Khamis, Oktober 04, 2012

.: masa berlalu pantas :.

habis melihat hujan yang turun tiba-tiba tadi. kasar dan tegak, tanpa deruan angin. dari balconi tempat Ibu berdiri titis-titis kasar hujan seperti juraian mutiara jernih kelihatannya jatuh ke tanah. tetapi hujan sebentar cuma. malah mungkin si lelayang yang melebarkan sayap dalam hujan tadi pun belum puas berkejaran menikmati hujan dengan pasangannya. betapa indahnya melihat suasana hujan. tiba-tiba hati rasa rindu...

namun dalam rindu ada sendu. ada rasa malu pada diri terhadap Ilahi. dalam pantasnya waktu mendetik pergi. Ibu masih di sini. belum berganjak lagi. begitu lemahnya diri. seperti tiada langsung juang hati untuk lebih kuat bermujahadah. Ibu terus berlagho, lagho dan lagho di sini.

betapa keinginan itu ada. tapi ke mana hilang kuasa diri? kenapa selalu asyik tak kuasa? kenapa Ibu? kenapa terus dibiarkan saja waktu mendetik lalu meninggalkan Ibu tanpa pengisian yang lebih bererti? kenapa begitu lemah kini?

bangunlaH!! 

bangunlah!!

kuatkan mujahadah!!!

Khamis, Ogos 02, 2012

.: Kuliah Dr. Fatma Az-Zahra: Solat Hajat :.

 

Sejak Ramadan menginjak baru minggu ini Ibu mengheret diri ke kuliahnya. Ibu curi-curi masa sementara sebelum Kakak ke  sekolah dan sebelum menjemput anak-anak kindy pulang. 

Tak diduga hari ini Dr. Fatma mengajak sekian muslimat yang hadir tunaikan solat hajat. Sebelum memulakannya dia memberi sedikit panduan dan pedoman menunaikan solat dengan cara yang betul. Dia juga mengajarkan bagaimana memustajabkan hasrat dan hajat yang dipinta. Paling penting katanya harus ada kesungguhan sambil merintih dan mengalirkan air mata untuk meminta kepadaNYA. 

Dr Fatma mengingatkan saat sujud adalah detik paling dekat dengan Allah, maka pada detik inilah yang harus kita meminta, merayu dan merintih kepadaNYA. Pun begitu solat sepatutnya bukan untuk meminta tetapi untuk memuji dan mensyukuri kenikmatan lahiriah diri. (Prayers isn't about asking its about praising). Maka jika ingin meminta pujilah dan serulah dulu nama ALLAH, salawat dan salam juga ke atas Junjungan Besar dengan limpah rahmat. Kemudian barulah meminta.

Dan hari ini, sebelum mengangkat takbir pertama untuk solat dalam hati Ibu sudah berkira untuk meminta sesuatu yang memang benar-benar Ibu kepingin waktu ini. Tapi.. dalam sujud Ibu ketika masih memuji-muji dan mengucap zikrullah.... Ibu tiba-tiba jadi hiba malah terasa sangat pilu dan teresak-esak pula Ibu  bersendu.

Sendu Ibu berlagu hiba kerana merasa sangat malu pada ALLAH. Sendu Ibu berlagu pilu kerana merasa hina diri disisiNya kerana.... sesungguhnya memang Ibu berasa malu dan hina... dan Ibu sudah tidak lagi berhasrat untuk meminta hajat Ibu sebenarnya. Ibu memohon sejuta keampunan.. kerana baru tersedar kehinaan diri dan rasa malu padaNYA. Betapa apa yang Ibu inginkan sangat duniawi...  betapa Ibu merasa tidak layak dalam kehinaan itu..

Dan akhirnya Ibu hanya meminta diberi kekuatan dan ketabahan dalam jiwa. Ibu pinta agar ALLAH sentiasa mengajarkan Ibu untuk sentiasa ingat padaNYA, agar sentiasa bersyukur padaNYA, agar sentiasa berusaha mempertingkatkan diri beribadah kepadaNYA. Ibu juga pinta agar dibukakan pintu-pintu rezeki dan dipermudahkan urusan serta diberi kesihatan selagi umur masih dipinjamkanNYA.... aameen, aameen, aameen YA ALLAH!
Photo: Kuliah Dr Fatma Az-zahra ~ 02082012/15091433
http://mawarungudankupu.blogspot.com

 

Ahad, Julai 29, 2012

.: Rahsia Pemakanan Orang Bijak Pandai Islam :.

Rahsia Pemakanan
Orang Bijak Pandai Islam

Penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

1. MADU - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara Minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya.

2. KISMIS – Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara Makan:
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3. SUSU SEGAR - Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

4. TELUR - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

6. HALIA - Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Cara Makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi

Khamis, Julai 05, 2012

.: gubahan kerassss tangan :.

my cheeky lil (satu masa dahululah, now not so lil nemore) Atiqah telah akan ada orang meminang dan menghantar cincin tunang hujung minggu nanti. seperti selalu dulang hantaran memang jadi tugas rasmi Ibu dalam famili. Ibu ada  banyak hari untuk mulakan kerja-kerja kerasss tangan Ibu. tapi bila cuma tinggal sangat sikit masa barulah nak mula kerja. akhirnya baru nak sedar tidak kecukupan barang itu dan ini. hah, Ibu! memang Ibu suka begitu... jika tidak, tidaklah kerja itu menjadi cabaran dan tidaklah juga ilham nak datang.
ya begitulah namanya ilham cuma datang bila terkial-kial dan terkocoh-kocoh mengejar masa...

harapan Ibu, Atiqah dan emaknya puas hati dengan hasil tangan Ibu. tema putih + ungu.  bahan-bahannya semua Long si Emak Atiqah siapsedia beli sendiri. Ibu adun saja ikut mana yang terilhamkan ...teehee..

Dua antara 9 dulang hantaran pertunangan Atiqah

Rabu, Julai 04, 2012

.: apalah kesahnya?? :.

Apalah kisah belog ini yang terlalu lama dibiarkan sepi tanpa sebarang catatan pun. Kenapa ya? Kenapa ia harus dibiarkan sepi. Apakah kerana berbelog cuma mainan orang muda. dan Ibu sudah terlalu tua untuk berbelog. tidak rasanya. ramai lagi yang seusia Ibu malah lebih tua pun punyai belog, yang manis-manis, yang sweet, yang sugar, dsb. Mereka begitu mekar dengan ilham dan semangat bugar saban hari mengepos entri baru di belog masing-masing.
Kenapa ya? Kenapa dengan Ibu? Tak tahu Ibu memberi jawapannya. Ibu pun juga tak tahu bagaimana mencari semangat untuk terus berkarya... cesss... berkaryalah pulak...teehee..
Ya,bagaimana ya? Semangat berkarya menitipkan ceritera manis, pahit, duka, gembira perjalanan kehidupan Ibu bersama-sama mereka yang tertulis wujud disekeliling Ibu...

Apa pun.Tak apalah untuk kali ini. Setakat ini dulu. Ayah memanggil di telefon kecil untuk turun makan durian... mari makan durian dulu...



Ahad, April 15, 2012

.: 4 waktu terbaik minum H2o :.

Entri kali ini adalah sesuatu yang Ibu cuma copy n paste sahaja. Ibu cuma edit sana sini supaya susunan bahasanya lebih cantik dan standard. Sumber asalnya tidak ketahuan dek Ibu. Yang pasti info ini Ibu terbaca dari dinding seorang teman di FB - https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air itu sejuk, suam, atau manis semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing-masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???


Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini)

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika sedang haus begini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ini. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya.

Alhamdulillah... sekarang anda sudah tahu waktu yang baik untuk minum air masakkan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!


Khamis, Mac 22, 2012

.: nota buat seorang muslim : .

Hari ini Ibu ingin buat entri daripada nota yang telah Ibu catitkan semalam dalam Bulatan Santai bersama naqibah kami Puan Wardina Safiyyah.

Bacalah dan hafaz surah Al-Mukminun(23) ayat 1 hingga 11. Hayati, fahami dan amali maksud perintah Allah dalam ayat-ayat Surah ini.

Lahir sebagai muslim adalah nikmat yang seharusnya kita syukuri. Pun begitu kita tidak cukup sekadar berpuas hati menjadi seorang yang lahir sebagai muslim itu. Hakikatnya kita perlu berusaha untuk menjadi seorang mukmin/mukminah.

Siapakah seorang muslim yang sebenar-benarnya mukmin?

Menjadi seorang muslim mestilah berIMAN. Tetapi bagaimana mendatangkan imannya jika seorang muslim itu tidak berILMU. Apabila ilmu yang dicari telah diperolehi lalu haruslah ilmunya itu diAMALi. Ilmu bukan sepatutnya sekadar menjadi koleksi lembaran suhuf yang tidak diamalkan ajarannya. Dan apabila seorang muslim beramal, amalannya itu haruslah dengan seIKHLAS hati.

Begitulah lengkapnya syarat untuk menjadikan seorang muslim bukan sekadar muslim pada nama tetapi juga merupakan seorang mukmin/mukminah yang sebenar.

Muslim : Iman + Ilmu + Amal + Ikhlas = MUKMIN

Apakah pula ciri-ciri orang MUKMIN? Rujuklah dalam 10 ayat pertama Surah Al-Mukminun itu sendiri.
~ Sesungguhnya Al-Quran itu memang sebaik-baik rujukan serta panduan dalam kehidupan amali kita sehari-harian di dunia ini. Jangan dilupa! Itu ingatan buat diri Ibu sendiri!!

Jadi mari kita teruskan mentadabur 10 ayat pertama Surah Al-Mukminun. Dalam 10 ayat pertama surah ini antara lain ada menyebut ciri-ciri seorang mukmin itu haruslah:-
Yang per-1: seorang yang khusyu' dalam solatnya ~ menyerahkan diri sepenuhnya dengan rasa kehambaan dan rendah diri terhadap Allah Yang Maha Tinggi
Yang ke-2: yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia dan tak berguna)
Yang ke-3: seorang yang menunaikan zakat ~ beratkanlah untuk membayar zakat daripada sedekah kerana zakat itu wajib sedang sedekah hanyalah sunat
Yang ke-4: seorang yang memelihara kehormatan dirinya ~ menjaga kemaluannya
Yang ke-5: seorang yang memelihara amanah dan janjinya
Yang ke-6: seorang yang sentiasa tetap mengerjakan solatnya



Itulah serbasedikit dikongsikan Ibu di sini sebagai panduan untuk menjadi bukan sekadar muslim pada nama tetapi berusaha menjadi seorang mukmin. Dan janji Allah orang mukmin yang berjaya akan mewarisi Firdaus dan kekal di dalamnya....

Umrah Ramadhan 1436H

Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...