Pagi-pagi hari selepas subuh Ibu telah pergi meninggalkan rumah. Dini tidak dihantar ke sekolah oleh Ibu seperti biasa. Ibu juga tidak tahu dia bersarapan apa. Harapharap dia makan apa saja yang mengenyangkan. Dia akan dihantar ke sekolah oleh Cik Linn. Semuanya kerana 4 talam tempahan orang di kafe itu yang Ibu temui semalam. Tapi agak mengecewakan kerana dia tidak berpuashati dengan harga talam yang Ibu jualkan padanya. berbeza sungguh dengan hari semalam ceritanya. kesal sungguh Ibu terasa. mulut Ibu ini juga terkehel memberitahu semua talam adalah hasil buatan dari rumah. sedangkan sebenarnya kami juga pengusaha kafe yang pada masa yang sama turut menerima tempahan talam dan kuihmuih oleh orang ramai atau juga restoranrestoran di luar sana. hanya kerana kata Ibu kepadanya talam yang ditempah adalah hasil tangan dari rumah, kata si Paki itu Ibu tidak perlu mengeluarkan kos menjualnya kerana menghasilkannya dari rumah....sedang dia, dia perlu membayar sewa, gaji pekerja dan lagi dan lagi....huh sungguh...adakah setalam kuih kukusan Signora tidak mengeluarkan kos?... Allahu Rabbi...manusia apakah si Paki itu?...bahan mentahnya, gasnya, tenaga elektriknya, air kukusannya dan upah untuk Bibik serta juga titik keringat Ibu itu bukan koskah....?!!!...sekalipun ianya dihasilkan dari rumah seorang suri?...apakah harga setalam kuih yang Ibu kukus di mata si Paki? yang dikatanya tidak ada kos!!....sungguh...keji si Paki...Peningnya Ibu berdebat dengan si Paki tadi pagi hingga lewat Asar masih tak terasa hilangnya...
Ya Allah...kuat betul cabaran ini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ayam Masak Hitam
Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...
-
Bismillah Segala puji bagi Allah yang menyampaikan usia kami berdua beranak hingga hari ini. Mudah-mudahan dengan kesempatan yang dib...
-
Nota Ibu hasil dari bulatan manis pada hari Jumaat yang lepas tentang ~ meraih dan meniti jalan istiqomah... Apakah istiqomah? Secara e...
-
Luncheon bersama Kak Zie dan Kak Ana Ziana hari ini. Akhirnya setelah seberapa lama teringin nak makan ramen sup...hari inilah harinya Ibu m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan