30 Oktober harijadi Ibu. harijadi kakak juga. Ibu tak mahu masak di harijadi Ibu. tengahari kita makan di rumah Nenek Nab di Gombak. Nenek masak Sambal Ikan Talapia tengahari tadi. Sedap sungguh Ibu menjamu selera masakan Mama sendiri. Anak-anak pun makan sampai kenyang. Ibu juga buat kek brownies berkeju walaupun tak begitu menjadi tapi rasanya tetap mantap!..teehee..ok kan puji diri sendiri di harijadi..
Ahad, Oktober 31, 2010
Jumaat, Oktober 29, 2010
.: roti jala versi Ibu :.
Sarapan rotijala pandan buat anakanak
ini warna semulajadi air pandan tiada pewarna tiruan...Ibu suka...teehee
tak cukup dan tak puas anakanak menyantap rotijala pandan Ibu tambah lagi yang biasa - kuning (sebab malas nak kisar lagi daun pandan)
ha...itulah kawannya rotijala Ibu...kuah santan durian..shheeedappp...
Isnin, Oktober 25, 2010
.: Ayah sudah 35 tahun :.
Hari Isnin. Selalunya menjadi hari penuh kemalasan bagi Ibu. Tapi Isnin yang ini Ibu tak boleh melayan bermalas-malasan. Dalam suasana baru pulang dari perjalanan jauh malam tadi. Dan isi dalam peti sejuk malah sebahagian isi dalam dapur amat berkurangan kerana belum sempat keluar belanja ke pasar. Uhhh...semua itu cukup menguatkan rasa malas Ibu hari ini.
Dengan segala susah payah melawan kemalasan di hari Isnin Ibu berkerah menyediakan menu makan malam harijadi Ayah. Apapun dapatlah juga Ibu sediakan walau tak seberapa tapi Ibu puas hati. Harap Ayah juga menerima seadanya.
Tententen...lihatlah hasilnya :-
:: Menu ::
~~~~~~~
Nasi minyak
Kangkung Goreng - sangat tak sesuai tapi ini saja sayur yang ada dalam peti sejuk -
Kek Keju - inilah manfaatnya ke kelas keju hujung minggu lepas, sayangnya masih gagal menghiaskan kek sebaiknya -
Selasa, Oktober 19, 2010
.:tanpa tajuk:.
kisah kali ini tanpa tajuk. kerana Ibu hilang akal....hahahaha...hilang akal kerana si kecil Irsyad menangis selama sejam sambil berengekan "Ibu ni nakal....Ibu ni nakal..." puas dah Ibu pujuk, puas juga Ibu bertempik kerana geram dia tak mahu diam. Irsyad marah kerana Ibu padamkan PC sedang dia masih ghairah ingin main online game. Itulah anak zaman teknologi pesat baru 3 tahun dah mengenal kelikan tetikus. sejak jam 2.00 hingga ke jam 6.00 petang dia dan Izzah berkelikkelik depan PC. makanya Ibu dengan sifat diktator terpaksa mematikan saja PC. saat jam sudah mendetik ke 8.30 malam Ayah masih belum pulang. menambah lagi bosan Ibu melayan rengekan Irsyad kerana tiada Ayah yang paling tidak boleh menggilirkan Ibu memujuk Irsyad...haiiiiiiih...hanya keluhan
petang tadi selera Ibu terasa benar nak munchin, munchin...cuba-cuba melayan selera itu dengan HL shake tapi gagal..huh diet Ibu makin berserakan sekarang. dalam diam Ibu buat Kuih Cara Coklat demi memenuhi selera nak minum petang hari ini. pixies kuihnya nanti Ibu muatnaikkan kemudian. puas juga makan Cara Coklat, tapi perut Ibu memang terasa tak sedap amat. bagai ada segugus angin menyesak di ulu hati...seperti ada yang tak lawas...sejak semalam lagi sebenarnya. entah kenapa penyakit lama datang lagi...gastrik oh gastrik pergilah kau jauh..Ibu perasan ia datang sejak Ibu secara sepenuh masa menjadi Pengurus Rumahtangga.
Ahad, Oktober 17, 2010
.: jenguk kembali :.
Ibu nak buat re-cap untuk entri kali ini. Ya...menjenguk kembali rentetan kisah seminggu yang dilalui.. sayang sekali MS adapter PC Ibu telah tidak berfungsi...makanya all d pixies that can make my re-cap more interesting tak dapat dimuatnaikkan ke PC.
Tak banyak kisah luar biasa pun sebenarnya. Isnin Ibu terima panggilan dari Jasmine ~ my HL Coach. Katanya ingin bertemu Ibu hari Jumaat nanti kerana Ibu telah lama mendiamkan diri. Selasa hingga Khamis tak ada apa yang terlalu manis atau teramat pahit untuk dicatatkan. Semuanya biasa-biasa saja...pagi urus kain baju, siram pokok, kemas rumah, masak dan siapkan makan Abang dan Kakak pukul 11.00pagi on the dot. 12.00pm Abang, Kakak ke sekolah, Ultraman Cosmos di ceria, sambil makan tengahari bersama Izzah dan Irsyad, 2.00pm berFacebook, 4.00pm nap with Irsyad sementara Izzah main PC game online...dia memang tak boleh take nap..Ibu tak tahu kenapa, jangan tanya...
Tapi Hari Jumaat berubah sedikit, walau pada mulanya Ibu menyangka Jasmine tidak akan datang kerana dia lewat dari waktu yang dijanjikan. Akhirnya dia datang bersama Simon. Kami makan di Bangi Kopitiam Melawati. Sambil berbual. Jasmine komen tentang wajah sugul Ibu dan mengingatkan Ibu supaya jangan diturutkan rasa kecewa...sekurang-kurangnya ada juga yang ambil berat. Katanya lagi janganlah menganggap jalinan perkenalan Ibu dan dia itu terlalu komersial kerana dia dan yang lain-lain di kelab Nutrisi HL juga boleh menjadi sahabat...
Hari Sabtu, seharian di rumah bersama anakanak, cuma ke Jusco sebentar membeli barangbarang dapur. Ayah dan Abang sebelah petangnya pula dah keluar untuk menyaksikan permainan bolasepak. Tinggallah kami empat beranak di rumah hingga ke 1.00am baru Ayah dan Abang balik. Mujur Irsyad tak berjaga untuk menunggu Ayah dan Abang. Dia bising sepanjang sebelum terlelap.."Abang dengan Ayah ni balik lambat sangatlah" sungutan yang berkalikali dari mulutnya..
Hari Ahad, Ibu ke kelas Kek Keju. Hari yang paling kemuncak dalam minggu ini. Menghadiri kelas ini bukan sahaja dimanfaatkan untuk menambah ilmu masakmemasak tapi juga Ibu dapat kawan baru. Kesemua mereka penuh warnawarni yang menghiaskan lagi kehidupan Ibu. Liza dengan suara manja Fasha Sandanya, Yati dengan keselamba-mamaannya, Eryn dengan mulut meriahnya dan Ibu senang sekali dengan sikap tak lokek ilmunya. Banyak tips menghias kek yang dikongsikan bersama petang tadi
Begitulah seadanya kisah seminggu yang dilalui..
Selasa, Oktober 12, 2010
.: dunia baru:~ d HomeMaker
Sudah lama benar Ibu tak mencatatkan menu harian diet Ibu sekarang ini. Apa taknya, Ibu memang dah tak berdiet dalam erti kata sebenarnya. Sejak menjadi Pengurus rumah tangga dan nanny sepenuh masa, tiada dietdietan lagi. Tapi Ibu teruja juga sebab Ibu tak pula 'ter'tambah berat badan Ibu...teruja dan bahagia...teehee..---> pinjam gelak Hanis Zulaikha...
Setelah tidak lagi keluar bekerja Izzah sudah berulangkali bertanya pada Ibu "kenapa Ibu tak boleh pergi kerja lagi sekarang?"...sebab bibik takde-jawab ibu...hehe.. Irsyad sekarang semakin manja mengada. Abang dan Kakak Ibu tak pasti apa sebenarnya perasaan mereka...suka Ibu di rumah atau sebaliknya...kerana mereka sering dileteri dan tidak boleh bebas, bebas lagi berTV dan bermain. Sentiasa Ibu akan mengingatkan mereka tentang buku dan sekolah. Kalau tidak Ibu leteri hal buku dan sekolah itu, Ayah pula yang akan bising. Huh, Ayah...Ayah terasa seperti semakin jauh dari Ibu...sekurangkurangnya dulu Ibu ada masa hanya berdua dengan Ayah dalam kereta ketika keluar dan pulang kerja. Sekarang itu tidak lagi berputar menjadi kisah harian kami. Selama menghabiskan waktu siangnya seperti selalu Ayah memang jarang menelefon Ibu...dan bila pulang Ayah keletihan, cuma bantal saja yang nak diulitinya. Begitulah kini, Ibu dan Ayah sudah tidak bercinta lagi...tapi tak apalah...biarpun Ibu berkeluh tentang hal ini, namun ia bukan perkara gede yang harus Ibu risaukan..(ceh! Ibu cuba memujuk hati sendiri konon..) Sebagai Pengurus rumah tangga dalam kelemasan mengejar urusan-urusan harian, Ibu secara tidak sengaja telah jadi pengikut sinetron indon di TV - Cinta Kirana!! Walaupun dulu Ibu anti betul dengan siri-siri yang melekakan ini. Tapi Ibu tidak begitu fanatik. TV memang tidak pernah lagi menjadikan Ibu fanatik. As a matter of fact, Ibu boleh hidup tanpa TV. Tapi jangan biar Ibu sunyi tanpa muzik dan lagu. Pun begitu sekarang ini entah untuk tahun ke berapa ya sekarang...(Ibu lupa nak kira) rasanya Ibu lebih dan masih lagi addicted dengan Game di Facebook. Sehinggakan Ibu tidak peduli kalau belog Ibu ini tidak dicatatkan cerita baru...Ah, Ibu kena berhenti sekarang. Esok lusa cerita lagi mungkin cerita tentang pengalaman temuduga yang sadis dan amat menyeksakan jiwa raga Ibu...uwa...uwa...uwa..
Langgan:
Catatan (Atom)
Ayam Masak Hitam
Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...
-
Bismillah Segala puji bagi Allah yang menyampaikan usia kami berdua beranak hingga hari ini. Mudah-mudahan dengan kesempatan yang dib...
-
Nota Ibu hasil dari bulatan manis pada hari Jumaat yang lepas tentang ~ meraih dan meniti jalan istiqomah... Apakah istiqomah? Secara e...
-
Luncheon bersama Kak Zie dan Kak Ana Ziana hari ini. Akhirnya setelah seberapa lama teringin nak makan ramen sup...hari inilah harinya Ibu m...