Rahsia Pemakanan
Orang Bijak Pandai Islam
Penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan
makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu,
madu dan telur.
1. MADU - Madu adalah makanan yang sangat
berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh
penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan
penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia
mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan
enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.
Cara Minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya.
2. KISMIS – Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk
membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk
disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Cara Makan:
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3. SUSU SEGAR - Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan
ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur
semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh
tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral
dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan
penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh
menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan
menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah
susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih
berkhasiat dari susu debu.
Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
4. TELUR - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan
makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium,
klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w,
'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah
badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam
kampung dan yang masih baru.
6. HALIA - Ianya sangat mujarab
untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua
ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan
mencampurkannya dengan gula.
Cara Makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ayam Masak Hitam
Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...
-
Bismillah Segala puji bagi Allah yang menyampaikan usia kami berdua beranak hingga hari ini. Mudah-mudahan dengan kesempatan yang dib...
-
Nota Ibu hasil dari bulatan manis pada hari Jumaat yang lepas tentang ~ meraih dan meniti jalan istiqomah... Apakah istiqomah? Secara e...
-
Luncheon bersama Kak Zie dan Kak Ana Ziana hari ini. Akhirnya setelah seberapa lama teringin nak makan ramen sup...hari inilah harinya Ibu m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan