Khamis, Julai 29, 2010

.:kuliah Dr. Fatma Al-Zahra - Surau Bukit Mulia:.

Sekarang. Semenjak Julai 2010/Rejab 1431 di Surau Bukit Mulia setiap Khamis Dr. Fatma Al-Zahra akan hadir memberi kuliah kepada para muslimat setempat. Seperti biasa yang selalu Ibu dengar, (kerana Ibu belum pernah ikut kuliah beliau sebelum ini) kuliah Dr Fatma adalah kupasan inti Al-Quran yang diertikan supaya kita lebih menghayati pengertian dan kemukjizatan Al-Quran. Betapa umat manusia seharusnya memperindah kebesaran, kelebihan dan kemanfaatan Al-Quran dalam menjalani kehidupan harian didunia. Serta kembara menuju akhirat. Maka itu "Quran baca, diertikan!"

Untungnya Ibu kini suri sepenuh masa dan tidak lagi bekerja dipejabat, syukur Ibu berkesempatan hadir majlis ilmu sebegini. Alhamdulillah, hari ini adalah kuliah kali kedua yang Ibu hadiri. Hari ini, kupasan Surah To-Ha lanjutan dari kuliah minggu lepas. Surah To-Ha terkandung kisah Nabi Musa alaihissalam dan saudaranya Harun alaihissalam yang berjuang menentang Firaun. Bagaimana ujian yang Nabi Musa tempuhi dan bagaimana balasan Allah terhadap Firaun semuanya Dr. Fatma tafsirkan buat pengertian sekalian muslimat yang hadir tengahari ini.

Banyak juga manfaat ayat-ayat dalam Surah To-Ha yang diajarkan oleh yang dimuliakan Dr. Fatma untuk diamalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. Antara lain tentang Ayat 1 ~To-Ha~ untuk melembutkan hati yang degil. Ayat 39 boleh mempererat kasihsayang sesama suami isteri. Ayat 41 untuk perlindungan diri bila merasa takut. Ayat 55 sunat dibacakan ke atas jenazah yang hendak dikebumikan. Ayat 69 untuk mengelak perbuatan sihir manusia durjana ke atas kita. Untuk menerima pembelajaran dan ilmu bagi mereka yang sedang belajar elok baca Ayat 98. Begitulah sedikit sebanyak...nota yang Ibu catitkan buat ingatan dan rujukan diri sendiri pada masa depan. Sebab Ibu tahu, Ibu pasti akan baca semula semua entri-entri yang Ibu poskan di belog ini.

Dr. Fatma mengingatkan tentang kewajiban membaca dan usaha memperdalami erti Al-Quran dari masa ke semasa itu amat mustahak. Melalaikan, menganggap remeh dan membelakangkan akan Al-Quran adalah dosa yang amat berat azabnya di akhirat nanti. Ingatan dan nasihat Dr. Fatma juga banyak menjadikan Ibu takut dan akur akan balasan Allah jika Ibu terus lalai. Ah! Terasa banyak benar dosa Ibu...Ibu sedih...kerana Ibu sedar Ibu juga meremehkan hal membaca, mengkhatam dan memengertikan Al-Quran.

Lambaian Ramadhan yang semakin mendekat ini, Dr. Fatma mengingatkan juga agar memperbanyak membaca Al-Quran. Biar khatam lebih dari sekali di bulan Ramadhan katanya terus. Banyakkan juga melakukan solat sunat selain dari solat fardhu. Apatah di bulan mulia Ramadhan ganjarannya menjadi berganda-ganda. Dr Fatma juga menasihatkan agar hijrah dilakukan dibulan mulia ini. Dari buruk menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik...Semua ini Ibu coretkan di sini bukan untuk mengajar orang lain tetapi hanyalah untuk peringatan Ibu sendiri!



-Al-Quran Penawar Rohaniah-


Ahad, Julai 25, 2010

.:mesyuarah famili:.

Kelihatan dalam foto - Nenek Nia~pengerusi mesyuarah...teehee!

Malam semalam kita bermesyuarah dengan semua adikberadik di rumah Ayah Wi dan Cik Shila. Cuma Ayah Wan sahaja yang tidak hadir kerana Cik Intan sakit dan sedang menjalani rawatan. Agendanya adalah tentang jalan-jalan cuti sekeluarga hujung tahun nanti.
Makan-makan mesyuarah, potluck dari semua famili yang hadir. Ada Dimsum dari Cik Lin, Lasagna dari Cik Iss, Mee Goreng dari Cik Mimi, Puding Biskut dari Cik Am. Ibu sendiri bawak Spaghetti Olio dan Kek Marble. Cik Shila sediakan Kuih talam dan buah-buahan tempatan i.e. durian, manggis, pulasan..lorrr...lupa lagi Ibu nak kelik all d pixies...

Keputusan mesyuarah ~ bercuti ke Cherating/Kemaman....yeayyy!! Warna tema tahun ini - Jingga...yeayy!!

Besar kemungkinan kita akan menginap di sini:- http://www.suriacherating.net/outlet.html

Jumaat, Julai 23, 2010

.:muffin pisang:.

Hujung minggu, beberapa minggu yang lalu Nenek Nia tidur di rumah kita. Dia beli seikat pisang rastali. Tak habis di makan anak-anak pisangnya mula melebam lalu Ibu jadikan muffin. Resepinya Ibu tak berapa ingat dari mana. Sebab sudah banyak hari berlalu, baru hari ini Ibu nak muatkan entrinya di sini.

Selasa, Julai 20, 2010

.:kek kopi berempah:.



Ini resepi chef Michael Smith, Ibu tonton di AFC semalam. Rempah dalam kek ini cuma satu jenis saja i.e. biji pelaga yang dikisar. Tapi disebabkan keknya berbau pelaga anak-anak tak mahu makan....kek Ibu tak laku!

Cardamom Coffee Cake
1 tbsp cardamom - grounded (nasihat Ibu tinggalkan saja ini ~ anak-anak tak suka)
2 stick butters (250g)
2 cups sugar
4 eggs
1/2 cup instant coffee + 1/2 cup water to dissolve
2 tsp vanilla essence
2 cups sour cream - (sour cream tak ada di dapur Ibu gantikan buttermilk)
4 cups flour
2 tsp baking powder
1tsp salt


Sabtu, Julai 17, 2010

.:sukan sekolah:.

Hari Sabtu. Sukan sekolah anak-anak. Abang tak masuk apa-apa acara pun. Tapi Kakak wajib masuk sukaneka Tahun 1. Pagi ceria. Walaupun padang basah dan becak. Kasut masing-masing hari itu. Buruk amat penuh kotoran becak.
Hampir tengahari barulah tiba giliran Kakak beraksi. Kakak kena lari sambil kepit bola, berhenti ditengah untuk bawa raket badminton bersama bolanya kemudian di hujung garisan pancing ikan magnet sebelum berpatahbalik ke dalam kumpulannya. Berakhirnya saja aksi sukaneka Kakak, keadaan langsung berubah jadi murung kerana Kumpulan Kakak kalah. Kakak menangis teresak-esak. Tapi Kakak sebenarnya telah mencuba yang terhabis baik. Secara teknikal Kakak kalah bukan kerana kelemahan Kakak tapi alat pancing ikan bermagnet Kakak tidak berfungsi seperti sepatutnya. Kakak mungkin merasa sangat-sangat bersalah kerana kecundangnya mereka adalah kerana Kakak. Kawan-kawan sekelas yang lelaki pula tak habis-habis mengomel akan hal Kakak lambat. Bertambahlah sayu hati Kakak. Tapi Ibu lihat Julia kawan sekelas yang agak rapat dengan Kakak sangat matang dan pandai memujuk Kakak. Terharu Ibu melihat suasana itu. Pulang dari hari sukan Ayah bawa kita ke McD makan aiskrim untuk memujuk Kakak.

Matahari pagi mula memancar sewaktu Hari Sukan bakal dirasmikan.

Kakak bersama Julia dan Jannah ~ semoga persahabatan mereka hingga ke hari tua.

Sabtu, Julai 10, 2010

.:Hari Keluarga:.

Hari Keluarga yang dapat Ibu dan anak-anak merasa buat pertama kalinya semenjak Ayah bekerja di tempat baru. Sebelum ini, di tempat kerja lama Ayah, memang kita semua tak pernah berpeluang pergi walau apa acara pun. Walhal Ayah bekerja di bank yang sungguh berprestij.

Sungguh rezeki kami Alhamdulillah makin murah kini, setelah Ayah bertukar ke tempat baru.

Aktivitinya macam-macam sangat hingga Ibu tak tahu nak bawa anak-anak main apa, tengok apa, makan apa dan sebagainya. Emcee majlis diterajui Jaafar Onn dan Maya~Bungabunga Matahari, artis jemputan Mila, ada pentasan magis dan silap mata, ada tele-match dan bagai-bagai lagi. Penat nak Ibu taipkan semuanya. Kelikan foto amat kurang kerana tak ada kamera dan Ibu pula tertinggal telefon kecil di rumah. Harapkan Ayah saja kelik foto dengan BBnya...tapi sikit amat.

Ini gambar-gambar suasana Hari Keluarga siang tadi:~

Papan kenyataan ~ entah Ibu tak tahu di mana dipaparkannya, Encik Suami yang kelik foto ini

Suasana di tengah padang, bila matahari mula merembang

Badut. Yang kurang celoteh dan tak pandai membadutkan karektornya

Ibu sedang sibuk melayan anak-anak buat gambar seni pasir warnawarni. Nampak macam Ibu yang syok sendiri...teehee..

Kakak minta lukisan bunga dipipinya di gerai Pakcik Artis

Si Kecil bawa pulang sebiji durian!...Buah kegemarannya..

Rabu, Julai 07, 2010

.: Kenapa Diet Kita Gagal? :.

4 Sebab Kenapa Kita Gagal Berdiet:~
  1. Tiada komitment sepenuhnya
    Kita seharusnya telah benar-benar bersedia bila membuat keputusan untuk menurunkan berat badan. Jika tidak usaha menjadi sukar untuk mencapai matlamat yang menjadi sasaran kerana kita tidak memberi 100% komitment kerana kurang bersedia ketika memulakannya

  2. Berharap akan berlaku ke"ajaib"an
    Bila menetapkan capaian berat badan yang hendak diturunkan mestilah dengan kadar yang munasabah. Keajaiban tidak akan langsung berlaku sebaliknya usaha diri sendiri yang akan menjadi kuncinya. Oleh itu sasaran haruslah logik dan mampu dicapai bertepatan dengan keupayaan diri sendiri
  3. Program Yang Berterusan untuk Jangka Panjang
    Merancang sesuatu program diet yang betul serta boleh dikuti dengan mudah dan secara berterusan adalah penting. Menjaga tahap metabolisme badan sambil berdiet misalnya adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Oleh itu program yang betul dan berkesan untuk jangka panjang adalah yang paling sesuai. Ini kerana sudah tentu kita tidak mahu berat badan yang hilang datang kembali dan hanya menyedari bahawa kita telah tersilap mengamalkan program diet 'yo-yo' kerana tidak memberi perhatian tentang keberkesanan program diet yang dijalani

  4. Memaafkan Dorongan Nafsu Makan
    Seringkali ketika didalam program diet kita tergoda untuk makan lebih dari yang sepatutnya. Memaafkan diri untuk satu hidangan yang tak dapat dielakkan akhirnya akan menyebabkan kita berasa diri telah gagal dan tidak mahu meneruskan lagi usaha mengurangkan berat badan. Sebaliknya biarpun kita telah tergelincir dari trek usahakan untuk kembali ke trek pada hidangan seterusnya. Kita harus tahu bukan kita sahaja yang selalunya gagal mengawal nafsu makan terutamanya bila ada majlis tertentu yang perlu dihadiri. Namun setelah memaafkan diri untuk satu-satu hidangan itu, teruskan semula berdiet sehingga berat badan idaman telah berjaya dicapai.

Ahad, Julai 04, 2010

.: makan rojak ditengahari :.

Hari Ahad.

Bibik minta dihantarkan ke Salak South. Kemudian kita sekeluarga makan tengahari di Bellamy. Anak-anak makan Nasi Goreng Cina. Tapi Ibu dan Ayah makan the famous Rojak lah apa lagi...

Rojak Special ~ Hidangan untuk Ayah

Pilihan Ibu ~ Rojak Mee

Dengan yakinnya tertera kenyataan si Mamak, yang Ibu pun tak dapat pastikan kebenarannya. Tapi kuah rojaknya memang...walllahh...teringat-ingat nak makan lagi

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...