waktu yang sama seperti hari-hari sebelumnya semenjak bertukar semula dari Ibu Surirumah menjadi
Ibu Bekerja. Tapi Ibu agak kelewatan sampai ke pejabat hari ini. Kerana yang agak
luarbiasanya adalah trafik hari ini. Pun begitu keadaan trafik yang ‘unpredictable’
itu pun masih termasuk dalam lingkungan perkara biasa kerutinan. The unpredictable traffic itu memang begitu selalu...sangat unpredictable. Makanya memang ia masih perkara biasa-biasa juga tentang perjalanan hari ini.
Jadi. Apa yang lainnya yang nak
diceritakan hari ini?
Suatu kelainan hari ini adalah
apabila, dipagi hari ketika Ibu masih termengah-mengah baru tiba ke meja kerja, telefon kecil berbunyi. Sewaktu deringannya ditangkap deria telinga, otak pula segera ligat menduga-duga siapakah gerangan yang
memanggil itu.
Agak mengejutkan.
Tak sangka yang
pemanggilnya akan memanggil. (Setelah tidak berapa lama sebelum itu beberapa
panggilan Ibu tidak dijawab dan tidak dia memanggil semula.)
Dan...tak terduga
langsung akan mendengar tentang berita yang disampaikannya. Perasaan Ibu pun jadi bercampurbaur.
Semua rasa ada. Terkejut pada awalnya. Marah. Suspicious pun ada. Dan akhirnya
sangat kesal dan sedih.
Kesal amat. Memang.
Kerana semua ini
adalah permasalahan pembantu rumah Aceh. Sakit hatilah nak menulis cerita
tentang ini sepenuhnya.
Ibu ingin berhenti di sini.
Sungguh tidak enak langsung rasa... jika hendak diteruskan cerita gempar yang sangat pathetic
ini. Titik. Cukup disini sahaja untuk kali ini.
Alangkah... kalaulah hadir mereka ini dapat benar-benar meringankan beban...seringan poket yang kehilangan ongkos men'jemput' mereka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan