Memulakan semula hari pertama sebagai Ibu surirumah hari ini
agak membosankan. Tidak banyak hal yang dapat mengisi masa Ibu. Bibik masih
pengurus housekeeping dirumah ini. Ibu cuma memasak dan menghantar serta
menjemput Irsyad sahaja. Selebihnya masa Ibu terbuang begitu-begitu sahaja.
Melepak-lepak dan melepak-lepak. Begitulah Ibu terus bermalas-malasan.
Entah berapakali sepatutnya seseorang itu mendapat peluang
hari pertama. Buat Ibu ia sudah berulang-ulang kali. Hingga pada saat ini
serasa Ibu tidak mahu lagi menempuh hari pertama lagi. Selalu saja rasanya Ibu mensia-siakan waktu pada hari pertama itu... teeheehee...
Semoga sekali ini segalanya akan bertambah baik. Semoga ada saja sebab untuk Ibu bersemangat, beristiqamah berusaha menjadi yang lebih baik dan lebih baik dan lebih baik... fite it!!