Jumaat, Mac 09, 2012

.: yeay, cuti, yeay! :.



Cuti penggal pertama sudah bermula....ahhhh leganya...Ibu boleh rehat sekejap....
Tapi, risaunya...kerana seakan baru tersedar masa sudah berlalu begitu pantas. Dan Ibu tak banyak berbuat perubahan yang membanggakan....haihhh....

Rabu, Mac 07, 2012

.: hujan lebat amat :.

sepanjang lepas Asar hingga kini ketika entri ini diposkan ke belog hujan masih belum berhenti. hujan mula dengan lebat yang amat sangat berlarutan hingga lepas waktu azan Isyak berkumandang pun masih amat lebat. kilat silih berganti memancar terang disusuli dentuman paling kuat hingga mengegar bumbung rumah.
serasa Ibu iblis memang ada di pepenjuru bumbung rumah kita makanya panahan kilat direjam dekat amat dengan tingkap dan anjung rumah. silih berganti selang menyelang tak sampai 5 minit. si kecil terpekik sambil ketawa-ketawa tiap kali itu pula. Ibu takut amat. Ibu ingatkan pada dia supaya jangan ketawa begitu. Ibu jelaskan pada dia apa disebalik panahan petir itu sebenarnya.
Ibu ajarkan si kecil membaca doa hari hujan.

Selasa, Mac 06, 2012

.: hilang ingatan :.

Hari ini sebenarnya Ibu sedang cuba berusaha untuk memapar entri baru tentang apa yang Ibu bakar dalam oven. Kisahnya, kisah muffin pisang coklat yang dibakar. Yang ingin dicatat resepinya buat rujukan sendiri dimasa-masa akan datang. Muffin pisang coklat Ibu Alhamdulillah, memang menjadi, cantik menggebu dan sedap. Pixies sudah Ibu klik, tapi tiba-tiba....
Dek kerana sudah terlalu lama tidak mengisi entri di belog Ibu jadi hilang ingatan. Bagaimana entah hendak memuatnaik pixies itu dari smartphone Ibu ke PC....arrhhhh....lupa sudah, kena telaah kembali caranya. Apalagi PC ini rosak sekian lama dan device smartphone Ibu pun entah mana disimpan kotak backupnya... arrrhhh... tidak, sekarang memang tidak akan Ibu menyibukkan diri untuk menelaah caranya.
Ibu lagi gusar dan pening memikir ketidaksempatan Ibu mengurus kainbaju dalam rumah ini. Mana kain dalam bakul kotor belum bercuci, mana kain dalam bakul bersih belum bergosok, belum berlipat. Mana kain diampaian tak terdaya diangkat kerana masih lembab dek cuaca yang murung. Langit pula runtuh berdentum kuat lepas zohor tadi dan cuma berhenti sesudah asar menjelang... haaiiihh...kainbaju, oh kain baju... arrhhh sesak kepalahotak memikir hal kainbaju!
Semakin pudarlah ingatan bagaimana memuatnaik pixies dari telefon pintar kecil Ibu ke komputer peribadi... gimana ya...? gimana?

Kalaulah...Ibu seperti suri dalam gambar itu, riang tersenyum-senyum menyiapkan kerja rumah...arrrhhh....


keep telling myself to: belajar untuk bertenang, buat satu persatu, biar siap semuanya, tak usah buru-buru. Bila keadaan makin celaru, lekas-lekas zikrullah biar damai hati Ibu...

Isnin, Mac 05, 2012

.: rindu... :.

Rindu hati Ibu pada belog yang telah lama ditinggalkan tak dicoret apa-apa kisah terbaru. Jarijemari meronta-ronta ingin mengetuk papan kekunci. Hati penuh kegeraman ingin meluahkan kisah. Tapi kisah apa ya? Entah kisah apa. Di kepala tak terilham apa kisah nak dicelorengkan buat menyimpan kenangan.

Mungkin hari ini tidak apa-apa kalau tiada catatan baru. Cukuplah sekadar belog ini dijengah dan biarlah Ibu sekadar melayari dan mengimbas isi dan kisah-kisah yang pernah tercoretkan.

Esok lusa, bila ilham sudah datang tentu ada cerita yang boleh dicoretkan.
Hari ini biarlah Ibu sekadar melepas rindu dahulu dengan membaca kisah-kisah lalu yang pernah dicoretkan di sini....


Selasa, Ogos 09, 2011

.: catatan Ramadan 1432 :.

Semakin sukar sekarang memberi masa kepada diri Ibu untuk mengemaskini cerita baru di belog. Ibu malas. Malas amat. Kalau ikutkan cerita Ramadhan kali ini banyak yang baru yang boleh Ibu coretkan. Mungkin elok juga kalau Ibu buat rentetan peristiwa minggu pertama Ramadhan tahun ini.
Isnin, 1 Ramadhan 1432
Ahad, malam 1 Ramadhan, dengan bangganya Ibu dapat bersolat terawih di Surau. Sangat bangga, kerana betapa bertahun sudah Ibu tidak dapat melakukannya. Alhamdulillah...
Bekerja dengan majikan yang agak kurang memahami Ibu dikhabarkan bulan Ramadhan semua pekerja Islam memang tidak diberi peluang pun untuk pulang lebih awal dari biasa. Sungguh menjengkelkan! Mujur kami sekeluarga memang sudah berkobar-kobar ingin berbuka di Surau. Makanya tidaklah Ibu perlu terburu-buru memasak atau berhenti membeli juadah di pasar juadah dan bersesak dengan ramai orang. Habis iftar, Isya' dan Terawih terus di surau.
Selasa, 2 Ramadhan
Ibu telah merayu kepada si Moon, yang mengaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk pulang lebih awal. Ibu telah dapat kebenaran pulang sekadar setengah jam lebih awal. Ibu bergegas pulang, dan memandu agak gila tidak seperti biasa sebab Ibu ingin sekali lekas sampai. Janjinya dengan Ayah iftar di rumah Nenek Setapak. Semua orang harus siap sebelum Ibu sampai. Tapi bila Ibu pulang...Abang dan Kakak tidak pun bersiap, Ayah pula tidur berlengkar atas katil! Sungguh Ibu kecewa. Akhirnya kita cuma berbuka di rumah, makan maggi sahaja! Ibu menjeruk terus, mengikutkan perasaan amarah...rosak amalan Ramadhan
Rabu, 3 Ramadahan
Ibu beli juadah untuk iftar di restoran Mamak depan banglo bapak si Moon. Ayah kata kita iftar di rumah Nenek Setapak, jadi Ibu beli lebih murtabak dan nasi beriani lauk ayam madu. Habis iftar dan Maghrib, kami Isya' dan Terawih di Surau Addin, Setapak Jaya, seisi keluarga.
Khamis, 4 Ramadhan
Hujan lebat petang 4 Ramadhan. Ibu sudah berjanji bertadarus di Ukay Bistari bersama kawan-kawan. Bila hujan trafik buruk amat keadaannya. Walau sudah Ibu khabarkan pada kawan-kawan, Ibu akan lewat malah mungkin tak sempat untuk tadarus Reen tetap minta Ibu datang juga. 1 jam 30 min barulah Ibu sampai....tinggal lebihkurang 25 min saja lagi waktu berbuka dan mereka semua pun sudah tamat sessi tadarus. Ibu hadir cuma untuk iftar bersama mereka. Ayah dan anak-anak pula iftar di rumah Nenek Setapak lagi. Ayah berterawih di Setapak dan Ibu berterawih di Ukay Bistari bersama kawan-kawan.
Jumaat, 5 Ramadhan

Rabu, Julai 20, 2011

.: biological clock-detik kajihayat-detik naluri :.

Lihat tajuk entri kali ini. Ya, itulah dia. Ibu sedang ingin bercakap tentang detik kajihayat atau yang selalu orang sebut 'biological clock' - ia seakan sedang berdetik kencang kala ini. 'Biological clock' kalau sebut perkataan Inggerisnya boleh faham terus apa maksudnya. Tapi bila ditukarsebut ke bahasa Melayu orang jadi tak faham. Tak tahulah pula sebenarnya kalau sesuai atau tidak perkataan yang diguna pakai untuk dialih bahasakan itu. Apa pun bukan bicara tentang bahasa yang nak Ibu perkatakan. Tapi tentang kencangnya detakan biological clock Ibu sekarang...tok! tok! tok! tok...meminta-minta dan begitu menuntut sekali.
Apa sebabnya jadi begitu? Aarrrrrggghhhh....sukarnya mencurahkannya dengan perkataan. Inilah dia kelemahan manusia...berubah-ubah hati berulang-ulang kali...tak puas-puas, tak henti-henti dan masih tak belajar dan beriktibar...

Tapi apa pun sekali ini Ibu menyimpan azam sebelum mengambil apa-apa keputusan Ibu harus meninjau-ninjau dan melihat-lihat sekeliling. Belajar dari semua tinjauan itu. Belajar juga dari semua yang terjadi di masa yang telah lepas. Sekarang dari mana memulakannya? Kepada siapa nak bertanyakan?

Selasa, Julai 05, 2011

.: kerja bosan, tak kerja pun bosan :.

Ibu rasa memang macam dah tak boleh kerja yang amat sangat. Tak tahan jadi budak suruhan. Begitu Ibu tertekan tidak bekerja dan sekadar menguruskan anak-anak dan rumahtangga, namun rasanya tidak sesakit menjadi budak suruhan di pejabat. Ibu terasa diri sudah terlalu tua untuk disuruh-suruh seperti budak. Ibu ingin berhenti. Tetapi sekali ini bukan sekadar berhenti dan duduk-duduk sahaja di rumah. Ibu ingin berbuat sesuatu yang dapat memberi hasil. Ya...hasil! Kerana itulah antara hal yang menyebabkan kebosanan tinggal dirumah menjadi satu tekanan yang tak terdaya diri Ibu menahannya. Tapi untuk tahu apa dan bagaimana Ibu nak mendatangkan duduk-duduk di rumah sambil menjaga anak itu mendatangkan hasil Ibu perlu keluar dan belajar. Tapi ke mana? Bagaimana? Dan bila?


Umrah Ramadhan 1436H

Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...