percutian ini sudah lama dirancang. sedari awal tahun lagi. ketika itu ada promosi murahmurah AirAsia terbang ke Seoul. Ayah bersungguh merancangnya. semuanya dengan rezeki dan izin Allah jua. apa pun, walau tiket telah ditempah dari awal tahun. persiapan untuk percutian ini cuma dimulakan sebulan sebelum bertolak. tapi kesemuanya berkisar keperluan pakaian tebal. kerana kami ingin berlari di dalam salji...ngeee..
persiapan kewangan, langsung Ibu tidak ambil pusing ~ semua itu digalas dibahu suami Ibu.... ya lah... i'm the lady of leisure kononnya..teehee!...
sementelah terkenang belasan tahun dulu angin dingin tanah Inggeris yang amat mengilukan. secara fizikalnya pula Ibu cuma bersiapsedia agar tidak terkejut dengan keadaan musimsejuk di sana yang bakal Ibu terokai. kata orang penduduk tempatan sendiri tak tertahankan melalui kedinginan iklim di musimsejuk dinegara mereka sendiri...
antara tempat-tempat yang Ibu jejaki di tanah Korea Selatan ini adalah Masjid Itaewon, Namsan Tower, Hanok Village, Kyungbok Palace, National Folk Museum, War Memorial Museum, Taman Tema Everland, Ski Resort, pusat beli belah MyongDong, Pusat Pemborong Dongdaemun, Kimchi School, Pulau Nami dan beberapa tempat yang Ibu lupa namanya.
tapi sayang tiada catatan bagaimana cara menjejaki tempat-tempat ini jika ingin bercuti ala backpakers. ini kerana percutian ini sepenuhnya dipandu oleh pemandu pelancong. Agashi pemandu pelancong kami pula memang agak keberatan mengajarkan bagaimana jika
kami ingin jalan sendiri. paling tidak dia sekadar menyuruh kami
menaiki teksi. hmmm...
memang tiada tips tentang selokbelok perjalanan dapat Ibu titipkan kerana kami
setiap masa bersama agen pelancong. kesemuanya diuruskan oleh agen. kami bergerak pun dengan bas pelancong. tiada pengalaman kepayahan untuk ke sana dan ke mari ~
tiada ke'teruja'an kembara backpackers langsung. jalan-jalan kami termasuklah makan minum halal dan ruang waktu serta tempat solat, kesemuanya sangat licin dan
teratur diuruskan oleh agen pelancong kami yang sangat memahami
keperluan pelancong muslim.
makanya tulisan kisah jalan-jalan ini akan Ibu kisarkan tentang pemerhatian dan iktibarnya. haruslah memang jalan-jalan di bumi Allah harus ada zikir dan fikir. Ingat Allah dan renung akan kejadian penciptaanNya...
Namsan Tower, Seoul ~ Dis 2012 |
inilah the biggest challenge buat Ibu. mengharungi kedinginan bayu
musimsejuk di Korea Selatan. begitu memeritkan. suhu purata selama 6 hari berada di Seoul -10°c (negatif 10 darjah celsius). Gigil, gigil, gigil..
antara hal paling utama yang berketuk dikepala Ibu. betapa di atas bumi yang sama, dibawah langit yang sama, bagaimana Ya Rabb menjadikan suasananya sebegitu dingin di Korea Selatan. sedangkan di tanahair yang Ibu tinggalkan sekitar seminggu walau masih juga di atas bumi dan di bawah langit yang sama. cuma terpisah dengan jarak enam jam++ penerbangan. suasananya tetap panas. terik amat lagi.
dan yang jatuh dari langitnya bumi Seoul bukan air tapi serpihan ais berjujuran melitupi dan memutih di atas aspalnya. betapa pepohonnya semua jadi kaku tidak menyeri kerana habis botak keguguran dedaunan. namum bila tiba musim bunga pepohon yang kaku dan gersang itu kembali menyegar penuh seri dek hijau daunnya.
tapi dibumi kelahiran yang tanahnya sekadar dibasahi air hujan dimusim tengkujuh... pepohon tidak pernah gersang tanpa dedaun... namun jika mulai gugurlah daunnya dan batangnya pula kian mereput maka pokok itu memang tidak akan kembali segar lagi...
Subhanallah! suasana ini yang sangat, sangat bertentangan biar bumi Seoul bumi yang sama dengan Kuala Lumpur. langitnya juga langit yang sama. mentarinya juga tetap mentari yang sama nan satu itu. tapi Seoul dan Kuala Lumpur Disember ini mengalami kelainan suasana yang sangat bertentangan...
Subhanallah, subhanallah, subhanallah...
bagaimana Allah mengaturkan perbezaan itu dimukabumi ini. di setiap tempat yang lain dengan suasana yang lain. di sana biar mentari masih menampakkan diri, iklimnya tetap dingin menjadikan alamnya membeku. sedang disini dibawah sinar mentari yang sama ia memancar terik dan melelehkan keringat. Sungguh Allah Maha Kuasa menjadikannya.
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan
hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mataair- mataair di bumi;
kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang berbagai jenis
dan warnanya; kemudian tanam-tanaman itu bergerak segar (hingga ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang
tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang
berakal sempurna.
[az-zumar:21]
begitulah ceritanya tentang alam yang dijadikan Ilahi Sang Maha Pencipta. Insya Allah memang mungkin ada penjelasan saintifiknya tapi apa yang Ibu renungkan disini adalah betapa Maha Kuasa Allah mengaturkan segalanya itu pada alam milikNya.
dikali lain akan Ibu ceritakan lagi kisah pengalaman ke Korea Selatan tentang iktibar yang boleh di ambil akan sikap orang-orang Korea Selatan itu sendiri. banyak yang boleh kita pelajari. tentang alam dan kehidupannya bumi Korea Selatan.