Isnin, Mei 16, 2011

.:sekian lama:.

ahh, sekian lama belog ini tidak dijenguk. tiada alasan wajar. kesibukan. bukan, dah tentu bukan kesibukan yang patut jadi alasannya. biarpun putaran hidup Ibu sudah berubah sama sekali sejak 3 bulan yang lalu, namun tidaklah pula ia menjadikan Ibu begitu sibuk. Ibu pun bukannya tidak punya kesempatan untuk diri sendiri pun. tapi entahlah, apa yang menghalang Ibu membuat catatan disini pun susah nak dikatakan. memang banyak hal terjadi selama tiga bulan ini. setelah bekerja semula, Ayah benarkan Ibu memandu sendiri ke pejabat - satu fenomena baru buat Ibu. di pejabat baru, biarpun tak ramai orang, Ibu telah berkenalan dengan Kak Siti. dia banyak mengajar Ibu membentuk diri agar menjadi seorang isteri yang lebih merendahdiri - tidak terlalu menurut kata hati dan mencabar kewibawaan suami. bukan merendahdiri untuk mengaku kalah tapi menambahkan sabar dan tenang. begitulah halnya yang dikongsi dan dinasihat oleh Kak Siti sedikit sebanyak.
di rumah pula antara lain, bibik, pengasuh anak-anak dan pembasuh rumah juga sudah 3 kali bertukar. kata Ayah, Ibu cerewet, bibik ramai mana yang datang pun jadi tak tahan. Ibu sekadar menelan air liur mendengar diri dibahasakan begitu. biarlah. biar benar atau tidak pun kata-kata itu yang pasti Ibu harus belajar perbaiki apa saja kekurangan dan keterlebihan Ibu. sudah jauh waktu berlari, takkan Ibu masih mahu disini. ditakuk lama lagi. Ibu harus menyimpan azam untuk menjadi Ibu yang baru. Ibu perlu kuatkan semangat dan tabah dan istiqamah dalam melakukan perubahan itu. semoga Yang Maha Kuasa mempermudahkannya...




Ayam Masak Hitam

Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...