Selasa, Julai 28, 2009

.: 4 tempahan talam:.

Pagi-pagi hari selepas subuh Ibu telah pergi meninggalkan rumah. Dini tidak dihantar ke sekolah oleh Ibu seperti biasa. Ibu juga tidak tahu dia bersarapan apa. Harapharap dia makan apa saja yang mengenyangkan. Dia akan dihantar ke sekolah oleh Cik Linn. Semuanya kerana 4 talam tempahan orang di kafe itu yang Ibu temui semalam. Tapi agak mengecewakan kerana dia tidak berpuashati dengan harga talam yang Ibu jualkan padanya. berbeza sungguh dengan hari semalam ceritanya. kesal sungguh Ibu terasa. mulut Ibu ini juga terkehel memberitahu semua talam adalah hasil buatan dari rumah. sedangkan sebenarnya kami juga pengusaha kafe yang pada masa yang sama turut menerima tempahan talam dan kuihmuih oleh orang ramai atau juga restoranrestoran di luar sana. hanya kerana kata Ibu kepadanya talam yang ditempah adalah hasil tangan dari rumah, kata si Paki itu Ibu tidak perlu mengeluarkan kos menjualnya kerana menghasilkannya dari rumah....sedang dia, dia perlu membayar sewa, gaji pekerja dan lagi dan lagi....huh sungguh...adakah setalam kuih kukusan Signora tidak mengeluarkan kos?... Allahu Rabbi...manusia apakah si Paki itu?...bahan mentahnya, gasnya, tenaga elektriknya, air kukusannya dan upah untuk Bibik serta juga titik keringat Ibu itu bukan koskah....?!!!...sekalipun ianya dihasilkan dari rumah seorang suri?...apakah harga setalam kuih yang Ibu kukus di mata si Paki? yang dikatanya tidak ada kos!!....sungguh...keji si Paki...Peningnya Ibu berdebat dengan si Paki tadi pagi hingga lewat Asar masih tak terasa hilangnya...
Ya Allah...kuat betul cabaran ini...

Isnin, Julai 13, 2009

.:kue lapis nak roboh:.

projek kue lapis Ibu yang tak menjadi....




Kue lapis merah yang terlebih manis kerana terlajak gula dan terlalu wangi kerana terlebih esen rose. Lapisannya juga tak menyatu dan lekang kerana terlebih waktu dikukus antara lapisannya.



Lapis durian yang tepungnya tersilap timbangan hingga jadi terlebih dan memuakkan rasanya..bau wangi durian memang agak mengancam...tapi bila makan...kecewa...

Khamis, Julai 09, 2009

.:pembuka pintu rezeki:.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan
al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)
"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...





Assalammualaikum semua;

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi
dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahu pun yang sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka
berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguhsungguh....tadah tangan
dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guruguru kita dan
mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benarbenar bersungguhsungguh)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wassalam.


Samasama kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...