Khamis, November 29, 2012

.: hasrat nurani Ibu :.

 Bismillah..

Ya Rabb...
Sesungguhnya aku ingin mengusahakan sesuatu. Atau mungkin bukan 'se' tapi dua..

Ya Allah..
Dua perkara yang aku pasti dalam bisik bibirku malah di lintasan dalam hatiku pun Kau Maha Tahu, Ya Alim...

Ya Jabbar..
Kurniakanlah aku kekuatan untuk memulakan usahaku itu. Ketika ini, dua perkara itulah yang ingin sekali aku usahakan agar  merubah jadi  baik dan indah.

Ya Rahman..
Kurniakanlah padaku ilham untuk memulakannya, cetuskanlah aku ilmu untuk mendalaminya lalu jadikanlah aku tahu bagaimana memulakannya dan terus mengusahakannya dengan istiqomah..

Ya Aziz...
Berikan aku kemahuan yang penuh semangat untuk memulakannya, kedua-duanya kemahuanku itu, agar seiring  jalan dapat kumulakan. Sambil kemalasan yang membaluti seluruh tubuhku Kau bantulah aku membuangnya, berikanlah aku kuasa untuk membuang penyakit malasku...

Ya Rahim...
Engkau Maha Penyayang, dengan limpah kasihMu jadikanlah kemustahilan  itu suatu keajaiban  buatku...   Benarkanlah ia terjadi dengan limpahkasihMu agar dapat aku usahakan merubahnya dengan perasaan penuh kasihsayang jua

Ya Wahab...
Rintih hatiku ini yang sungguh begitu berhasrat, mengharap pemberianMu. Berikanlah aku, berikanlah aku, berikanlah aku kesempatan untuh memperolehinya. Dengan ilham, dengan ilmu, dengan kekuatan, dengan kasih dan sayang dan dengan istiqomah... berikanlah aku kesempatan untuk merasainya

Ya Mujib..
Sesungguhnya Engkau sentiasa dekat lagi sentiasa memperkenankan permintaan hambaMu..

Selawat dan salam buat junjungan baginda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam

Walhamdulillahi Rabbil-Alamin

 


Khamis, November 08, 2012

.: tanpa ilham :.

belog ini kadang-kadang sekadar dijengah. 
tanpa ilham. 
tiada catatan  baru untuk di'terbit'kan.


Selasa, November 06, 2012

.: sesak kain jemuran :.

 
sudah lama mr. sun tidak menjengah. serasa Ibu seminggu sudah. kain baju berbondong-bondong, membakul-bakul. 

tolllooong...!! Ibu sangat berharap ada bantuan untuk Ibu menguruskannya disini. kesesakan kain baju. 

di dalam bakul kain yang bacin(chess!). dan yang tak sempat kering di ampaian. dan yang di dalam mesin kerana tiada kekosongan ampaian untuk dijemur. dan yang sudah kering belum dilipat. dan yang belum digosok. 

phewww... Ibu  nak pengsan. sesak nafas dalam timbunan kain baju.

   

boleh tak Ibu letak jawatan? sebagai Ibu, surirumah? kerana Ibu sudah gagal menjalankan tugasan menguruskan kain baju... ngeeee.. 

ataupun, boleh tak ayah beri kembali pangkat Ibu yang dulu? jadi "madam" kepada seorang bibik?... teeheeheehee...

.: rapuh :.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Jumaat, November 02, 2012

.: tiada bicara :.

hari ini lepas solat maghrib Ibu menyambung lagi usaha mengkhatamkan Al-Kitab. hari ini Ibu sudah tiba pada surah Al-Furqan. hari ini hari kedua bacaan surah Al-Furqan diteruskan.
waktu Maghrib itu tinggal dua muka surat terakhir surah Al-Furqan. Maghrib itu Ibu memulakan surah Al-Furqan pada ayat yang ke-56. tiba di ayat ke-58 hati Ibu jadi tersentuh ~

" dan bertawakallah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup,Yang Tidak Mati, serta bertasbihlah dengan memujiNya. Cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya."
 Al-Furqan:58

seterusnya ada ayat sajadah pada ayat ke-60. Ibu bertakbir dan sujud bila tiba di ayat itu. ~

" dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): ' sujudlah kamu kepada Al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)..."
Al-Furqan:60

selepas salam dari sujud. sedang Ibu menyambung lagi bacaan. Ibu teringat ada rajuk terjadi malam semalam. dan hari ini tiada bicara. bisu. dan sunyi. lalu Ibu memikirkan hal apakah ibadah hari ini ada nilainya? tercatatkan amal kebajikan nan sikit tercoet ini hari ini? diterimakah oleh Al-Rahman? sedang Ibu dalam murka seorang ayah kepada anak-anak belahan jiwa Ibu. Ibu jadi hiba. tiba-tiba esak tangis mengiringi bacaan. esak tangis kerana ketakutan. esak tangis kerana kerisauan. esak tangis makin menjadi-jadi bila tiba di ayat yang selalu menjadi doa seluruh jagat muslim-muslimat untuk pasangan dan zuriat mereka. ~

" dan juga mereka (yang diredhai Allah itu) ialah orang-orang yang  berdoa dengan berkata: Ya Rabb, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan orang-orang yang bertaqwa."
Al-Furqan:74

sob..sob..sob... Ibu isteri yang sedang berdosa. zahirnya membibirkan kata maaf. tapi batin kenapa terasa  begitu terseksa? tidak mukhliskah dijiwa kata maaf itu? maka itulah ia punca keseksaan  dijiwa itu. yang akhirnya membawa kepada esak tangis ketakutan dan kebimbangan. apakah Allah tidak redha dengan apa jua amalan Ibu hari ini...

Begitupun Ibu masih berharap diri Ibu sentiasa dalam peliharaan Allah dan diampunkanNya. semoga apa juga amal yang disukaiNya yang telah cuba Ibu kerjakan hari ini. biar sedikit dan compang-camping tetap mendapat redhaNya jua

Sungguh Allah itu Maha Dekat. Dekat yang amat. Maha Dengar. Maha Melihat. Maha Tahu. Semua. Segalanya. tentang hal dalam hati. dalam benak Ibu. lalu disampaikannya kepada Ibu akan ayat 'penyejuk hati pasangan' itu kepada Ibu... sob..sob..sob....

mudah-mudahan akan Allah datangkan kekuatan untuk Ibu memohon MAAF yang sebenar-benarnya dengan jiwa nan mukhlis dan semoga juga akan sentiasa diilhamkanNya agar dapat Ibu jadi pasangan yang menyejukkan hati...setiap masa dan selalu-selalu..

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...