Jumaat, Mei 15, 2009

.:wishal is 7:.

Ibu telah berjanji untuk buatkan kek harijadi Naruto. sangka Ibu edible sheets yang Ibu beli itu adalah Naruto tapi rupanya itu Goku dari siri animasi DragonBall. tapi Abang tak kesah. cuma Abang kesal keknya telah jadi carcamerba bila Adik Isyad telah mencucuk-cucuk kek itu sebelum majlis bermula. walaupun keknya tak seberapa tapi Ibu bangga dengan diri sendiri dapat sediakan kek itu dengan tangan Ibu sendiri dan dapat bantu Ayah berjimat. dan paling penting majlis harijadi Abang terlaksana sudah dengan sekaligus memuaskan hati kecilnya yang menjangkau 7 tahun itu. mungkin all the pixies below could tell better stories of the memorial 7th birthday of Abang....

tribute to cikLinn atas penat lelahnya juga kerana menyediakan most of the yummy-yummy foods...we greatly appreciate it!!



sebaik-baik disiapkan


setelah dicucukcucuk oleh Isyad...






Khamis, Mei 14, 2009

.:hati yang resah:.

anakanak yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran mereka hati Ibu pula yang resah tak tentu hala. sudahlah dengan tibatiba kak am nak ikut serta. walaupun sejak awal Ibu sudah pun mempelawa dia. tapi ketika itu katanya tak mahu. sekarang Ibu sudah menjemput semua dan merancang seadanya dan sudah menyediakan semua ie the lil' tiny sweets boxes, the goodie bags and the stuff in it... and the most important thing the dragon ball birthday cake...mungkin semua akan berjalan lancar tapi Ibu bimbang kalau apa yang Ibu buat tidak akan dapat memuaskan hati kak am dan puteri hatinya yang akan diraikan bersama malam itu nanti...


Jumaat, Mei 08, 2009

.:sarapan pagi ini:.

::Kaswi Pandan::
80g tepung gandum
80g tepung beras
60g tepung green pea
900ml air
1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu kecil air kapur
Kelapa parut + garam
Dulang tin 8 x 8




Rabu, Mei 06, 2009

.:mengapa aku disiksa:.

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu
Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta
Mengapa aku disiksa,
apakah tujuan dia
jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya
Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru


Isnin, Mei 04, 2009

.:cerita tentang makan sahaja:.

selepas berbual tentang diet menguruskan badan bersama kak zie awal hari ini masih juga Ibu berasa tiada terkesan dengan suntikan berdiet sekarang. ketika ini juga sebenarnya perut merasa lapar. sekejap terbau teh tarik di kiri, dikanan seakan ada orang membancuh nescafe tarik, eh tidaktidak Ibu terbau milo panas dibelakang...
hah...persetankan dengan diet sekarang...tengahari tadi Ibu bermewahmewah dengan udang galah masak lemak, petola+suun masak lemak juga, sambal belacan dan ulam kacang botol. ahh! macam tak cukup butiran nasi dengan lauk-lauk itu....isyh...makan, buruk lantak...., mentekedarah...kata Mama...ah Mama...bangga hati Ibu dapat bakar sebiji kek coklat untuk harijadinya yang ke 73 dulu semalam...semoga Mama sihat dan kuat terus....amin...

Umrah Ramadhan 1436H

Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...