Rabu, Julai 20, 2011

.: biological clock-detik kajihayat-detik naluri :.

Lihat tajuk entri kali ini. Ya, itulah dia. Ibu sedang ingin bercakap tentang detik kajihayat atau yang selalu orang sebut 'biological clock' - ia seakan sedang berdetik kencang kala ini. 'Biological clock' kalau sebut perkataan Inggerisnya boleh faham terus apa maksudnya. Tapi bila ditukarsebut ke bahasa Melayu orang jadi tak faham. Tak tahulah pula sebenarnya kalau sesuai atau tidak perkataan yang diguna pakai untuk dialih bahasakan itu. Apa pun bukan bicara tentang bahasa yang nak Ibu perkatakan. Tapi tentang kencangnya detakan biological clock Ibu sekarang...tok! tok! tok! tok...meminta-minta dan begitu menuntut sekali.
Apa sebabnya jadi begitu? Aarrrrrggghhhh....sukarnya mencurahkannya dengan perkataan. Inilah dia kelemahan manusia...berubah-ubah hati berulang-ulang kali...tak puas-puas, tak henti-henti dan masih tak belajar dan beriktibar...

Tapi apa pun sekali ini Ibu menyimpan azam sebelum mengambil apa-apa keputusan Ibu harus meninjau-ninjau dan melihat-lihat sekeliling. Belajar dari semua tinjauan itu. Belajar juga dari semua yang terjadi di masa yang telah lepas. Sekarang dari mana memulakannya? Kepada siapa nak bertanyakan?

Selasa, Julai 05, 2011

.: kerja bosan, tak kerja pun bosan :.

Ibu rasa memang macam dah tak boleh kerja yang amat sangat. Tak tahan jadi budak suruhan. Begitu Ibu tertekan tidak bekerja dan sekadar menguruskan anak-anak dan rumahtangga, namun rasanya tidak sesakit menjadi budak suruhan di pejabat. Ibu terasa diri sudah terlalu tua untuk disuruh-suruh seperti budak. Ibu ingin berhenti. Tetapi sekali ini bukan sekadar berhenti dan duduk-duduk sahaja di rumah. Ibu ingin berbuat sesuatu yang dapat memberi hasil. Ya...hasil! Kerana itulah antara hal yang menyebabkan kebosanan tinggal dirumah menjadi satu tekanan yang tak terdaya diri Ibu menahannya. Tapi untuk tahu apa dan bagaimana Ibu nak mendatangkan duduk-duduk di rumah sambil menjaga anak itu mendatangkan hasil Ibu perlu keluar dan belajar. Tapi ke mana? Bagaimana? Dan bila?


Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...