Hari itu, mereka-mereka di Kelab Nutrisi HL mengajak Ibu makan malam di Kak Mah TomYam, Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru. Tapi kami tak makan tomyam. Kami makan bubur nasi berlauk ala Thai...hmmm...enak sekali...tengok foto-fotonya...
Lain-lain menu yang kelupaan nak Ibu snapkan pixiesnya kerana pelahap makan malan itu ~ Siakap Stim Limau dan Crystal Egg (telur rebus hitam ~ tapi bukan telur pindang ya!). Pertama kali mencuba telur ini. Katanya direbus dengan herba. Kedua-dua masakan ini juga mengancam selera. Tak tahulah Ibu kalau Ayah diajak makan disini mahu ke tidak dia...