Selasa, November 17, 2009

.:muffin pandan:.

Serasa seakan berabad sudah blog ini tidak dicoretkan apa apa cerita atau juga dikemaskini. Tapi siapa yang peduli? Bukan ada pengikut setia pun. Sekadar Ibu bersyoksyok sendiri...hahaha

Hari ini kisah sarapan muffin pandan yang ingin ibu ceriterakan. mungkin fotofoto ini dapat menggambarkan kisahnya...
Kata kakak...sedap...kata bibik...wangi..kata ayah...masih perlu diperbaiki mutunya...hurmmm...




Selasa, Julai 28, 2009

.: 4 tempahan talam:.

Pagi-pagi hari selepas subuh Ibu telah pergi meninggalkan rumah. Dini tidak dihantar ke sekolah oleh Ibu seperti biasa. Ibu juga tidak tahu dia bersarapan apa. Harapharap dia makan apa saja yang mengenyangkan. Dia akan dihantar ke sekolah oleh Cik Linn. Semuanya kerana 4 talam tempahan orang di kafe itu yang Ibu temui semalam. Tapi agak mengecewakan kerana dia tidak berpuashati dengan harga talam yang Ibu jualkan padanya. berbeza sungguh dengan hari semalam ceritanya. kesal sungguh Ibu terasa. mulut Ibu ini juga terkehel memberitahu semua talam adalah hasil buatan dari rumah. sedangkan sebenarnya kami juga pengusaha kafe yang pada masa yang sama turut menerima tempahan talam dan kuihmuih oleh orang ramai atau juga restoranrestoran di luar sana. hanya kerana kata Ibu kepadanya talam yang ditempah adalah hasil tangan dari rumah, kata si Paki itu Ibu tidak perlu mengeluarkan kos menjualnya kerana menghasilkannya dari rumah....sedang dia, dia perlu membayar sewa, gaji pekerja dan lagi dan lagi....huh sungguh...adakah setalam kuih kukusan Signora tidak mengeluarkan kos?... Allahu Rabbi...manusia apakah si Paki itu?...bahan mentahnya, gasnya, tenaga elektriknya, air kukusannya dan upah untuk Bibik serta juga titik keringat Ibu itu bukan koskah....?!!!...sekalipun ianya dihasilkan dari rumah seorang suri?...apakah harga setalam kuih yang Ibu kukus di mata si Paki? yang dikatanya tidak ada kos!!....sungguh...keji si Paki...Peningnya Ibu berdebat dengan si Paki tadi pagi hingga lewat Asar masih tak terasa hilangnya...
Ya Allah...kuat betul cabaran ini...

Isnin, Julai 13, 2009

.:kue lapis nak roboh:.

projek kue lapis Ibu yang tak menjadi....




Kue lapis merah yang terlebih manis kerana terlajak gula dan terlalu wangi kerana terlebih esen rose. Lapisannya juga tak menyatu dan lekang kerana terlebih waktu dikukus antara lapisannya.



Lapis durian yang tepungnya tersilap timbangan hingga jadi terlebih dan memuakkan rasanya..bau wangi durian memang agak mengancam...tapi bila makan...kecewa...

Khamis, Julai 09, 2009

.:pembuka pintu rezeki:.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan
al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)
"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...





Assalammualaikum semua;

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi
dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahu pun yang sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka
berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguhsungguh....tadah tangan
dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guruguru kita dan
mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benarbenar bersungguhsungguh)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wassalam.


Samasama kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

Selasa, Jun 23, 2009

.:sarapan kala hati perut bergelora:.

pagi-pagi sebaik diturunkan dari kereta Ayah. Ibu bergegas cari sarapan. kala hati perut penuh gelodak yang macammacam tak tentu hala. Ibu memang jadi lapar dan kuat makan. geram dan penuh dendam....sarapan dilahap di meja kerja...tapi sudah tentulah Ibu mulakan dengan Basmallah...

minuman yang sedang jadi ketagihan Ibu sekarang...


nasi lemak ikan masin


Pau burger

Isnin, Jun 22, 2009

.:Ibu masih keliru:.

adakah teman yang mahu mendengar bicara Ibu?

yang dapat menghapus keliru Ibu?

yang dapat menjelasi apa yang Ibu tidak jelas?

yang dapat mencermini imejan Ibu yang Ibu tidak nampak?

pada siapa Ibu mengadu?

Sabtu, Jun 20, 2009

.:bilik fail yang bosan:.

rakrak yang memang sangat membosankan kehidupan di pejabat

rakrak lagi

Meja buruk, tempat dudukduduk sambil dokumen ditebuk

ah! masih banyak belum difail!!

tikar solat...
dimana dibilik inilah juga kami menunaikan yang fardu ke atas kami


Jumaat, Jun 19, 2009

.:tiba-tiba muffin rosselleku jadi kelabu:.


mulamula Ibu bikin jus rosselle. sedikit sahaja. lebih kurang setengah cawan. jusnya pekat merah keunguan. kemudian Ibu campurkan dalam adunan muffin Ibu. sewaktu mengaulkannya Ibu sangkakan ia akan menjadikan batter muffin itu pinkish warnanya...tapi tiba-tiba...ia menjadi ungu. dan sewaktu Ibu sibuk menyudu muffin ke cawan kertas comelnya muffin itu semakin menjadi kelabu...dan bila masak inilah hasilnya...





Rabu, Jun 17, 2009

.:asalkan kita mahu:.

Ibu bertemu teman lama semalam. waktu mula berkenalan dengannya dulu Ibu masih single and happy...hei tapi itu tak bermakna now im married and miserable. infact at this point of time if im still single life could be double triple miserable and so incomplete coz the biological clock must have been ticking loud enough for me to look for someone and say "you complete me"...apa pun bukan cerita tentang hidup single or married Ibu yang nak Ibu coretkan kali ini. tapi cerita tentang teman lama Ibu. dia memang sudah berumahtangga waktu Ibu mula kenal dia dulu. dia kini, masih seperti dulu. tidak banyak perubahan. yang berubah cuma bilangan anaknya. dia juga banyak sekali berkeluh dan banyak sekali bertanya tentang kehidupan Ibu yang padanya telah banyak berubah jika dibanding dengan dirinya. dia seperti mengatakan nasib Ibu memang lebih baik dari dirinya. maka itu tak banyak yang dapat dilakukan tentang hidupnya kerana dia memang kurang bernasib baik. melihatkan dan mendengarkan keluhannya tentang kehidupan dan nasib dirinya Ibu sedikit kesal. sungguh Ibu tidak gemar bila "nasib" jadi alasannya. mungkin benar sedikit sebanyak nasiblah penyebab kekurangan kehidupannya. Namun Ibu pernah terbaca entah dimana Ibu tak ingat tapi kurang lebih kenyataan yang Ibu baca itu ada menyebut: ketika tercetusnya kita dalam rahim Ibu, takdir kita telah pun ditentukan Ilahi. Akan jadi baikkah, jadi jahatkah, miskinkah, kayakah kita...semua tertulis sudah ketika itu lagi. Tapi takdir itu akan berubah mengikut rentak kehidupan kita. bagaimana kita mencorakkan hidup kita. bagaimana kehidupan harian kita diisi. seperti yang tersebut juga dalam Al-quran nasib seseorang itu akan berubah jika dia ingin merubahnya. kesimpulannya pada Ibu menentukan cerahgelapnya kehidupan kita adalah apa yang kita usahakan dan apa yang kita amalkan. kalau malas tidak ke manalah kita. kalau rajin adalah hasilnya. kalau ada keinginan tentu kita akan menemu jalannya. mungkin jalan itu penuh liku bukan indah dan mewangi untuk kita lalui. disitulah Maha Pencipta meletakkan ujiannya. melihat kita dari jauh. kandaskah kita ditengah jalan. atau langsung kakukah kita sejak dipangkal jalan lagi kerana takutkan liku dan onak untuk mengharunginya. sedangkan disitulah letak cabarannya untuk kita diduga. jika kita berusaha mengharungi kehidupan kita ini sambil terus berharap agar yang Maha Pencipta akan mendorongkan kejayaan buat kita sudah pasti kita mendapat habuannya. kerana DIA Maha Pemurah dan Penyayang. Mama juga pernah memberitahu Ibu tak usah lupa meminta, memohon dan berdoa padaNYA. bagaimana caranya kita meminta? melalui solatlah, kata Mama pada Ibu. tapi kalau tak solat bilalah kita akan mengangkat tangan dan berdoa dan bermohon denganNYA? kita akan jadi seperti orang yang sombong dan angkuh kerana tidak mahu meminta padaNYA. sedang kita memang terlalu kerdil dan hanya DIA yang akan membuka jalannya kalau kita tidak meminta. maka itulah kata orang doa itu juga suatu bentuk usaha. teman Ibu itu, berulang terdengar dari bibirnya kata-kata negatif dan kemustahilan tentang merealitikan sesuatu keinginan. bagi Ibu tidak ada orang yang mengecap kesenangan sekelip mata. tidak juga orang beroleh kemewahan hanya dengan meminta-minta dan mengharap dari orang kelilingnya. semuanya harus dicari dengan kudrat anugerah Ilahi. ditambah dengan akal dan kebijaksanaan sebagai insan mulia dimuka bumi ini. dan kalam Allah dalam Al-quran tentang merubah nasib sendiri...dan sifatNya yang maha Pemurah dan Penyayang...pasti tidak ada yang mustahil...asalkan kita mahu dan tak jemu. hidup di muka bumi buatlah apapun seperti akan hidup seribu tahun lagi tapi bekalkan diri secukupnya seperti akan mati esok hari...

Isnin, Jun 15, 2009

.:benci dan kecewa:.


Dalam dada Ibu saat ini penuh rasa benci dan kecewa. Sarat menanggung kesakitannya. Tak tahu di mana nak mencari penawarnya.

Sabtu, Jun 13, 2009

.:a treat for Kak AnaZiana:.





Hari itu Ibu belanja Kak Ana di Meals Station kerana berterima kasih dengan kerahan tenaganya membantu Ibu mencetak leaflet untuk Signora. apa pun Ibu lupa snap pixies of her meals only drinks...

Jumaat, Jun 12, 2009

.: the so called "perang email":.

Yesterday, I was being texted by Kak Linn @ 2.22pm:~

@times, i feel regret resigned....Ada career like u all pun ok, kan? But...bila dengar kwn2 yg dah b`jaya n said: "dat'`s good for u linda. U must remeber, rezeki u bkn dr TCB, tapi dr Allah SWT.If u work hard enuf, Tuhan akan bagi rezeki yg melimpah ruah...Problems - biasalah...buat u hv 2 b strong, physically and mentally....in 1 yr, I guarantee ur co. is well established." Mungkin Kak Linn yang tak sabar kot...or tak strong enuf merempuh ombak....

and I reply her via email and cc it to the other two sisters:~

From: Mawarungu
Sent: Thursday, June 11, 2009 3:41 PM
To: linn; iss
Cc: Am
Subject: @ time u were down...

My beloved Big boss…
I decide to jawap yr SOS via emel coz it seem too much words to text…
Don’t regret of what u hv chosen. Mungkin mmg betul apa yg kawan K.Lin cakap mmg rezeki K.Lin bukan dekat TCB. And infact klw mmg rezeki K.linn takat mendapat duit VSS hari tu dah lama Kak Linn dapat duit tu. Tapi itu bukan jugak rezeki K.linn. As time passes by Signora was form. Wlwpun dah bebulan sebelum tu K.linn hv started doing food biznez kecil2an di rumah, m sure rancangan membuka Signora tak masuk pun dalam mana2 journal tahunan terbaru K.linn. kan…? But Signora wasn’t a bad idea at all. Why must we regret…why must u, Kak Linn particularly regret…? U got d bakat and skilled and ilmu and u are doing things where u can do at ur level best. It’s just that this is a new beginning. Pasti saja ada banyak liku2 yg nak ditempuh n rempuh. M sure u got the strength untuk melawan badai. Klw K.linn tak kuat, me lagilah lemah. Just becoz I see people were not willing to sacrifice their time for Signora; and at d same time my “sleeping” partner were complaining about our “famlily time” pun I rasa cam nak give up. And I even stop taking orders and promoting bcoz I tak tahan to see people come and go as and when they want to d café without even considering me and u yg without fail always at d café. Though its been only 1 mth plus since we run d café I feel like its been months and months I don’t have/enjoy weekends with my family. Even my market shopping pun tak sempat buat during weekends. So as u can see as simple as d reason tht I had pun boleh lemahkan semangat to give up Signora. Apatah cabaran yang K.Linn hadapi hari ini (or even this few days) lagilah boleh buat patah semangat. Tapi sebab looking at your strength and credibility la m still here. And yess rezeki to memang Allah akan beri infact melimpah ruah klw DIA nak beri asalkan kita terus berusaha tanpa jemu dan rasa putus asa. Marilah kita bersama-sama berganding bahu biar dicakaq rimau, dicakaq ulaq sekalipun sama2lah kita hadapi and sama2lah kita support each other. And please put your emotion away. If not asyikla I kena tinggal sorang jaga café. If u think u got problem I oso got problem and my problem is even bigger coz its MY problem…tapi saja taknak tunjuk….mihahaha…jgn marah…

then Kak Am jawap seperti ada nada marah dalam jawapannya:~

From: Am
Sent: Thursday, June 11, 2009 4:03 PM
To: Mawarungu; Linn; Iss
Subject: RE: @ time u were down...

Assalamualaikum…
Dear all,
First of all, I don’t even get the SOS… maybe my name was TERomitted in the first place or it was intended to be that way…
BUT, I am just wondering whether this below message is specially pen in for me or for all of us. I don’t think it is a fair statement to say that “Just becoz I see people were not willing to sacrifice their time for Signora; and at d same time my “sleeping” partner were complaining about our “famlily time” pun I rasa cam nak give up. And I even stop taking orders and promoting bcoz I tak tahan to see people come and go as and when they want to d café without even considering me and u yg without fail always at d café.
My dear sis…what does it mean by that? How many times that some people or ME who did not come to the café ? Who are these people who are not willing to sacrifice their time for Signora? Who are these people who come and go as and when they want to the café? Is it true that it is only u yang without fail always at the café?
Just because I did not turn up yesterday coz tertidur after my long journey to “escape” myself, now I have to endure another not so friendly message. I guess because I am too skinny, people just don’t see me around and other contributions that I made to Signora. If this is the case, my thousand apologies to Signora as well as to all my dear sis …
If only u feel what I felt then you know…with that note, I thank you.


then the perang email between me and Kak Am started:~

From: Mawarungu
Sent: Thursday, June 11, 2009 4:42 PM
To: Am
Subject: RE: @ time u were down...

Kak am ayu bukan nak gaduh2 ngan kak am ckp2 pasal ni suma. Infact the phrase yang kak am highlight tu dh byk kali ayu suarakan pada kak linn. N pada Kak iss pun ayu dah penah cakap. Like I said its been weeks tht I’ve spend at the café and don’t enjoy my WEEKENDS….so obviously m not talking about only last nite. And I’ve only been away during my trip to Bandung and S’pore selepas lebih kurang hampir 2 bulan (1Apr – 24may) we run the cafe. And yess its been every weekend that I spend at the café Saturday and Sunday since then. Klw u rasa I masih tak cukup contribute my energy and time…by asking this: Is it true that it is only u yang without fail always at the café? m so sorry than, I hv to work harder.
Kak linn mmg tgh down sekarang. And mungkin dia xnak pjgkan sms dia pada kak am takut u cannot take it bcoz u got ur own problem. Compared to you I am more concern to pulihkan semangat Kak Linn…bcoz tanpa signora kak linn wud hv no other ways for a living rite now…whereas u…m sure u can reconcile back wit ur love one after whatever fight tht u had tht nite…m sorry for not even trying to understand ur situation….to be frank (bcoz dah tk larat nak simpan2 dlm hati n bengang snri)…I mmg malas nak layan yr emotion lagi dah. It is bcoz ur sms tht nite yg tuduh2 tu really hurt. and terlajak perahu boleh diundur….
m really really sori if I am so, so keji to you… but m not an angel….

then perang lagi:~

From: Am
Sent: Thursday, June 11, 2009 5:13 PM
To: Mawarungu
Subject: RE: @ time u were down...

Ayu.. Kalau nak pulihkan semangat Kak Lin, then together kita pulihkan because all of us need the semangat, all of us need the passion, bukannya some people di pulihkan semangat and some people di patahkan semangatnya…
No need to be sorry, Ayu tak pernah pun keji pada Kak Am, nobody yg bersikap keji pun.. actually I don love this word “KEJI” so bad, nak sebut pun tak sanggup.
I m not an angel too and so does everybody…

then I decided to stop menjawap. but this morning after talking to Kak Linn on the phone I feel like I should jawap. so I pun jawap....:~

From: Mawarungu
Sent: Friday, June 12, 2009 9:12 AM
To: Am
Subject: RE: @ time u were down...

Thank you Kak Am for “sharing” and “listening”…
I didn’t meant to patahkan semangat of any of us…but really, really hope that we can build up our semangat together, forever and do hope that we can prove to M.I.L that meniaga adik beradik tak semestinya berakhir dengan pergaduhan.
Memang kesal dengan apa yg terjadi tapi Ayu rasa Ayu mesti luahkan apa yang Ayu rasa supaya semua tahu. Mohon ampun dan maaf, I really do. Sayang you so much and really takut to ruin our relation. Look forward to work together tonite and please don’t leave me on my own again….sob, sob, sob….


then Kak Am reply me:~

From: Am
Sent: Friday, June 12, 2009 9:54 AM
To: Mawarungu
Subject: RE: @ time u were down...

Thank you to you too.
Fred not.. I am coming tonite and look forward to working together tonite. Jgn sob, sob, sob ye.. nanti Kam Am lagi uwahhh

Khamis, Jun 04, 2009

.:hari ini Ayah cuti sakit:.


hari ini Ayah cuti kerana dia pula demam. dia mengeluh tadi pagi kerana terpaksa menghantar Ibu ke tempat kerja. tapi dia tetap hantar Ibu. kemudian dia ke klinik.


hari ini Ibu sangatsangat mengantuk. tersengguksengguk menahan kantuk di meja kerja Ibu. tapi Alhamdulillah setakat papan kekunci komputer ditekantekan jemari Ibu saat ini, Ibu telah berjaya menunaikan puasa qadha Ibu. cuma Ibu tidak tertahan menahan kantuk. kalaulah sekarang ini ada yang menyorongkan bantal...pasti Ibu sudah bermimpi diulit kupukupu warnawarni dibalik pelangi menarinari...

Rabu, Jun 03, 2009

.:got to scream my hatred out:.

orang tua tak sedar diri itu...huh! sungguh benar baghal dan menyakitkan hati Ibu. apa yang dimintanya dia ingin terus ada di depan mata rabunnya itu. there and than. tidak pernah dia mahu tahu akan masalah yang Ibu hadapi untuk memenuhi permintaan gelabah baghalnya itu. tidakkah dia sedar kadangkala permintaannya itu ada prosedur tertentu. terpaksa melalui mangkukmangkuk hayun seperti dia juga yang akan menurunkan tandatangan 'approval'. yang mana sudah pastilah ia akan mengambil masa. makanya bagaimanalah dapat Ibu adakan apa yang dipintanya dengan kadar segera. seperkara lagi orangorang yang Ibu temui untuk membantu Ibu melaksanakan permintaan harubiru baghalnya itu pun kadangkala tiada ditempatnya, sedang bercuti, ada tugasan lain yang perlu didulukan dan bagaibagai lagi. tapi si tua rabun baghal itu yang dia tahu kalau apa yang dimintanya tidak Ibu segerakan...maka Ibulah yang akan dikatanya tak tahu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai kuli suruhannya...benci gila babun dengan orang tua rabun itu...benciiiiii!!!!!!!!

Selasa, Jun 02, 2009

.:demam cuticuti Singapura:.

Jumaat malam bergerak ke Singapura. sekeluarga. sekereta. Bibik dihantar pulang bercuti ke Serdang. Sabtu 12.30am tiba di Woodlands checkpoint. anakanak masih lelap ketika pegawai imigresen Singapura meninjauninjau ke dalam kereta sambil passport kami dicop. setibanya di St. George's Rd Irsyad agak meragam. kerana dalam kemamaian tidur yang terganggu dia agak gusar berada di tempat asing dan pertama kali bertemu keluarga Kak Beznah yang masih belum dikenalinya. di Singapura cuacanya sangat panas. tidur malam terutamanya seperti berada dalam ketuhar. panasnya tak tertahankan. Irsyad meragam setiap malam kerana ketidakselesaan yang dirasainya. kasihan si manja Ibu...malam kedua di St. George's Rd. wishal demam. malam berikutnya ketika wishal mula kebah Izzah pula mula dedar dan akhirnya terus menjadi panas sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kasihan Izzah. demam diperjalanan. di dalam kereta. tiba di Villa Duta Isnin malam, kurang lebih jam 10.30pm. Dini pula demam. lengkap kesemua anakanak Ibu demam. tapi Irsyad tidak kerana mungkin dia sudah lebih dulu demam selama seminggu sedari waktu Ibu belum ke Bandung lagi. sepanjang di Singapura dia sihat sekali, dan sangat enjoyzzz dan teruja ke Night Safari di Mandai. dia cuma meragam sebelah malam kerana tidak tahan cuaca panas. dan Ibu....Ibu juga tidak terlepas dilanda demam....cuma virus demam Ibu lain dari anakanak. virus demam Ibu ubatnya telah Ibu temui di Pavillion. inilah ubatnya:~

~ make-up bag
~ mango body butter 50ml
~ vitamin E intense moisture cream 20ml
~ total energy enlivening body gel 50ml
~ total energy enlivening body wash 50ml
~ divide & multiply mascara 5ml
everything only for RM54.00!!! and not to forget the japanese cherry blossom edt 50ml for RM71.00...

~ sachs sandal is RM85 but i got it for RM68 after 20% discount

...that's about it. the 'ubat' to prevent me from demam...

Jumaat, Mei 29, 2009

.:rosak semuanya...:.

tadi malam Ibu hendak membakar 5 biji kek chiffon. antaranya untuk kak nurul , untuk sarapan anakanak dan mungkin untuk buah tangan ke Singapura. tapi malangnya ketika membakar tiga dari lima adunan kek Ibu...gas habis....kek chiffon agak sensitif dan mudah bantat kiranya ada yang tak betul semasa pembikinannya. melainkan Ibu dapat bersegera menggantikan gas sementara dapurnya masih panas. hari pula sudah lewat malam. sebaliknya sekalipun Ibu merayu mengharap bantuan Ayah....dia sombong tak membantu. kerana rajuk dan kesal dengan apa yang terjadi akhirnya kesemua adunan kek itu Ibu buang ke dalam singki....and everything goes and sinked away like the melting rainbow...puas hati!!

Isnin, Mei 25, 2009

.:a day before we off to Bandung:.



i made :: banana choc rice muffin :: a day before we off to Bandung. Berdua sahaja tanpa anakanak. Tidak bukan...ianya bukan bulanmadu, sama sekali tidak...apa pun cerita dalam journal hari ini adalah tentang muffin pisang bertaburan butiran coklat yang dibakar untuk anakanak menikmati air tangan Ibu sebelum Ibu berangkat meninggalkan mereka selama 2 malam....resepinya sudah tentu from the pinkishes book yang Ayah belikan itu.

Ahad, Mei 24, 2009

.:aku benciiiii!:.

amat menyakitkan hati bila terpaksa mendengar kritikan. tapi lebih menyakitkan hati bila hakikat sebenar kritikan itu bukan ikhlas dari hati yang ingin memberi tunjuk ajar. tapi sekadar hanya untuk mengetuk minda kononnya untuk menyedarkan dan memberitahu si penerima kritikan akan kedunguannya. itu saja. sedangkan si dungu mulanya memang menerima kritikan itu malah menganggap ia sebagai komen yang membina demi memperbaiki keadaan yang tidak seberapa kepada keadaan yang lebih takjub. dalam fikirannya sendiri juga sudah terkantungkantung pelbagai persoalan: bagaimana dapat aku jadikan ia lebih menarik? bagaimana dapat aku meriahkannya? bagaimana dapat aku isikan ketakjuban didalamnya? agar menjadi lebih eksklusif dan tersendiri? mungkin begitu. mungkin begini. tapi apa caranya? yang dapat menjadikan mereka-mereka diluar sana terpanggil untuk memberi perhatian dan menjadi pengikut setia. dan soalansoalan itu tidak sebenarnya, memang tidak hanya berputar dibenak tapi telah pun disuarakan kepada pengkritik yang sering seolah menganggap dirinya hebat dan sempurna. dan persoalan yang diajukan juga adalah dengan harapan tunjukajar dapat diberi dari si pengkritik. oh....! tapi malangnya, sungguh malangnya.... pengkritik hanya pandai mengkritik...dan berhenti tidak bernoktah hanya sekadar untuk mengkritik. tapi tidak ada kesudian untuk memberi tunjukajar. atau sebenarnya sombong. atau merasa rugi jika memberi sedikit ilmunya pada yang lain. atau begitu bongkak ingin melihat dan membiarkan telinga yang mendengar kritikannya terus terkapaikapai tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. dan dia seronok. dan dia puas. bila si pendengar kritikannya terus dungu dan dapat disenaraipilihkan dalam senarai orang bangang yang tidak pandai. atau sebenarnya pengkritik hanya tahu mengkritik tapi dia sendiri tak tahu apa? kenapa? mana? untuk memperbaikinya!

Khamis, Mei 21, 2009

.:bersarapan apam salju:.

dari sehari ke sehari nak mengganti puasa tapi...pagi ini masih tak tertunai kerana tak tahan melihat apam salju yang siap dihidang bibik buat sarapan sebelum Kakak ke sekolah. sedangkan tadi malam waktu membancuh adunan apam itu Ibu sudah berjanji pada diri sendiri malah berniat menqadha puasa Ibu di Ramadan yang lalu. untuk kesekiankalinya Ibu gagal lagi. Insya Allah minggu depan. Ya...haruslah Ibu akan/mesti berpuasa minggu depan. mogamoga Ayah sudi temani Ibu untuk berpuasa bersama...nantinya...demi memotivasikan semangat Ibu untuk menunaikan kewajipan yang tertangguh sekian lama....

lihatlah photo apam salju yang walaupun tak seberapa ini tapi warna merah jambu dan putih saljunya seakan memanggil-manggil Ibu untuk mengigitnya... resepinya Ibu curi pakai dari blog mamafami....



Rabu, Mei 20, 2009

.:falsafah niaga:.


TUJUAN BERNIAGA


Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam perniagaan, kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap, pandai menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah. Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik, pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu, wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf).
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam.


SIFAT YANG PERLU PADA SEORANG PENIAGA

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan kerenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan terdesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...