Khamis, Mac 22, 2012

.: nota buat seorang muslim : .

Hari ini Ibu ingin buat entri daripada nota yang telah Ibu catitkan semalam dalam Bulatan Santai bersama naqibah kami Puan Wardina Safiyyah.

Bacalah dan hafaz surah Al-Mukminun(23) ayat 1 hingga 11. Hayati, fahami dan amali maksud perintah Allah dalam ayat-ayat Surah ini.

Lahir sebagai muslim adalah nikmat yang seharusnya kita syukuri. Pun begitu kita tidak cukup sekadar berpuas hati menjadi seorang yang lahir sebagai muslim itu. Hakikatnya kita perlu berusaha untuk menjadi seorang mukmin/mukminah.

Siapakah seorang muslim yang sebenar-benarnya mukmin?

Menjadi seorang muslim mestilah berIMAN. Tetapi bagaimana mendatangkan imannya jika seorang muslim itu tidak berILMU. Apabila ilmu yang dicari telah diperolehi lalu haruslah ilmunya itu diAMALi. Ilmu bukan sepatutnya sekadar menjadi koleksi lembaran suhuf yang tidak diamalkan ajarannya. Dan apabila seorang muslim beramal, amalannya itu haruslah dengan seIKHLAS hati.

Begitulah lengkapnya syarat untuk menjadikan seorang muslim bukan sekadar muslim pada nama tetapi juga merupakan seorang mukmin/mukminah yang sebenar.

Muslim : Iman + Ilmu + Amal + Ikhlas = MUKMIN

Apakah pula ciri-ciri orang MUKMIN? Rujuklah dalam 10 ayat pertama Surah Al-Mukminun itu sendiri.
~ Sesungguhnya Al-Quran itu memang sebaik-baik rujukan serta panduan dalam kehidupan amali kita sehari-harian di dunia ini. Jangan dilupa! Itu ingatan buat diri Ibu sendiri!!

Jadi mari kita teruskan mentadabur 10 ayat pertama Surah Al-Mukminun. Dalam 10 ayat pertama surah ini antara lain ada menyebut ciri-ciri seorang mukmin itu haruslah:-
Yang per-1: seorang yang khusyu' dalam solatnya ~ menyerahkan diri sepenuhnya dengan rasa kehambaan dan rendah diri terhadap Allah Yang Maha Tinggi
Yang ke-2: yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia dan tak berguna)
Yang ke-3: seorang yang menunaikan zakat ~ beratkanlah untuk membayar zakat daripada sedekah kerana zakat itu wajib sedang sedekah hanyalah sunat
Yang ke-4: seorang yang memelihara kehormatan dirinya ~ menjaga kemaluannya
Yang ke-5: seorang yang memelihara amanah dan janjinya
Yang ke-6: seorang yang sentiasa tetap mengerjakan solatnya



Itulah serbasedikit dikongsikan Ibu di sini sebagai panduan untuk menjadi bukan sekadar muslim pada nama tetapi berusaha menjadi seorang mukmin. Dan janji Allah orang mukmin yang berjaya akan mewarisi Firdaus dan kekal di dalamnya....

Sabtu, Mac 17, 2012

.: sekilas...diet :.

Nota sekilas...diet dari majalah Rapi


  • Nikmati 5 biji epal dalam seminggu untuk kesihatan paru-paru
  • Seulas dua durian mampu membangkitkan ghairah suami isteri. Khasiatnya mampu meransang saraf alat kelamin lelaki dan wanita seterusnya meningkatkan ereksi
  • Kulit cantik bebas kedutan awal kerana kandungan vitamin dalam buah strawberi berkuasa menganjalkan kulit
  • Kacang walnut adalah snek pilihan bijak. Kaya serat dan protein. Ia adalah kudapan sihat yang tidak menambahkan ukurlilit pinggang
  • Teh hijau mampu menstabilkan paras kolesterol dalam darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung

  • H2O membantu memulihkan gejala penyakit yang biasa mengganggu seperti sakit kepala, sengal badan, epilepsi, mengurangkan batuk sakit tekak. Paling bagus ia membantu membakar lemak dan baik untuk fungsi buah pinggang
  • Merebus kemudian mengetos keringkan sayuran mengurangkan hampir 75% gizi dan vitaminnya...alangkah ruginya!


Selasa, Mac 13, 2012

.: fun time @ weekend :.



hujung minggu lepas memang sangat menyeronokkan. kita ke cherating menghabiskan masa bersama sekeluarga. Holiday Villa tempat menginap. seronoknya mandi manda dan bermain pasir di pantai. sejak selepas 10 tahun membesarkan anakanak, inilah pertama kali Ibu turut turun bermain air di pantai. puasnya! walaupun sekejap.
lewat malam Isnin (hari Ahad) kita sampai semula di rumah. keletihan. Isninnya Ayah tak kerja. selepas makan tengahari dan Zohor di rumah Ayah bawa kita ke Suria KLCC. Yeah...its movie time! The Lorax, cerita kartun biasa-biasa saja. tapi Ibu suka gambarnya. watak-watak yang comel. penuh warnawarni.


The Lorax




Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...