tadi malam Ibu hendak membakar 5 biji kek chiffon. antaranya untuk kak nurul , untuk sarapan anakanak dan mungkin untuk buah tangan ke Singapura. tapi malangnya ketika membakar tiga dari lima adunan kek Ibu...gas habis....kek chiffon agak sensitif dan mudah bantat kiranya ada yang tak betul semasa pembikinannya. melainkan Ibu dapat bersegera menggantikan gas sementara dapurnya masih panas. hari pula sudah lewat malam. sebaliknya sekalipun Ibu merayu mengharap bantuan Ayah....dia sombong tak membantu. kerana rajuk dan kesal dengan apa yang terjadi akhirnya kesemua adunan kek itu Ibu buang ke dalam singki....and everything goes and sinked away like the melting rainbow...puas hati!!
Jumaat, Mei 29, 2009
Isnin, Mei 25, 2009
.:a day before we off to Bandung:.
i made :: banana choc rice muffin :: a day before we off to Bandung. Berdua sahaja tanpa anakanak. Tidak bukan...ianya bukan bulanmadu, sama sekali tidak...apa pun cerita dalam journal hari ini adalah tentang muffin pisang bertaburan butiran coklat yang dibakar untuk anakanak menikmati air tangan Ibu sebelum Ibu berangkat meninggalkan mereka selama 2 malam....resepinya sudah tentu from the pinkishes book yang Ayah belikan itu.
Ahad, Mei 24, 2009
.:aku benciiiii!:.
amat menyakitkan hati bila terpaksa mendengar kritikan. tapi lebih menyakitkan hati bila hakikat sebenar kritikan itu bukan ikhlas dari hati yang ingin memberi tunjuk ajar. tapi sekadar hanya untuk mengetuk minda kononnya untuk menyedarkan dan memberitahu si penerima kritikan akan kedunguannya. itu saja. sedangkan si dungu mulanya memang menerima kritikan itu malah menganggap ia sebagai komen yang membina demi memperbaiki keadaan yang tidak seberapa kepada keadaan yang lebih takjub. dalam fikirannya sendiri juga sudah terkantungkantung pelbagai persoalan: bagaimana dapat aku jadikan ia lebih menarik? bagaimana dapat aku meriahkannya? bagaimana dapat aku isikan ketakjuban didalamnya? agar menjadi lebih eksklusif dan tersendiri? mungkin begitu. mungkin begini. tapi apa caranya? yang dapat menjadikan mereka-mereka diluar sana terpanggil untuk memberi perhatian dan menjadi pengikut setia. dan soalansoalan itu tidak sebenarnya, memang tidak hanya berputar dibenak tapi telah pun disuarakan kepada pengkritik yang sering seolah menganggap dirinya hebat dan sempurna. dan persoalan yang diajukan juga adalah dengan harapan tunjukajar dapat diberi dari si pengkritik. oh....! tapi malangnya, sungguh malangnya.... pengkritik hanya pandai mengkritik...dan berhenti tidak bernoktah hanya sekadar untuk mengkritik. tapi tidak ada kesudian untuk memberi tunjukajar. atau sebenarnya sombong. atau merasa rugi jika memberi sedikit ilmunya pada yang lain. atau begitu bongkak ingin melihat dan membiarkan telinga yang mendengar kritikannya terus terkapaikapai tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. dan dia seronok. dan dia puas. bila si pendengar kritikannya terus dungu dan dapat disenaraipilihkan dalam senarai orang bangang yang tidak pandai. atau sebenarnya pengkritik hanya tahu mengkritik tapi dia sendiri tak tahu apa? kenapa? mana? untuk memperbaikinya!
Khamis, Mei 21, 2009
.:bersarapan apam salju:.
dari sehari ke sehari nak mengganti puasa tapi...pagi ini masih tak tertunai kerana tak tahan melihat apam salju yang siap dihidang bibik buat sarapan sebelum Kakak ke sekolah. sedangkan tadi malam waktu membancuh adunan apam itu Ibu sudah berjanji pada diri sendiri malah berniat menqadha puasa Ibu di Ramadan yang lalu. untuk kesekiankalinya Ibu gagal lagi. Insya Allah minggu depan. Ya...haruslah Ibu akan/mesti berpuasa minggu depan. mogamoga Ayah sudi temani Ibu untuk berpuasa bersama...nantinya...demi memotivasikan semangat Ibu untuk menunaikan kewajipan yang tertangguh sekian lama....
lihatlah photo apam salju yang walaupun tak seberapa ini tapi warna merah jambu dan putih saljunya seakan memanggil-manggil Ibu untuk mengigitnya... resepinya Ibu curi pakai dari blog mamafami....
lihatlah photo apam salju yang walaupun tak seberapa ini tapi warna merah jambu dan putih saljunya seakan memanggil-manggil Ibu untuk mengigitnya... resepinya Ibu curi pakai dari blog mamafami....
Rabu, Mei 20, 2009
.:falsafah niaga:.
TUJUAN BERNIAGA
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam perniagaan, kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap, pandai menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah. Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik, pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu, wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf).
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam.
SIFAT YANG PERLU PADA SEORANG PENIAGA
Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan kerenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan terdesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.
Selasa, Mei 19, 2009
Isnin, Mei 18, 2009
Jumaat, Mei 15, 2009
.:wishal is 7:.
Ibu telah berjanji untuk buatkan kek harijadi Naruto. sangka Ibu edible sheets yang Ibu beli itu adalah Naruto tapi rupanya itu Goku dari siri animasi DragonBall. tapi Abang tak kesah. cuma Abang kesal keknya telah jadi carcamerba bila Adik Isyad telah mencucuk-cucuk kek itu sebelum majlis bermula. walaupun keknya tak seberapa tapi Ibu bangga dengan diri sendiri dapat sediakan kek itu dengan tangan Ibu sendiri dan dapat bantu Ayah berjimat. dan paling penting majlis harijadi Abang terlaksana sudah dengan sekaligus memuaskan hati kecilnya yang menjangkau 7 tahun itu. mungkin all the pixies below could tell better stories of the memorial 7th birthday of Abang....
tribute to cikLinn atas penat lelahnya juga kerana menyediakan most of the yummy-yummy foods...we greatly appreciate it!!
tribute to cikLinn atas penat lelahnya juga kerana menyediakan most of the yummy-yummy foods...we greatly appreciate it!!
sebaik-baik disiapkan
Khamis, Mei 14, 2009
.:hati yang resah:.
anakanak yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran mereka hati Ibu pula yang resah tak tentu hala. sudahlah dengan tibatiba kak am nak ikut serta. walaupun sejak awal Ibu sudah pun mempelawa dia. tapi ketika itu katanya tak mahu. sekarang Ibu sudah menjemput semua dan merancang seadanya dan sudah menyediakan semua ie the lil' tiny sweets boxes, the goodie bags and the stuff in it... and the most important thing the dragon ball birthday cake...mungkin semua akan berjalan lancar tapi Ibu bimbang kalau apa yang Ibu buat tidak akan dapat memuaskan hati kak am dan puteri hatinya yang akan diraikan bersama malam itu nanti...
Selasa, Mei 12, 2009
Jumaat, Mei 08, 2009
.:sarapan pagi ini:.
::Kaswi Pandan::
80g tepung gandum
80g tepung beras
60g tepung green pea
900ml air
1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu kecil air kapur
Kelapa parut + garam
Dulang tin 8 x 8
Rabu, Mei 06, 2009
.:mengapa aku disiksa:.
Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu
Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta
Mengapa aku disiksa,
apakah tujuan dia
jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya
Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru
Isnin, Mei 04, 2009
.:cerita tentang makan sahaja:.
selepas berbual tentang diet menguruskan badan bersama kak zie awal hari ini masih juga Ibu berasa tiada terkesan dengan suntikan berdiet sekarang. ketika ini juga sebenarnya perut merasa lapar. sekejap terbau teh tarik di kiri, dikanan seakan ada orang membancuh nescafe tarik, eh tidaktidak Ibu terbau milo panas dibelakang...
hah...persetankan dengan diet sekarang...tengahari tadi Ibu bermewahmewah dengan udang galah masak lemak, petola+suun masak lemak juga, sambal belacan dan ulam kacang botol. ahh! macam tak cukup butiran nasi dengan lauk-lauk itu....isyh...makan, buruk lantak...., mentekedarah...kata Mama...ah Mama...bangga hati Ibu dapat bakar sebiji kek coklat untuk harijadinya yang ke 73 dulu semalam...semoga Mama sihat dan kuat terus....amin...
Ahad, Mei 03, 2009
.:my sunday luncheon:.
makan tengahari di cafe @ 5.00pm
milo ais dan mee goreng
bikin sendiri
tanggungsendiri
di atas meja yang sama Bibik sedang membungkus aiskrim malaysia perisa milo. tapi ia tidak ada kena mengena dengan segelas air milo yang Ibu kawankan dengan sepinggan mee goreng Ibu itu. hanya secara kebetulan pix gelas air milo Ibu berlatarbelakangkan aiskrim milo Bibik...
Jumaat, Mei 01, 2009
.:murtabak crackers by signora:.
memenuhi permintaan pelanggan signora malam itu. Ibu kerjakan murtabak crackers. kak linn sibuk dengan talamnya dan kak am dengan cara berlauknya...
inilah hasil tanganku....
hasil tangan mereka yang lain tak sempat Ibu pegunkan walaupun Ibu benarbenar berhasrat malam ini untuk mengambil gambar semua hasil signora. tapi kerana Ibu disuruh menghantar anak-anak pulang ke rumah...
Langgan:
Catatan (Atom)
Ayam Masak Hitam
Bismillah.. Ayam Masak Hitam. Ini adalah antara koleksi resepi yang Ibu simpan sekian lama. Ibu baru sangat berkahwin waktu mendapatkan ...
-
Bismillah Segala puji bagi Allah yang menyampaikan usia kami berdua beranak hingga hari ini. Mudah-mudahan dengan kesempatan yang dib...
-
Nota Ibu hasil dari bulatan manis pada hari Jumaat yang lepas tentang ~ meraih dan meniti jalan istiqomah... Apakah istiqomah? Secara e...
-
Luncheon bersama Kak Zie dan Kak Ana Ziana hari ini. Akhirnya setelah seberapa lama teringin nak makan ramen sup...hari inilah harinya Ibu m...