Selasa, Ogos 09, 2011

.: catatan Ramadan 1432 :.

Semakin sukar sekarang memberi masa kepada diri Ibu untuk mengemaskini cerita baru di belog. Ibu malas. Malas amat. Kalau ikutkan cerita Ramadhan kali ini banyak yang baru yang boleh Ibu coretkan. Mungkin elok juga kalau Ibu buat rentetan peristiwa minggu pertama Ramadhan tahun ini.
Isnin, 1 Ramadhan 1432
Ahad, malam 1 Ramadhan, dengan bangganya Ibu dapat bersolat terawih di Surau. Sangat bangga, kerana betapa bertahun sudah Ibu tidak dapat melakukannya. Alhamdulillah...
Bekerja dengan majikan yang agak kurang memahami Ibu dikhabarkan bulan Ramadhan semua pekerja Islam memang tidak diberi peluang pun untuk pulang lebih awal dari biasa. Sungguh menjengkelkan! Mujur kami sekeluarga memang sudah berkobar-kobar ingin berbuka di Surau. Makanya tidaklah Ibu perlu terburu-buru memasak atau berhenti membeli juadah di pasar juadah dan bersesak dengan ramai orang. Habis iftar, Isya' dan Terawih terus di surau.
Selasa, 2 Ramadhan
Ibu telah merayu kepada si Moon, yang mengaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk pulang lebih awal. Ibu telah dapat kebenaran pulang sekadar setengah jam lebih awal. Ibu bergegas pulang, dan memandu agak gila tidak seperti biasa sebab Ibu ingin sekali lekas sampai. Janjinya dengan Ayah iftar di rumah Nenek Setapak. Semua orang harus siap sebelum Ibu sampai. Tapi bila Ibu pulang...Abang dan Kakak tidak pun bersiap, Ayah pula tidur berlengkar atas katil! Sungguh Ibu kecewa. Akhirnya kita cuma berbuka di rumah, makan maggi sahaja! Ibu menjeruk terus, mengikutkan perasaan amarah...rosak amalan Ramadhan
Rabu, 3 Ramadahan
Ibu beli juadah untuk iftar di restoran Mamak depan banglo bapak si Moon. Ayah kata kita iftar di rumah Nenek Setapak, jadi Ibu beli lebih murtabak dan nasi beriani lauk ayam madu. Habis iftar dan Maghrib, kami Isya' dan Terawih di Surau Addin, Setapak Jaya, seisi keluarga.
Khamis, 4 Ramadhan
Hujan lebat petang 4 Ramadhan. Ibu sudah berjanji bertadarus di Ukay Bistari bersama kawan-kawan. Bila hujan trafik buruk amat keadaannya. Walau sudah Ibu khabarkan pada kawan-kawan, Ibu akan lewat malah mungkin tak sempat untuk tadarus Reen tetap minta Ibu datang juga. 1 jam 30 min barulah Ibu sampai....tinggal lebihkurang 25 min saja lagi waktu berbuka dan mereka semua pun sudah tamat sessi tadarus. Ibu hadir cuma untuk iftar bersama mereka. Ayah dan anak-anak pula iftar di rumah Nenek Setapak lagi. Ayah berterawih di Setapak dan Ibu berterawih di Ukay Bistari bersama kawan-kawan.
Jumaat, 5 Ramadhan

Rabu, Julai 20, 2011

.: biological clock-detik kajihayat-detik naluri :.

Lihat tajuk entri kali ini. Ya, itulah dia. Ibu sedang ingin bercakap tentang detik kajihayat atau yang selalu orang sebut 'biological clock' - ia seakan sedang berdetik kencang kala ini. 'Biological clock' kalau sebut perkataan Inggerisnya boleh faham terus apa maksudnya. Tapi bila ditukarsebut ke bahasa Melayu orang jadi tak faham. Tak tahulah pula sebenarnya kalau sesuai atau tidak perkataan yang diguna pakai untuk dialih bahasakan itu. Apa pun bukan bicara tentang bahasa yang nak Ibu perkatakan. Tapi tentang kencangnya detakan biological clock Ibu sekarang...tok! tok! tok! tok...meminta-minta dan begitu menuntut sekali.
Apa sebabnya jadi begitu? Aarrrrrggghhhh....sukarnya mencurahkannya dengan perkataan. Inilah dia kelemahan manusia...berubah-ubah hati berulang-ulang kali...tak puas-puas, tak henti-henti dan masih tak belajar dan beriktibar...

Tapi apa pun sekali ini Ibu menyimpan azam sebelum mengambil apa-apa keputusan Ibu harus meninjau-ninjau dan melihat-lihat sekeliling. Belajar dari semua tinjauan itu. Belajar juga dari semua yang terjadi di masa yang telah lepas. Sekarang dari mana memulakannya? Kepada siapa nak bertanyakan?

Selasa, Julai 05, 2011

.: kerja bosan, tak kerja pun bosan :.

Ibu rasa memang macam dah tak boleh kerja yang amat sangat. Tak tahan jadi budak suruhan. Begitu Ibu tertekan tidak bekerja dan sekadar menguruskan anak-anak dan rumahtangga, namun rasanya tidak sesakit menjadi budak suruhan di pejabat. Ibu terasa diri sudah terlalu tua untuk disuruh-suruh seperti budak. Ibu ingin berhenti. Tetapi sekali ini bukan sekadar berhenti dan duduk-duduk sahaja di rumah. Ibu ingin berbuat sesuatu yang dapat memberi hasil. Ya...hasil! Kerana itulah antara hal yang menyebabkan kebosanan tinggal dirumah menjadi satu tekanan yang tak terdaya diri Ibu menahannya. Tapi untuk tahu apa dan bagaimana Ibu nak mendatangkan duduk-duduk di rumah sambil menjaga anak itu mendatangkan hasil Ibu perlu keluar dan belajar. Tapi ke mana? Bagaimana? Dan bila?


Selasa, Jun 07, 2011

.: bungkam :.

lama jari diletak atas papan kekunci tak ketahuan kisah apa yang nak dicoret kala ini. tapi hati meronta ingin berbicara. tapi entah bicara tentang apa? ada rasa yang seakan membuak ingin diluahkan tapi tak pula ia terluahkan. menyesak dalam dada.




Isnin, Mei 16, 2011

.:sekian lama:.

ahh, sekian lama belog ini tidak dijenguk. tiada alasan wajar. kesibukan. bukan, dah tentu bukan kesibukan yang patut jadi alasannya. biarpun putaran hidup Ibu sudah berubah sama sekali sejak 3 bulan yang lalu, namun tidaklah pula ia menjadikan Ibu begitu sibuk. Ibu pun bukannya tidak punya kesempatan untuk diri sendiri pun. tapi entahlah, apa yang menghalang Ibu membuat catatan disini pun susah nak dikatakan. memang banyak hal terjadi selama tiga bulan ini. setelah bekerja semula, Ayah benarkan Ibu memandu sendiri ke pejabat - satu fenomena baru buat Ibu. di pejabat baru, biarpun tak ramai orang, Ibu telah berkenalan dengan Kak Siti. dia banyak mengajar Ibu membentuk diri agar menjadi seorang isteri yang lebih merendahdiri - tidak terlalu menurut kata hati dan mencabar kewibawaan suami. bukan merendahdiri untuk mengaku kalah tapi menambahkan sabar dan tenang. begitulah halnya yang dikongsi dan dinasihat oleh Kak Siti sedikit sebanyak.
di rumah pula antara lain, bibik, pengasuh anak-anak dan pembasuh rumah juga sudah 3 kali bertukar. kata Ayah, Ibu cerewet, bibik ramai mana yang datang pun jadi tak tahan. Ibu sekadar menelan air liur mendengar diri dibahasakan begitu. biarlah. biar benar atau tidak pun kata-kata itu yang pasti Ibu harus belajar perbaiki apa saja kekurangan dan keterlebihan Ibu. sudah jauh waktu berlari, takkan Ibu masih mahu disini. ditakuk lama lagi. Ibu harus menyimpan azam untuk menjadi Ibu yang baru. Ibu perlu kuatkan semangat dan tabah dan istiqamah dalam melakukan perubahan itu. semoga Yang Maha Kuasa mempermudahkannya...




Sabtu, Mac 26, 2011

.: Brownies Baldu Merah Berkeju :.

ini adalah percubaan kali pertama. nampak gayanya menjadi. look & see, look & see di bawah sini pixiesnya..

tapi sayang rupanya taklah secantik rupa redvelvet marble cheese brownies di belog yang Ibu yang secara tak sengaja terjumpa resepinya di sini, dari belog Pn. Maz ini --> http://ilhamdapur.blogspot.com/2010/12/semoga-jumpa-lagi-red-velvet-marble.html

Isnin, Mac 21, 2011

.: entah mengapa :.

Entah mengapa kebelakangan ini begitu payah sekali untuk Ibu poskan entri baru ke belog. bukannya sebab tiada cerita, malah terlalu banyak cerita harus jadi coretan dalam belog ini. Apalagi itu cerita-cerita itu manis-manis semuanya. Ya banyak sekali peristiwa terjadi pada bulan Februari yang lalu terutamanya. Bulan Mac pun tak kurang juga dilalui dengan fruitful and sweetness. Tapi Ibu liat sungguh nak menekan papan kekunci berceritaceriti dan menyimpan resepi baru.

Tak apalah kali ini Ibu sambung kisah Mawarungu tentang cerita berkelas kek coklat dan yang sewatu dengannya di "Dari Dapur Linda" hari Ahad itu. Puas hati sungguh dapat belajar. Cik Linn tak lokek langsung berkongsi tip tentang teknik-teknik penyediaan kek-kek pilihan ramai. Antara kek yang Ibu belajar, lihat foto dibawah ini....suka sangat...teehee...Harap maaf resepi-resepi kek tak dapat diposkan di sini jika tak hilanglah esklusivitinya...kerana kelas yang dihadiri ini adalah kelas berbayar!

kek keju coklat marble

kek coklat

kek karot

Umrah Ramadhan 1436H

Bismillah. Perjalanan Umrah Ramadhan 1436H (Jun2015) tidak seharusnya terbiar tanpa dicoretkan rententannya diatas kertas. Tapi, memang ...