Selasa, Februari 16, 2010

.:kelas masakan:.

Ibu rasa seperti sudah bersedia mengumumkan kelas masakan yang bakal Ibu kendalikan demi mencari sedikit wang poket untuk melapangkan perbelanjaan. Disamping itu Ibu memang suka berkongsi ilmu tak seberapa yang Ibu ada ini kepada semua....adakah yang sudi agaknya antara mereka diluar sana? kalau benar ada...harap sudisudilah mereka hubungi Ibu untuk diberi maklumat lanjut tentang kelas masakan koleksi resepi Ibu...



Sabtu, Januari 30, 2010

.: kek cawan merah:.




dari buku pink yang Ayah hadiahkan Ibu berjaya hasilkan the red cuppies yang enak rasanya. cuma....warnanya tak begitu merah...

Sabtu, Januari 02, 2010

.:kek coklat yang tak pernah menjadi:.





berulangkali sudah Ibu hasilkan kek coklat ini. tak tahu mengapa suatu masa dulu kek ini tak pernah menghampakan pemakan-pemakannya. hasilnya yang menggebu sungguh buat Ibu berasa bangga. tapi sejak bergelar Ibu kek coklat yang sama sudah tidak lagi berhasil setiap kali Ibu mengadunnya...entah tak tahu mana silapnya...haiiii....

Selasa, November 17, 2009

.:muffin pandan:.

Serasa seakan berabad sudah blog ini tidak dicoretkan apa apa cerita atau juga dikemaskini. Tapi siapa yang peduli? Bukan ada pengikut setia pun. Sekadar Ibu bersyoksyok sendiri...hahaha

Hari ini kisah sarapan muffin pandan yang ingin ibu ceriterakan. mungkin fotofoto ini dapat menggambarkan kisahnya...
Kata kakak...sedap...kata bibik...wangi..kata ayah...masih perlu diperbaiki mutunya...hurmmm...




Selasa, Julai 28, 2009

.: 4 tempahan talam:.

Pagi-pagi hari selepas subuh Ibu telah pergi meninggalkan rumah. Dini tidak dihantar ke sekolah oleh Ibu seperti biasa. Ibu juga tidak tahu dia bersarapan apa. Harapharap dia makan apa saja yang mengenyangkan. Dia akan dihantar ke sekolah oleh Cik Linn. Semuanya kerana 4 talam tempahan orang di kafe itu yang Ibu temui semalam. Tapi agak mengecewakan kerana dia tidak berpuashati dengan harga talam yang Ibu jualkan padanya. berbeza sungguh dengan hari semalam ceritanya. kesal sungguh Ibu terasa. mulut Ibu ini juga terkehel memberitahu semua talam adalah hasil buatan dari rumah. sedangkan sebenarnya kami juga pengusaha kafe yang pada masa yang sama turut menerima tempahan talam dan kuihmuih oleh orang ramai atau juga restoranrestoran di luar sana. hanya kerana kata Ibu kepadanya talam yang ditempah adalah hasil tangan dari rumah, kata si Paki itu Ibu tidak perlu mengeluarkan kos menjualnya kerana menghasilkannya dari rumah....sedang dia, dia perlu membayar sewa, gaji pekerja dan lagi dan lagi....huh sungguh...adakah setalam kuih kukusan Signora tidak mengeluarkan kos?... Allahu Rabbi...manusia apakah si Paki itu?...bahan mentahnya, gasnya, tenaga elektriknya, air kukusannya dan upah untuk Bibik serta juga titik keringat Ibu itu bukan koskah....?!!!...sekalipun ianya dihasilkan dari rumah seorang suri?...apakah harga setalam kuih yang Ibu kukus di mata si Paki? yang dikatanya tidak ada kos!!....sungguh...keji si Paki...Peningnya Ibu berdebat dengan si Paki tadi pagi hingga lewat Asar masih tak terasa hilangnya...
Ya Allah...kuat betul cabaran ini...

Isnin, Julai 13, 2009

.:kue lapis nak roboh:.

projek kue lapis Ibu yang tak menjadi....




Kue lapis merah yang terlebih manis kerana terlajak gula dan terlalu wangi kerana terlebih esen rose. Lapisannya juga tak menyatu dan lekang kerana terlebih waktu dikukus antara lapisannya.



Lapis durian yang tepungnya tersilap timbangan hingga jadi terlebih dan memuakkan rasanya..bau wangi durian memang agak mengancam...tapi bila makan...kecewa...

Umrah Ramadhan 1436H

Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...