Jumaat malam bergerak ke Singapura. sekeluarga. sekereta. Bibik dihantar pulang bercuti ke Serdang. Sabtu 12.30am tiba di Woodlands checkpoint. anakanak masih lelap ketika pegawai imigresen Singapura meninjauninjau ke dalam kereta sambil passport kami dicop. setibanya di St. George's Rd Irsyad agak meragam. kerana dalam kemamaian tidur yang terganggu dia agak gusar berada di tempat asing dan pertama kali bertemu keluarga Kak Beznah yang masih belum dikenalinya. di Singapura cuacanya sangat panas. tidur malam terutamanya seperti berada dalam ketuhar. panasnya tak tertahankan. Irsyad meragam setiap malam kerana ketidakselesaan yang dirasainya. kasihan si manja Ibu...malam kedua di St. George's Rd. wishal demam. malam berikutnya ketika wishal mula kebah Izzah pula mula dedar dan akhirnya terus menjadi panas sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kasihan Izzah. demam diperjalanan. di dalam kereta. tiba di Villa Duta Isnin malam, kurang lebih jam 10.30pm. Dini pula demam. lengkap kesemua anakanak Ibu demam. tapi Irsyad tidak kerana mungkin dia sudah lebih dulu demam selama seminggu sedari waktu Ibu belum ke Bandung lagi. sepanjang di Singapura dia sihat sekali, dan sangat enjoyzzz dan teruja ke Night Safari di Mandai. dia cuma meragam sebelah malam kerana tidak tahan cuaca panas. dan Ibu....Ibu juga tidak terlepas dilanda demam....cuma virus demam Ibu lain dari anakanak. virus demam Ibu ubatnya telah Ibu temui di Pavillion. inilah ubatnya:~
~ make-up bag
~ mango body butter 50ml
~ vitamin E intense moisture cream 20ml
~ total energy enlivening body gel 50ml
~ total energy enlivening body wash 50ml
~ divide & multiply mascara 5ml
everything only for RM54.00!!! and not to forget the japanese cherry blossom edt 50ml for RM71.00...
~ sachs sandal is RM85 but i got it for RM68 after 20% discount
...that's about it. the 'ubat' to prevent me from demam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan