Selasa, Ogos 09, 2011

.: catatan Ramadan 1432 :.

Semakin sukar sekarang memberi masa kepada diri Ibu untuk mengemaskini cerita baru di belog. Ibu malas. Malas amat. Kalau ikutkan cerita Ramadhan kali ini banyak yang baru yang boleh Ibu coretkan. Mungkin elok juga kalau Ibu buat rentetan peristiwa minggu pertama Ramadhan tahun ini.
Isnin, 1 Ramadhan 1432
Ahad, malam 1 Ramadhan, dengan bangganya Ibu dapat bersolat terawih di Surau. Sangat bangga, kerana betapa bertahun sudah Ibu tidak dapat melakukannya. Alhamdulillah...
Bekerja dengan majikan yang agak kurang memahami Ibu dikhabarkan bulan Ramadhan semua pekerja Islam memang tidak diberi peluang pun untuk pulang lebih awal dari biasa. Sungguh menjengkelkan! Mujur kami sekeluarga memang sudah berkobar-kobar ingin berbuka di Surau. Makanya tidaklah Ibu perlu terburu-buru memasak atau berhenti membeli juadah di pasar juadah dan bersesak dengan ramai orang. Habis iftar, Isya' dan Terawih terus di surau.
Selasa, 2 Ramadhan
Ibu telah merayu kepada si Moon, yang mengaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk pulang lebih awal. Ibu telah dapat kebenaran pulang sekadar setengah jam lebih awal. Ibu bergegas pulang, dan memandu agak gila tidak seperti biasa sebab Ibu ingin sekali lekas sampai. Janjinya dengan Ayah iftar di rumah Nenek Setapak. Semua orang harus siap sebelum Ibu sampai. Tapi bila Ibu pulang...Abang dan Kakak tidak pun bersiap, Ayah pula tidur berlengkar atas katil! Sungguh Ibu kecewa. Akhirnya kita cuma berbuka di rumah, makan maggi sahaja! Ibu menjeruk terus, mengikutkan perasaan amarah...rosak amalan Ramadhan
Rabu, 3 Ramadahan
Ibu beli juadah untuk iftar di restoran Mamak depan banglo bapak si Moon. Ayah kata kita iftar di rumah Nenek Setapak, jadi Ibu beli lebih murtabak dan nasi beriani lauk ayam madu. Habis iftar dan Maghrib, kami Isya' dan Terawih di Surau Addin, Setapak Jaya, seisi keluarga.
Khamis, 4 Ramadhan
Hujan lebat petang 4 Ramadhan. Ibu sudah berjanji bertadarus di Ukay Bistari bersama kawan-kawan. Bila hujan trafik buruk amat keadaannya. Walau sudah Ibu khabarkan pada kawan-kawan, Ibu akan lewat malah mungkin tak sempat untuk tadarus Reen tetap minta Ibu datang juga. 1 jam 30 min barulah Ibu sampai....tinggal lebihkurang 25 min saja lagi waktu berbuka dan mereka semua pun sudah tamat sessi tadarus. Ibu hadir cuma untuk iftar bersama mereka. Ayah dan anak-anak pula iftar di rumah Nenek Setapak lagi. Ayah berterawih di Setapak dan Ibu berterawih di Ukay Bistari bersama kawan-kawan.
Jumaat, 5 Ramadhan

Rabu, Julai 20, 2011

.: biological clock-detik kajihayat-detik naluri :.

Lihat tajuk entri kali ini. Ya, itulah dia. Ibu sedang ingin bercakap tentang detik kajihayat atau yang selalu orang sebut 'biological clock' - ia seakan sedang berdetik kencang kala ini. 'Biological clock' kalau sebut perkataan Inggerisnya boleh faham terus apa maksudnya. Tapi bila ditukarsebut ke bahasa Melayu orang jadi tak faham. Tak tahulah pula sebenarnya kalau sesuai atau tidak perkataan yang diguna pakai untuk dialih bahasakan itu. Apa pun bukan bicara tentang bahasa yang nak Ibu perkatakan. Tapi tentang kencangnya detakan biological clock Ibu sekarang...tok! tok! tok! tok...meminta-minta dan begitu menuntut sekali.
Apa sebabnya jadi begitu? Aarrrrrggghhhh....sukarnya mencurahkannya dengan perkataan. Inilah dia kelemahan manusia...berubah-ubah hati berulang-ulang kali...tak puas-puas, tak henti-henti dan masih tak belajar dan beriktibar...

Tapi apa pun sekali ini Ibu menyimpan azam sebelum mengambil apa-apa keputusan Ibu harus meninjau-ninjau dan melihat-lihat sekeliling. Belajar dari semua tinjauan itu. Belajar juga dari semua yang terjadi di masa yang telah lepas. Sekarang dari mana memulakannya? Kepada siapa nak bertanyakan?

Selasa, Julai 05, 2011

.: kerja bosan, tak kerja pun bosan :.

Ibu rasa memang macam dah tak boleh kerja yang amat sangat. Tak tahan jadi budak suruhan. Begitu Ibu tertekan tidak bekerja dan sekadar menguruskan anak-anak dan rumahtangga, namun rasanya tidak sesakit menjadi budak suruhan di pejabat. Ibu terasa diri sudah terlalu tua untuk disuruh-suruh seperti budak. Ibu ingin berhenti. Tetapi sekali ini bukan sekadar berhenti dan duduk-duduk sahaja di rumah. Ibu ingin berbuat sesuatu yang dapat memberi hasil. Ya...hasil! Kerana itulah antara hal yang menyebabkan kebosanan tinggal dirumah menjadi satu tekanan yang tak terdaya diri Ibu menahannya. Tapi untuk tahu apa dan bagaimana Ibu nak mendatangkan duduk-duduk di rumah sambil menjaga anak itu mendatangkan hasil Ibu perlu keluar dan belajar. Tapi ke mana? Bagaimana? Dan bila?


Selasa, Jun 07, 2011

.: bungkam :.

lama jari diletak atas papan kekunci tak ketahuan kisah apa yang nak dicoret kala ini. tapi hati meronta ingin berbicara. tapi entah bicara tentang apa? ada rasa yang seakan membuak ingin diluahkan tapi tak pula ia terluahkan. menyesak dalam dada.




Isnin, Mei 16, 2011

.:sekian lama:.

ahh, sekian lama belog ini tidak dijenguk. tiada alasan wajar. kesibukan. bukan, dah tentu bukan kesibukan yang patut jadi alasannya. biarpun putaran hidup Ibu sudah berubah sama sekali sejak 3 bulan yang lalu, namun tidaklah pula ia menjadikan Ibu begitu sibuk. Ibu pun bukannya tidak punya kesempatan untuk diri sendiri pun. tapi entahlah, apa yang menghalang Ibu membuat catatan disini pun susah nak dikatakan. memang banyak hal terjadi selama tiga bulan ini. setelah bekerja semula, Ayah benarkan Ibu memandu sendiri ke pejabat - satu fenomena baru buat Ibu. di pejabat baru, biarpun tak ramai orang, Ibu telah berkenalan dengan Kak Siti. dia banyak mengajar Ibu membentuk diri agar menjadi seorang isteri yang lebih merendahdiri - tidak terlalu menurut kata hati dan mencabar kewibawaan suami. bukan merendahdiri untuk mengaku kalah tapi menambahkan sabar dan tenang. begitulah halnya yang dikongsi dan dinasihat oleh Kak Siti sedikit sebanyak.
di rumah pula antara lain, bibik, pengasuh anak-anak dan pembasuh rumah juga sudah 3 kali bertukar. kata Ayah, Ibu cerewet, bibik ramai mana yang datang pun jadi tak tahan. Ibu sekadar menelan air liur mendengar diri dibahasakan begitu. biarlah. biar benar atau tidak pun kata-kata itu yang pasti Ibu harus belajar perbaiki apa saja kekurangan dan keterlebihan Ibu. sudah jauh waktu berlari, takkan Ibu masih mahu disini. ditakuk lama lagi. Ibu harus menyimpan azam untuk menjadi Ibu yang baru. Ibu perlu kuatkan semangat dan tabah dan istiqamah dalam melakukan perubahan itu. semoga Yang Maha Kuasa mempermudahkannya...




Sabtu, Mac 26, 2011

.: Brownies Baldu Merah Berkeju :.

ini adalah percubaan kali pertama. nampak gayanya menjadi. look & see, look & see di bawah sini pixiesnya..

tapi sayang rupanya taklah secantik rupa redvelvet marble cheese brownies di belog yang Ibu yang secara tak sengaja terjumpa resepinya di sini, dari belog Pn. Maz ini --> http://ilhamdapur.blogspot.com/2010/12/semoga-jumpa-lagi-red-velvet-marble.html

Isnin, Mac 21, 2011

.: entah mengapa :.

Entah mengapa kebelakangan ini begitu payah sekali untuk Ibu poskan entri baru ke belog. bukannya sebab tiada cerita, malah terlalu banyak cerita harus jadi coretan dalam belog ini. Apalagi itu cerita-cerita itu manis-manis semuanya. Ya banyak sekali peristiwa terjadi pada bulan Februari yang lalu terutamanya. Bulan Mac pun tak kurang juga dilalui dengan fruitful and sweetness. Tapi Ibu liat sungguh nak menekan papan kekunci berceritaceriti dan menyimpan resepi baru.

Tak apalah kali ini Ibu sambung kisah Mawarungu tentang cerita berkelas kek coklat dan yang sewatu dengannya di "Dari Dapur Linda" hari Ahad itu. Puas hati sungguh dapat belajar. Cik Linn tak lokek langsung berkongsi tip tentang teknik-teknik penyediaan kek-kek pilihan ramai. Antara kek yang Ibu belajar, lihat foto dibawah ini....suka sangat...teehee...Harap maaf resepi-resepi kek tak dapat diposkan di sini jika tak hilanglah esklusivitinya...kerana kelas yang dihadiri ini adalah kelas berbayar!

kek keju coklat marble

kek coklat

kek karot

Jumaat, Februari 11, 2011

.: Coffee Chiffon :.


Tak berilham nak coratcoretkan kisah apa kali ni. Kebosanan melanda. Minggu ni Ayah cuma 2 hari pergi kerja dari rumah. Hari-hari lainnya Ayah berada diluar kawasan. 2 hari di rumah itu pun pagi-pagi dah pergi, malammalam kelam baru balik. Apa tidak bosannya Ibu. Tapi kalau ada pula Ayah di rumah berselisih saja dengan dia. Tapi itulah halnya yang menjadikan kebosanan itu tipis peratusan.
Dengan anak-anak pula biasalah... hiruk pikuk, jerit pekik suruh mandi, suruh solat, suruh makan, suruh jangan gaduh, suruh diam...hmmmph..tak bertitik! Pencarian "amah" masih belum berakhir. Macammacam cerita kali ni. Yang nak balik harian, yang nak balik mingguan, yang demand gaji melampaulampau, yang minta hantar pergi balik kala bercuti, terjumpa juga yang bukan muslim...taktahulah. Tinggal beberapa hari saja lagi Ibu akan mula bekerja. Seram sejuk juga. Haissh...takut pula Ibu memikir halnya...macammacamlah nak diseramkan. Mana hal amah tak jumpa lagi. Mana hal Ibu bimbang ragu nak bekerja semula. Boleh ke tidak ke? Mana Ibu risau juga angkutangkutan pergi balik kerja...isyh...

So just for the sake of hupper-dating belog ini. Cerita tentang chiffon cake yang Ibu titiskan perisa nescafe ke dalamnya. Biasa, biasa aje rasanya...bolehla...sekejapan juga anakanak sapan menghabiskannya. Dapat juga Kakak buat bekal ke sekolah 4 potong hari tu.

Ahad, Februari 06, 2011

.: corat-coret di I-City :.

Cuti panjang tahun baru cina tahun ini. walaupun mulanya tidak merancang ke mana-mana. telah terisi juga dengan banyak aktiviti. harap anak-anak seronok dan puas. Huh...puas, mungkin anak-anak tak pernah puas mencari keseronokan. tapi tak apalah. sekurang-kurangnya kita bukan sekadar berSE-ronok tapi juga kita telah beronok-ronok cuti kali ini. Apa tidaknya. Ada piknik tiba-tiba, ada kek harijadi dan kini ada lampu warna-warni. 3 keluarga bersama Nenek Nia dan Maksu. Kita semua telah pergi menyerang I-City malam minggu itu.


Nah all d pixies kelikan Cik Iss, Ayah Lani dan Ayah sendiri untuk ditelek buat kenangan...




Puas tengok lampu warna-warni. Perut masing-masing jadi lapar. Aktiviti makan-makan diteruskan ke Restoran Bara - di kawasan deretan bangunan kedai berhampiran I-City. Restoran Bara ni, makanannya ala Mamak walaupun restorannya tak ada perkataan "maju" macam restoran mamak selazimnya. Letak duduknya restoran ini Ibu tak pasti. Sebab Ibu memang tak kenal betul dengan kawasan Shah Alam ni. Yang pasti kawasan sekitarnya ada kedai kain Jakel. Hampir dengan restoran Bara tu ada KFC/Pizzahut. Bertentangannya ada Kayu Nasi Kandar. Entah kenapa Restoran Bara jadi pilihan untuk diserbu. Nasib baik makanannya tidak mengecewakan. Anak-anak pula, masing-masing bukan main lagi memesan makanan...maggi goreng double, indomie goreng, maggi goreng ayam, nan cheese, etcetera, etcetera...

Jumaat, Februari 04, 2011

.: Izzah ke-5 tahun:.

Alhamdulillah. Hari Jumaat 4 Feb 2011 Izzah genap 5 tahun. Alangkah Izzah...sudah besar. Lebih mudah berbicara dengan dia sekarang. Tapi kememeynya masih belum hilang. Lelehnya masih memeningkan kepala. Tapi kasih sayang seisi keluarga tetap padu dan padat buat Izzah. Semoga menjadi insan bertakwa juga wanita solehah nantinya...amin..

Ibu pun bangga dan bahagia tengok Izzah enjoy diharijadi. Alhamdulillah Kek Coklat untuk Izzah menjadi. Kek Ibu bawa turun ke rumah Ayah Mali kerana kebetulan Nenek ada menemankan seisi rumah yang Ayah Mali tinggalkan kerana pergi jenguk Kak Long Nabila di India.

Walaupun tak sambut berparti-partian, Izzah happy potong kek bersama Nenek, Maksu dan sepupusepapat yang kebetulan ada di rumah Abang Aman, Abang Alan dan Abang Danish hari itu. Terima kasih banyak untuk Ayah Mali dan Cik Linn sebab Izzah potong kek berlokasi di rumah Ayah Mali semasa ketiadaan tuan rumahnya...Jangan marah ya...Ayah Mali, Cik Linn

Khamis, Februari 03, 2011

.: tiba-tiba berpiknik :.

Hah...tiba-tiba hari Tahun Baru Cina tahun ini kita sekeluarga berpiknik ke Hutan Lipur Lentang. Kenapa tiba-tiba? Sebab semuanya memang tanpa dirancang langsung. Sedang Ibu sibuk menggoreng macaroni untuk sarapan ada panggilan dari Maksu mengajak kita berpiknik dengan keluarga Ayah Nai dan Ayah Nal yang dah pun bergerak memulakan perjalanan mereka. Jadi tanpa sempat bersarapan macaroni itu Ibu pekkan masuk ke dalam bekas dan dibawa pergi ke tempat piknik saja. Semua bersiapsiap ala kadar dan terkocohkocoh. Kononnya nanti nak gedebussshh saja dalam sungai.

Baru suku perjalanan, di jalan kereta banyak terangkak-rangkak menuju Karak Highway.

Aduhh...pening menghadap macet di lebuhraya! Keluarga lain dah pun sampai ke destinasi dan anakanak mereka pun dah berendam. Keluarga kita...berendam geram dalam kereta kerana macetmacetan! Perut pun dah mula kelaparan yang amat. Tapi perjalanan tetap diteruskan. Dan Ayah pun terus memandu dengan tabahnya...teeheehee...

Akhirnya tiba jua...setelah berjam melalui rentetan jerihpayah kemacetan dilebuhraya


Berseronok-seronoklah kita berpiknik dengan tiba-tiba!

Isnin, Januari 31, 2011

.: lauk tengahari rainy Sunday :.

Pajeri Nenas + Bebola Daging Kambing Masam Manis

Ini cerita hari Sunday yang rainy di sepanjang hari. Just for the sake of upkeeping the blog, Ibu muatnaikkan imej-imejan lauk makan tengahari Sunday semalam. Lauk ringkas-ringkas kerana melayan kemalasan hari hujan seharian.

Ayah pula perutnya meragam. Makan pun jadi tak selera. Hampir tengah malam Ibu buatkan bubur untuk Ayah kerana risau dia cuma makan sikit sejak tengahari. Kemudian langsung tak makan lagi sampai malam. Isyad rasa lucu campur cemburu tengok Ibu suapkan Ayah makan bubur nasi.


Bubur Tofu Ayah

Ahad, Januari 30, 2011

.: cuba-cuba kek nestum :.

Resepi kek nestum chef Noraini Zakaria, sarapan ringkas pagi Ahad dalam hujan gerimis.

Bahan
250g mentega
200g gula
4 biji telur
3 sb sirap kencana
70g nestum
230g tepung kek
1 st serbuk penaik
50ml air susu

* Pukul mentega + gula sampai kembang dan ringan.
* Sambil pukul masukkan telur sebiji demi sebiji
* Masukkan sirap kencana + nestum. Sebatikan
* Masukkan tepung yang telah berayak + serbuk penaik selangseli dengan susu

.: kek marbel versi Ibu :.

Sekadar mengisi entri supaya tidak terlalu lama didiamkan belog ini, Ibu muat-naikkan pixies Kek Marbel hasil tangan Ibu. Resepinya dari buku I love Butter Cake by Chef Alex Goh. Malas pula nak taipkan resepinya di sini. Tengok imejnya sudahlah. Tanda Ibu dah berjaya buat Kek Marbel yang cantik dan enak dimakan seisi keluarga...teehee..

Rabu, Januari 26, 2011

.: muffin pisang coklat :.

Resepi muffin pisang coklat ini dari Fotopages Puan Hanieliza

::Langkah 1::
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan serbuk koko
1 1/2 cawan gula

* Ayak tepung dengan bahanbahan penaik + serbuk koko. Satukan gula dengan bahan tepung dalam satu mangkuk besar.

::Langkah 2::
Bahan-bahan
6- 8 biji pisang emas, lenyek jadi 1 cawan
2 biji telur
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu segar

* Pukul telur dengan garfu + masukkan minyak + susu dalam pisang lenyek. Gaul sekadar bercampur
* Buat lubang ditengah mangkuk tepung. Curahkan bahan cecair kesemuanya. Gaul semua dengan whisker. Gaul sekadar rata dan bercampur. Jangan adun/gaul berlebihan
* Sudukan ke dalam cawan kertas muffin mengikut pilihan. Bakar 180*C, 20 min.



Ahad, Januari 23, 2011

.: makan malam bila dilanda malas :.

Ibu sekarang sedang diserang penyakit malas yang kronik. Tak dapat langsung mencari ubat dan penawarnya. Keadaan rumah sangat teruk tidak diurus. Bersepahsepah, berhabukhabuk. Kain baju juga berlonggoklonggok tak berlipat, tak disimpan, tak digosok. Bilakah bila penawarnya akan dapat ditemui....minta tolong pada siapa ya?

Apapun, masak dan sediakan makan minum anakanak amat wajib disediakan. Biar malas bagaimanapun Ibu, entah macamana sempat juga buat pertama kalinya mencuba resepi baru....teehee... tapi resepi ini memang sempoi amat...sesuai untuk orang yang malas. Mari Ibu taipkan resepinya dulu buat rujukan masa hadapan.

Simple Mac & Cheese
2ltrs water
1 tbsp salt
2 cups elbow macaroni

2 tbsp butter
2 cups grated cheddar cheese
1 tsp corn starch
2 tsp flour
1 cup milk
1/2 teaspoon lemon juice
1/4 cup chicken frankfurter, chopped into cubes
freshly grated black pepper

- mix corn starch into grated cheese
- cook the macaroni until al dente
- melt butter in saucepan. whisk in flour. slowly drisle milk while whisking.
- continue whisking until sauce smooth. while whisking add cheese + lemon juice.
- add macaroni + meatcubes. do not over mix. sprinkle the black pepper.



Hasil Mac & Cheese Sempoi Ibu malam itu tak begitu memberangsangkan. Rasanya masammasam pahit terlebih jus lemon gamaknya..sepatutnya masammasam masin...

Jumaat, Januari 21, 2011

.: Hari Tanda Tangan LOA :.

Hari ini Ayah cuti. Kebetulan Ibu memang nak tengok dan baca LOA dengan syarikat yang bakal menjadi MAJIKAN Ibu. Jadi lepas solat Jumaat kita keluar - Ayah - Ibu - Izzah - Irsyad berempak beranak tidak berenam kerana Abang dan Kakak masih di sekolah.

Apapun coretan hari ini bukan sebenarnya tentang cerita LOA itu. Sebab Ibu malas sudah nak memikirkan tentang itu. Asalkan semuanya menepati dan tidak menindas Ibu OK saja. Dan Insya Allah lepas cuti Tahun Baru Cina...bermula cerita baru.

Jadi, cerita hari ini, hari Ibu keluar untuk tandatangan LOA adalah mengenai kala kita berempat beranak singgah minum petang di gerai di kawasan Pasar Dato' Keramat. Tengok pixiesnya - tak cantik sangat, sebab Ibu tak pandai guna kamera...teehehehe...tapi oklahkan...

Ibu minum lobak susu dan makan pau ayam...yummy...tapi Ayah kata pau tak sedap..hmmm Ibu memang tak pernah dengar lagi Ayah cakap mana-mana pau yang dimakannya sedap! Ayah makan roti jala dengan Izzah. Isyad makan kuih keria.

Siap berminum petang kita gerak ambil Abang dan Kakak dari sekolah kemudian pulang dan makan malam di rumah...lauk asam pedas ikan jenahak Ibu masak tengahari tadi. Sorry no pixies of the asam pedas. Lain kali kita cerita hal asam pedas pulak.

Sabtu, Januari 15, 2011

.: hari baru-bulan baru-tahun baru:.

hari baru, bulan baru, tahun baru telah datang menjengah. sedang Ibu masih berleka-leka disini. tidak banyak perubahan baru pun dalam dunia Ibu. Cuma Insya Allah Ibu akan mula bekerja semula tak lama lagi...Semoga dipermudahkan Yang Maha Kuasa

Sekadar catatan cerita baru di tahun baru mungkin boleh Ibu coretkan kisah Izzah mula bersekolah tadika. Izzah sangat syhwiieet..berbaju sekolah pink dan bertudung pink. lemah gemalai dan longlai langkahnya...sama juga aksinya bila ke kelas Al-Quran dan Fardu Ain masih syhweeiit and pinkish kelihatannya walau dalam jubah hitam. Izzah, Si Lembut Jr.,,,teehee...

Isyad tunggu Izzah balik sekolah





Isyad setia temankan Izzah pergi dan balik dari KAFA

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...