hari ini lepas solat maghrib Ibu menyambung lagi usaha mengkhatamkan Al-Kitab. hari ini Ibu sudah tiba pada surah Al-Furqan. hari ini hari kedua bacaan surah Al-Furqan diteruskan.
waktu Maghrib itu tinggal dua muka surat terakhir surah Al-Furqan. Maghrib itu Ibu memulakan surah Al-Furqan pada ayat yang ke-56. tiba di ayat ke-58 hati Ibu jadi tersentuh ~
" dan bertawakallah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup,Yang Tidak Mati, serta bertasbihlah dengan memujiNya. Cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya."
Al-Furqan:58
" dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): ' sujudlah kamu kepada Al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)..."
Al-Furqan:60
selepas salam dari sujud. sedang Ibu menyambung lagi bacaan. Ibu teringat ada rajuk terjadi malam semalam. dan hari ini tiada bicara. bisu. dan sunyi. lalu Ibu memikirkan hal apakah ibadah hari ini ada nilainya? tercatatkan amal kebajikan nan sikit tercoet ini hari ini? diterimakah oleh Al-Rahman? sedang Ibu dalam murka seorang ayah kepada anak-anak belahan jiwa Ibu. Ibu jadi hiba. tiba-tiba esak tangis mengiringi bacaan. esak tangis kerana ketakutan. esak tangis kerana kerisauan. esak tangis makin menjadi-jadi bila tiba di ayat yang selalu menjadi doa seluruh jagat muslim-muslimat untuk pasangan dan zuriat mereka. ~
" dan juga mereka (yang diredhai Allah itu) ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: Ya Rabb, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan orang-orang yang bertaqwa."
Al-Furqan:74
sob..sob..sob... Ibu isteri yang sedang berdosa. zahirnya membibirkan kata maaf. tapi batin kenapa terasa begitu terseksa? tidak mukhliskah dijiwa kata maaf itu? maka itulah ia punca keseksaan dijiwa itu. yang akhirnya membawa kepada esak tangis ketakutan dan kebimbangan. apakah Allah tidak redha dengan apa jua amalan Ibu hari ini...
Begitupun Ibu masih berharap diri Ibu sentiasa dalam peliharaan Allah dan diampunkanNya. semoga apa juga amal yang disukaiNya yang telah cuba Ibu kerjakan hari ini. biar sedikit dan compang-camping tetap mendapat redhaNya jua
Sungguh Allah itu Maha Dekat. Dekat yang amat. Maha Dengar. Maha Melihat. Maha Tahu. Semua. Segalanya. tentang hal dalam hati. dalam benak Ibu. lalu disampaikannya kepada Ibu akan ayat 'penyejuk hati pasangan' itu kepada Ibu... sob..sob..sob....
mudah-mudahan akan Allah datangkan kekuatan untuk Ibu memohon MAAF yang sebenar-benarnya dengan jiwa nan mukhlis dan semoga juga akan sentiasa diilhamkanNya agar dapat Ibu jadi pasangan yang menyejukkan hati...setiap masa dan selalu-selalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan