Wahh... terasa seakan memandai sungguh Ibu nak tulis tentang hijab dan aurah. Sedang Ibu sendiri masih struggle, masih merangkak-rangkak, masih bertatih-tatih nak hijabkan aurah Ibu sesempurnanya. Apapun entri ini biarlah Ibu kongsikan juga di belog ini. Bukan sekadar peringatan buat teman-teman sahabat muslimat tetapi haruslah ia menjadi garisukur dan muhasabah untuk diri Ibu sendiri malah juga sebagai panduan dalam Ibu mendidik dua muslimat anugerah dan amanah Allah ~ Cik Nur Dini dan Cik Nur Izzah. Semoga keduanya menjadi muslimah solehah. Ameen.
Sebagai muslimat amat penting untuk peka dengan imej diri Islami yang di pertonjolkan. Bagaimana harus peka? Rujuk dulu Kitab Alllah. Semak dulu Sabda Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Paling penting setelah dirujuk tentang perintah menutup aurat itu harus dapat mengerti untuk dihayati dan diamali. Haruslah ingat pertama-tamanya berhijab itu adalah perintah Allah subha na wata'ala. Ia wajib dilaksanakan. Ia bukan pilihan.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al Ahzab : 59)
[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang berhijab:
Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka
yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan
menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai
tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat
dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat
tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram
dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi
rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak
dapat dilihat.
Pilihan tudung yang tepat
Pilihan tudung yang tepat
Jangan
pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam.
Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat
haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut
peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen
barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup
aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan
pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang
betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika
memakai tudung yang jarang.
Pakaian harus bersesuaian
Pakaian harus bersesuaian
Jangan
memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda,
kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk
menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan
fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat
sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat
yang wajib dijaga semua wanita Muslim.
Pakaian yang singkat dari pinggul
Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila
bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek
sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras
pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang
ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak
sebahagian badan kita di belakang.
Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat
yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada
dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara
sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat
leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung
yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di
bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai
tudung.
Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika
benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu
tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada
mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah
kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi
semua rambut sebelum memakai tudung.
Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan
fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya
tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan
penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
~ tak dapat nak dicatitkan sumbernya artikel ini, lupa pula entah dari mana Ibu baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan