Selasa, Ogos 09, 2011

.: catatan Ramadan 1432 :.

Semakin sukar sekarang memberi masa kepada diri Ibu untuk mengemaskini cerita baru di belog. Ibu malas. Malas amat. Kalau ikutkan cerita Ramadhan kali ini banyak yang baru yang boleh Ibu coretkan. Mungkin elok juga kalau Ibu buat rentetan peristiwa minggu pertama Ramadhan tahun ini.
Isnin, 1 Ramadhan 1432
Ahad, malam 1 Ramadhan, dengan bangganya Ibu dapat bersolat terawih di Surau. Sangat bangga, kerana betapa bertahun sudah Ibu tidak dapat melakukannya. Alhamdulillah...
Bekerja dengan majikan yang agak kurang memahami Ibu dikhabarkan bulan Ramadhan semua pekerja Islam memang tidak diberi peluang pun untuk pulang lebih awal dari biasa. Sungguh menjengkelkan! Mujur kami sekeluarga memang sudah berkobar-kobar ingin berbuka di Surau. Makanya tidaklah Ibu perlu terburu-buru memasak atau berhenti membeli juadah di pasar juadah dan bersesak dengan ramai orang. Habis iftar, Isya' dan Terawih terus di surau.
Selasa, 2 Ramadhan
Ibu telah merayu kepada si Moon, yang mengaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk pulang lebih awal. Ibu telah dapat kebenaran pulang sekadar setengah jam lebih awal. Ibu bergegas pulang, dan memandu agak gila tidak seperti biasa sebab Ibu ingin sekali lekas sampai. Janjinya dengan Ayah iftar di rumah Nenek Setapak. Semua orang harus siap sebelum Ibu sampai. Tapi bila Ibu pulang...Abang dan Kakak tidak pun bersiap, Ayah pula tidur berlengkar atas katil! Sungguh Ibu kecewa. Akhirnya kita cuma berbuka di rumah, makan maggi sahaja! Ibu menjeruk terus, mengikutkan perasaan amarah...rosak amalan Ramadhan
Rabu, 3 Ramadahan
Ibu beli juadah untuk iftar di restoran Mamak depan banglo bapak si Moon. Ayah kata kita iftar di rumah Nenek Setapak, jadi Ibu beli lebih murtabak dan nasi beriani lauk ayam madu. Habis iftar dan Maghrib, kami Isya' dan Terawih di Surau Addin, Setapak Jaya, seisi keluarga.
Khamis, 4 Ramadhan
Hujan lebat petang 4 Ramadhan. Ibu sudah berjanji bertadarus di Ukay Bistari bersama kawan-kawan. Bila hujan trafik buruk amat keadaannya. Walau sudah Ibu khabarkan pada kawan-kawan, Ibu akan lewat malah mungkin tak sempat untuk tadarus Reen tetap minta Ibu datang juga. 1 jam 30 min barulah Ibu sampai....tinggal lebihkurang 25 min saja lagi waktu berbuka dan mereka semua pun sudah tamat sessi tadarus. Ibu hadir cuma untuk iftar bersama mereka. Ayah dan anak-anak pula iftar di rumah Nenek Setapak lagi. Ayah berterawih di Setapak dan Ibu berterawih di Ukay Bistari bersama kawan-kawan.
Jumaat, 5 Ramadhan

Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...