Ahad, Julai 29, 2012

.: Rahsia Pemakanan Orang Bijak Pandai Islam :.

Rahsia Pemakanan
Orang Bijak Pandai Islam

Penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

1. MADU - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara Minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya.

2. KISMIS – Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara Makan:
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3. SUSU SEGAR - Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

4. TELUR - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

6. HALIA - Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Cara Makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi

Khamis, Julai 05, 2012

.: gubahan kerassss tangan :.

my cheeky lil (satu masa dahululah, now not so lil nemore) Atiqah telah akan ada orang meminang dan menghantar cincin tunang hujung minggu nanti. seperti selalu dulang hantaran memang jadi tugas rasmi Ibu dalam famili. Ibu ada  banyak hari untuk mulakan kerja-kerja kerasss tangan Ibu. tapi bila cuma tinggal sangat sikit masa barulah nak mula kerja. akhirnya baru nak sedar tidak kecukupan barang itu dan ini. hah, Ibu! memang Ibu suka begitu... jika tidak, tidaklah kerja itu menjadi cabaran dan tidaklah juga ilham nak datang.
ya begitulah namanya ilham cuma datang bila terkial-kial dan terkocoh-kocoh mengejar masa...

harapan Ibu, Atiqah dan emaknya puas hati dengan hasil tangan Ibu. tema putih + ungu.  bahan-bahannya semua Long si Emak Atiqah siapsedia beli sendiri. Ibu adun saja ikut mana yang terilhamkan ...teehee..

Dua antara 9 dulang hantaran pertunangan Atiqah

Rabu, Julai 04, 2012

.: apalah kesahnya?? :.

Apalah kisah belog ini yang terlalu lama dibiarkan sepi tanpa sebarang catatan pun. Kenapa ya? Kenapa ia harus dibiarkan sepi. Apakah kerana berbelog cuma mainan orang muda. dan Ibu sudah terlalu tua untuk berbelog. tidak rasanya. ramai lagi yang seusia Ibu malah lebih tua pun punyai belog, yang manis-manis, yang sweet, yang sugar, dsb. Mereka begitu mekar dengan ilham dan semangat bugar saban hari mengepos entri baru di belog masing-masing.
Kenapa ya? Kenapa dengan Ibu? Tak tahu Ibu memberi jawapannya. Ibu pun juga tak tahu bagaimana mencari semangat untuk terus berkarya... cesss... berkaryalah pulak...teehee..
Ya,bagaimana ya? Semangat berkarya menitipkan ceritera manis, pahit, duka, gembira perjalanan kehidupan Ibu bersama-sama mereka yang tertulis wujud disekeliling Ibu...

Apa pun.Tak apalah untuk kali ini. Setakat ini dulu. Ayah memanggil di telefon kecil untuk turun makan durian... mari makan durian dulu...



Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...